Saya kembali lagi!
Deja Vu berasal dari sebutan Perancis, bermaksud "pernah melihat", adalah pengalaman seseorang itu menyakini bahawa pernah melihat atau mengalami sesuatu keadaan dan situasi semasa, sebelum mereka sendiri tahu yang situasi itu tidak mungki pernah dilalui secara realiti.
Istilah deja vu itu sendiri dicipta oleh seorang pengkaji psikik dari Perancis, Emile Boirac (1851-1917) dalam bukunya bertajuk L'Avenir Des Sciences Psychiques ("The Future of Psychic Science") yang mana di ispirasikan daripada sebuah essei karangan beliau sendiri di zaman pra-graduate. Pengalaman deja vu biasanya datang dengan deria keakraban, juga perasaan 'ngeri', 'asing', 'pelik' atau mudahnya dipanggil 'luar biasa'.
Tidak seperti fenomena aneh yang lain, hampir semua orang pernah mengalami deja vu. Bayangkan situasi ini: Anda di kedai buku dan menjumpai sebuah buku di celahan rak dimana buku tersebut jarang sekali berada di pasaran, sebelum anda tiba - tiba terlanggar bahu seseorang yang lalu lalang. Serentak dengan kejadian itu, suatu perasaan kuat datang menyatakan yang anda pernah berada di tempat itu, mengambil buku yang sama di celahan rak buku dan terlanggar bahu seseorang yang lalu lalang. Perasaan tersebut cuma bertahan dalam masa yang cukup terhad sekitar 10 hingga ke 20 saat.
Deja Vu paling kerap didakwa berlaku kepada mereka yang berusia 15 hingga 20 tahun. Meskipun begitu fenomena ini pernah dialami oleh segenap lapisan umur dan datang dari pelbagai variasi manusia di muka bumi. Jangan salah anggap bahawa ia semudah : "Oh aku rasa aku dah pernah ada kat sini dan buat benda nie sebelum ini!". Ia satu perasaan yang lebih aneh dan menakutkan kerana anda rasa seperti pernah melakukan perkara yang betul - betul sama sebelum ini tapi atas sebab - sebab yang tidak diketahui anda langsung gagal mengingati kembali peristiwa yang anda rasa pernah alami itu.
Ramai daripada mereka yang mengalami deja vu percaya pernah melihat situasi yang dilalui dalam mimpi pada malam sebelumnya. Sementara sebahagian yang lain menganggap pernah melalui situasi tersebut dalam kehidupan sebelum ini. Apa pun, ada teori yang lebih masuk akal untuk diguna pakai bagi menjelaskan fenomena tersebut. Ramai pengkaji sains lebih bersetuju bahawa deja vu berpunca dari perasaan familiar dalam memori seseorang. Maksudnya, sebagai contoh, tempat yang anda rasa pernah berkunjung mungkin datang dari memori anda semasa melihat foto - foto tempat tersebut sebelum datang ke tempat tadi.
Dalam kajian yang dibuat ke atas sekelompok subjek, mereka diperdengarkan beberapa perkataan sebelum disuruh menyenaraikan semula perkataan tersebut. Hasilnya meskipun subjek gagal mengingati perkataan yang serupa dengan apa yang mereka dengar, perkataan yang disenaraikan kebanyakkannya menpunyai bunyi yang hampir serupa dengan perkataan asal. Keputusan tersebut secara langsung mencadangkan bahawa fenomena yang sama berlaku apabila visual yang hampir serupa dikesan oleh mata kita, lebih - lebih lagi apabila ia turut berhubung dengan pancaindera lain yang berkemungkinan membiaskan situasi sebelum ia wujud dalam keadaan tertentu.
Wow nice entri man ! :-bd
ReplyDeletethanks kerana sudi membaca! one of my favourite writer! hehe \m/
Deleteaku sering terasa yg aku berada di suatu tempat pada masa lampau..adakah ini juga deja vu?
ReplyDeleteAq prnah mmpi sesuatu kjdian...selang wpe hr aq akn lalui bnda tu blik?de javu la ye....
ReplyDeletekalau pernah mimpi and tibe - tibe dlm realiti benda yg awak mimpi ada di depan mata..deja vu la tu..:)
Delete