Masa tidak stabil sebenarnya!
Menurut saintis besar dunia iaitu Albert Einstein, 'masa' tidaklah sestabil seperti dibayangkan kebanyakkan daripada kita. Sebagai manusia, kita dibiasakan dengan 'masa', hatta evolusi manusia itu sendiri telah membina pelbagai muslihat untuk membolehkan minda sedar kita berhubung baik dengannya, namun secara realiti ia adalah satu konsep penggelinciran. Penggelinciran masa berlaku bila mana masa sekarang terhubung dengan masa sebelumnya dan dapat dialami oleh mereka yang berada dari masa yang lebih mutakhir. Meskipun begitu, peristiwa ini jarang disedari oleh meraka yang berada di masa lampau. Tetapi, apa pula bukti untuk mengsahihkan fenomena ini?
Konon dikatakan terdapat banyak bukti yang ada dan jika kita tahu dimana untuk melihat. Bila berlakunya penggelinciran masa, manusia dari dua masa dan realiti berbeza ini dapat mengalami realiti yang lain.
Dan masih, keadaan ini biasanya bertahan cuma dalam beberapa saat dan otak manusia ketika itu akan cuba melakukan sebaik mungkin untuk menapis segala bentuk keanehan. Keadaan seperti inilah yang biasanya melahirkan ekspresi seperti "kau mesti tak percaya apa yang aku nampak tadi!". Dari tahun ke tahun, ada saja pihak yang mendakwa mereka melihat kapal terbang lama memarkir di padang yang dulunya pernah menjadi airport atau tempat tentera Rom berkawad di jalan. Dalam kebanyakkan kes seseorang itu mengalami penggelinciran cuma dalam sekelip mata sahaja. Bila saja mereka mahu memastikan dengan melihat sekali lagi, apa saja benda pelik yang baru dilihat sebentar tadi ghaib, hilang entah ke mana. Walau bagaimanapun, benda - benda aneh sebegini sudah pasti mampu dirakamkan ke dalam bentuk fotografi jka sempat dikesan lensa kamera. Yang menariknya, kamera zaman dahulu mempunyai pembukaan cahaya yang panjang dan lebih banyak menemukan perkara sebegini berbanding model kamera pada zaman sekarang.