Sunday, January 22, 2012

Kisah Seorang Penspinner - Cool Siot!

COOL ABESH!

The unspoken art! Enjoy melihat mereka memutar - mutar pen dicelahan jari jemari. 


This Bakat is Cool.

Sunday, January 22, 2012

Poster "Anti - Keganasan" Terhadap Wanita di Singapura - Art Siot!

Poster memainkan peranan yang sangat penting dalam menyalurkan mesej dengan lebih berkesan kepada umum. Poster bagi kempen menghentikan keganasan terhadap wanita yang dianjurkan oleh AWARE @ "Association of Women for Action and Research" di Singapura sangat COOL!. Dengan menunjukkan kaum wanita dari tiga bangsa majority iaitu Malay, Cina dan India diperlakukan dengan ganas. 

Kempen tersebut bernafas melalui tagline mereka iaitu "If it happen once, it could happen again. Stop the cycle before it start". Ini adalah sangat cool.

Keganasan Terhadap Kaum Wanita Melayu


Keganasan Terhadap Kaum Wanita Cina


Keganasan Terhadap Kaum Wanita India
Photography Sebastian Siah dipertanggungjawapkan untuk merealisasikan mesej tersebut melalui posternya.
MORAL :
Please Stop This Violent Towards Women. They Should Be Treat With Love!
 

Sunday, January 22, 2012

Levitation Photography Yang Stail - Photo Siot!

Seni itu indah dan lagi indah jika kreatif.


Bayangkan kalau manusia boleh terapung - apung di udara dan tak perlu berpenat lelah berjalan kaki. This is COOL. Imaginasi ini cuba direalisikan oleh Natsumi Hayashi, seorang female photographer Jepun yang menyukai seni levitation ini. If korang yang minat pada seni photography ini, Natsumi Hayashi ada memberi tutorial bagaimana untuk menghasilkan gambar levitation ini.

Nak belajar? This is the link : < Levitation Tutorial >























Natsumi Hayashi

Friday, January 20, 2012

Bintang Dilangit Yang Berpusar - Cool Siot!

This is NOT Photoshoped!



Swirling Star @ Pusaran Bintang merupakan satu fenomena yang jarang sekali dapat dilihat. Anton Jankovoy dengan rajinnya menunggu selama lebih sebulan di pergunungan Himalaya atau lebih dikenali dengan nama Gunung Everest. Kejayaan Anton Jankovoy merakam gambar ini secara tidak langsung membuka mata ramai pihak yang sebelum ini tidak menyedari kewujudan fenomena cool ini. Kejadian ini seakan - akan 'Artex - Paint' yang begitu indah.





Anton Jankovoy, jurugambar berusia 23 tahun ini terpaksa bertapa di kaki puncak gunung tertinggi dunia semata - mata menunggu cuaca dan saat yang sesuai untuk merakam fenomena Swirling Star ini. Anton Jankovoy menggunakan kamera Canon EOS 5D Mark II dengan lensa 24mm, dengan 'Shutter' kameranya dibiarkan selama beberapa jam dan akhirnya berjaya merakam kejadian yang cool ini. Beliau menghabiskan masa selama 3 tahun untuk mengkaji serta menjayakan projek ini.

This is what I called "work hard, and its pay you!"

Friday, January 20, 2012

Pemerintah Yang Menyukai Daging Mangsanya - Sejarah Yang Siot!

Vlad The Impaler, Pemerintah Sure Kill!

Vlad The Impaler merupakan gelaran bagi seorang putera raja Wallachia yang juga dikenali sebagai Vlad III. Dia juga pernah menjadi “Voivode” (komander tentera dalam bahasa Slavonic kuno) sebanyak tiga kali iaitu antara tahun 1456 hingga 1462, setelah menang – tewas kepada Turki yang ketika itu menguasai wilayah tersebut. Selama tiga kali Vlad III memegang tampuk pemerintahan, seluruh rakyat Wallacia hidup penuh ketakutan dan penuh kesengsaraan. Dia dikatakan merupakan tunjang utama kepada cerita Pontianak Nosferatu, Count Dracula yang digarap Bram Stoker’s dalam novelnya “Dracula” pada tahun 1897.


Kegilaan Vlad The Impaler
Vlad mula menggila setelah kerajaan Turki menyerangnya berikutan keengganan Vlad membayar ufti tahunan. Dalam beberapa perang itu, Vlad telah membunuh ramai musuhnya dengan kejam iaitu menyiat kulit mereka, menyula mereka dan ada kalanya darah musuhnya diminum. Tekanan dari perang dan dendamnya sendiri, Vlad mula menggila. Bukan setakatmusuhnya sahaja dihukum sedemikian rupa malah rakyatnya turut diseksa. Sesiapa yang dirasakannya bersalah atas apa jua tuduhan sekalipun akan disula dan disiat.

Dalam satu kejadian, seorang pencuri yang ditangkap telah diseksa Vlad II dengan menyiat kulit kaki si pencuri itu, dilumurkan garam pada tapak kakinya kemudian mengambil seekor kambing untuk menjilat garam pada kaki pencuri tersebut.

Menurut sejarah, Vlad III bukan sahaja membunuh golongan bangsawan malah keluarga bangsawan yang dibunuhnya turut dipaksa menjadi buruh sehingga mati. Kegilaan Vlad untuk membunuh memuncak apabila dia mula menghukun sesiapa saja yang melanggar peraturannya dengan menyia, memanggang, membakar atau merebus ”pesalah” tanpa mengira umur, pangkat, lelaki atau perempuan. Malah daging – daging korbannya turut diberi makan kepada keluarga dan sahabat – sahabat mereka dan Vlad III sendiri dikatakan menggemari daging mangsanya.

Dalam beberapa manuskrip dan lukisan lama, di sekitar Jalan ke istananya dipenuhi tiang – tiang yang masih terlekat mangsa penyulaan Vlad.


Vlad III dipercayai membunuh hampir 40,000 hingga 100,000 orang sepanjang pemerintahanya.
This is what I called Sure Kill


close