Showing posts with label Sejarah Siot. Show all posts
Showing posts with label Sejarah Siot. Show all posts

Tuesday, July 19, 2016

Serangan Dawn Raid 1981 Tun Mahathir Ke Atas Kota London? Expose Siot!

Respect Him!

Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.

Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Mohamad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.

Latarbelakang – Kemiskinan Orang Melayu dan Kekayaan Orang Inggeris

Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, hampir 1 juta bangsa pendatang seperti Cina dan India diberi kerakyatan secara beransur-ansur. Sebagai balasannya, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.

Setelah lebih 10 tahun merdeka, pegangan orang Melayu terhadap kekayaan bumi Malaya sangat kecil. Walaupun orang Melayu merupakan majoriti , bangsa ini memegang hanya 1.5% bahagian harta korporat (itupun melalui syarikat kerajaan) berbanding bangsa Cina sebanyak 22.8%. Walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60 % dari kekayaan negara ini.

Pada masa yang sama, hampir separuh penduduk Malaya tinggal di bawah paras kemiskinan. Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung sebagai petani dan pesawah adalah bangsa paling ramai tinggal dalam kemiskinan (74%).


Wednesday, January 25, 2012

Dimana Tempat Hitler Berehat? - Sejarah Siot!

Welcome to Hitler House.


Nama Hilter sudah tidak asing lagi bagi masyarakat di bumi ini. Terkenal dengan pemerintahannya yang sangat diktator. Namun sebagai manusia biasa, Hilter juga mempunyai tempat berehat yang cool. Menakjubkan, Hilter mempunyai taste dalam dekorasi ruang rehat beliau. This Is So Cool!

Office Hitler yang tersangat luas di Chancellery, Berlin, Germany pada tahun 1930 - 1940


Apartment Hitler yang berada di atas pejabat beliau di Chancellery, Berlin, Germany


Ruang Bilik Apartment Hitler di Chancellery, Berlin, Germany















Office Adolf Hitler di Fuhrerbau, Munich, Germany pada tahun 1940. Office ini menjadi tempat dimana British Prime Minister Neville Chamberlain bersetuju atas perjanjian memberi sebahagian Czechoslovakia kepada Germany


Kubu Hitler di North-Eastern Poland bertukar menjadi salah sebuah lokasi tarikan pelancong

Friday, January 20, 2012

Pemerintah Yang Menyukai Daging Mangsanya - Sejarah Yang Siot!

Vlad The Impaler, Pemerintah Sure Kill!

Vlad The Impaler merupakan gelaran bagi seorang putera raja Wallachia yang juga dikenali sebagai Vlad III. Dia juga pernah menjadi “Voivode” (komander tentera dalam bahasa Slavonic kuno) sebanyak tiga kali iaitu antara tahun 1456 hingga 1462, setelah menang – tewas kepada Turki yang ketika itu menguasai wilayah tersebut. Selama tiga kali Vlad III memegang tampuk pemerintahan, seluruh rakyat Wallacia hidup penuh ketakutan dan penuh kesengsaraan. Dia dikatakan merupakan tunjang utama kepada cerita Pontianak Nosferatu, Count Dracula yang digarap Bram Stoker’s dalam novelnya “Dracula” pada tahun 1897.


Kegilaan Vlad The Impaler
Vlad mula menggila setelah kerajaan Turki menyerangnya berikutan keengganan Vlad membayar ufti tahunan. Dalam beberapa perang itu, Vlad telah membunuh ramai musuhnya dengan kejam iaitu menyiat kulit mereka, menyula mereka dan ada kalanya darah musuhnya diminum. Tekanan dari perang dan dendamnya sendiri, Vlad mula menggila. Bukan setakatmusuhnya sahaja dihukum sedemikian rupa malah rakyatnya turut diseksa. Sesiapa yang dirasakannya bersalah atas apa jua tuduhan sekalipun akan disula dan disiat.

Dalam satu kejadian, seorang pencuri yang ditangkap telah diseksa Vlad II dengan menyiat kulit kaki si pencuri itu, dilumurkan garam pada tapak kakinya kemudian mengambil seekor kambing untuk menjilat garam pada kaki pencuri tersebut.

Menurut sejarah, Vlad III bukan sahaja membunuh golongan bangsawan malah keluarga bangsawan yang dibunuhnya turut dipaksa menjadi buruh sehingga mati. Kegilaan Vlad untuk membunuh memuncak apabila dia mula menghukun sesiapa saja yang melanggar peraturannya dengan menyia, memanggang, membakar atau merebus ”pesalah” tanpa mengira umur, pangkat, lelaki atau perempuan. Malah daging – daging korbannya turut diberi makan kepada keluarga dan sahabat – sahabat mereka dan Vlad III sendiri dikatakan menggemari daging mangsanya.

Dalam beberapa manuskrip dan lukisan lama, di sekitar Jalan ke istananya dipenuhi tiang – tiang yang masih terlekat mangsa penyulaan Vlad.


Vlad III dipercayai membunuh hampir 40,000 hingga 100,000 orang sepanjang pemerintahanya.
This is what I called Sure Kill


close