Tuesday, July 19, 2016

Serangan Dawn Raid 1981 Tun Mahathir Ke Atas Kota London? Expose Siot!

Respect Him!

Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.

Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Mohamad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.

Latarbelakang – Kemiskinan Orang Melayu dan Kekayaan Orang Inggeris

Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, hampir 1 juta bangsa pendatang seperti Cina dan India diberi kerakyatan secara beransur-ansur. Sebagai balasannya, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.

Setelah lebih 10 tahun merdeka, pegangan orang Melayu terhadap kekayaan bumi Malaya sangat kecil. Walaupun orang Melayu merupakan majoriti , bangsa ini memegang hanya 1.5% bahagian harta korporat (itupun melalui syarikat kerajaan) berbanding bangsa Cina sebanyak 22.8%. Walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60 % dari kekayaan negara ini.

Pada masa yang sama, hampir separuh penduduk Malaya tinggal di bawah paras kemiskinan. Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung sebagai petani dan pesawah adalah bangsa paling ramai tinggal dalam kemiskinan (74%).


Saturday, July 16, 2016

Trend Kegilaan Wanita Korea Terhadap Eye Bag? Comel Siot! (7 Gambar)

Eye bags yang comel

Walaupun kebanyakan wanita lain di dunia ini membelanjakan wang dengan jumlah yang tidak masuk akal hanya untuk menyembunyikan atau menghilangkan bengkak di bawah mata mereka (Eye Bags), namun, wanita Korea menganggap ia adalah tanda kecantikan.

Aegyo Sal, merupakan trend eye bags yang terkenal di Korea, tidak boleh disamakan dengan pembengkakan mata akibat tidak cukup tidur dan sebagainya kerana ia lebih menjurus kepada hasilan kosmetik dan pembedahan. Berbeza dengan kepercayaan umum dan persepsi, wanita Korea percaya bahawa eye bags pada mata mereka membuatkan mereka kelihatan lebih muda dan comel. Pernah korang melihat bagaimana mata seseorang menjadi bengkak apabila mereka tersenyum? Itulah apa yang wanita Korea inginkan, dan ia dapat direalisasikan melalui pembedahan plastik atau menggunakan kaedah makeup.

Terdapat beberapa cara wanita boleh mendapatkan anugerah aegyo sal ini samaada secara kekal atau sementara. Pembedahan plastik Aegyo adalah salah satu pilihan yang paling popular. Tambahan pula, dengan carian mudah di YouTube mengenai Aegyo Sal, hampir 1,000 teknik solekan dan tutorial untuk wanita yang inginkan eye bags comel ini.


Friday, July 15, 2016

Adolf Hitler Dahulunya Seorang Pelukis? - Cool Siot! (16 Gambar)

Bakat seni yang terbiar.

Tahukah anda sebelum Adolf Hitler nekad menjadi pemimpin tertinggi NAZI, beliau pernah menanam impian menceburi dunia seni? Namun hajat beliau tidak kesampaian kerana permohonannya memasuki Akademi Seni Rupa Wina ditolak sebanyak DUA kali. Damn! Lihatlah karya seni beliau. Cukup rencah, cukup rasa.


Tuesday, February 09, 2016

Pulau Anak Patung Yang Menyeramkan - Seram Siot!

Kalau malam sangat seram!

Isla De Las Munecas yang terletak di Mexico mempunyai banyak cerita menarik, salah satunya ialah Don Julian yang meninggalkan isterinya untuk hidup di pulau ini selama 50 tahun, kemudiannya meninggal pada tahun 2001 namun banyak anak patung yang menyeramkan masih ada sehingga kini. Terdapat cerita menyatakan beliau menyimpan anak patung ini untuk menghormati kanak-kanak perempuan yang telah mati dengan tujuan menenangkan semangat mereka.




Thursday, June 13, 2013

Jari Palsu Untuk Yakuza Yang Kudung Jari? - WTF Siot! (5 Gambar)

Potong jari tanda menjaga maruah kumpulan.

Satu budaya Yazuka yang terkenal dipanggil "Yubitsume" di mana setiap ahli Yazuka akan diwajibkan untuk memotong jari mereka sendiri sekiranya menjatuhkan maruah kumpulan mereka. Jadi untuk menggantikan jari yang dipotong ini mereka memerlukan jari palsu ini. Jari palsu ini bernilai RM11,000 dan perlu dicatkan setiap tiga bulan mengikut perubahan musim.

Wednesday, June 12, 2013

Mahukah Anda Mandi Di Kolam Renang Ini? - WTF Siot! (9 Gambar)

Mohon korang mandi di rumah sajalah!

Kolam renang adalah tempat paling popular di China sebagai tempat rekreasi yang paling di sukai di negara tersebut. Banyak penduduk China berpendapat bahawa berenang adalah cara rekreasi paling tepat untuk kesegaran setelah beberapa hari duduk dalam hiruk pikuknya kegiatan kerja dan perniagaan. Kolam renang akan semakin banyak dikunjungi oleh pelancong tempatan pada saat musim panas berada pada kemuncaknya. Uniknya ribuan orang boleh berkumpul dalam sebuah kolam renang untuk menyejukkan badan apabila suhu udara tinggi. Begitu banyaknya perenang hingga membuatkan orang susah untuk bergerak kerana saling berhimpitan di dalam kolam renang yang besar.

Berikutan jumlah kolam renang untuk orang awam masih kurang mencukupi untuk keperluan warganya selama musim panas, maka kerajaan China mengambil inisiatif untuk membina sejumlah kolam dengan ukuran super besar. Dianggarkan Kerajaan China akan membina kolam dengan kapasiti mencapai 47.000 orang.

Namun langkah tersebut bukan bererti tanpa risiko, pada tahun 2008, pernah terjadi kejadian yang cukup mengejutkan di mana terdapat satu orang terbunuh dan 3158 keracunan kerana menelan air kolam di Mao-Mao, Beijing. Ahli toksikologi mengambil air kolam sebagai sampel atas kejadian tersebut, hasilnya cukup mengejutkan menurut kajian para ahli tersebut menemui hasil kandungan air seni dan kotoran mencapai 90% dari jumlah keseluruhan perenang yang ada dikolam tersebut. Ertinya 90% dari para perenang kencing di dalam kolam renang brukuran besar tersebut. Benar-benar pengotor!

close