Showing posts with label Tips Siot. Show all posts
Showing posts with label Tips Siot. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

Tips Untuk Prank Member Episode Ke - 2 - Tips Siot!

Abg Wan kembali lagi! Hehehe...

Haloooo..Good morning readers, hari ini Abg Wan ada lagi tips untuk prank member tetapi dengan cara yang baik. Jom ikut tips ini.


Monday, January 14, 2013

Tips Untuk Prank Member Anda Secara Baik - Tips Siot!

Wah lama tak post dekat Blog Yang Siot! Heee..

Hi kawan - kawan Abg Wan. Ingat lagi tak Abg Wan Semakmun? Yang sentiasa memberi tips terbaik untuk  anda? Tak ingat jugak? Korang banyak makan semut nih! Haha. Orait, today, Abg Wan ingin berkongsi satu tips untuk prank member korang tapi dengan cara yang agak baik. Bagaimana? Jom baca komik di bawah.


Thursday, September 20, 2012

Bagaimana Mengatasi Masalah Kelemumur Yang Tidak Berkesudahan - Tips Siot!

Hai. Bertemu saya, Abg Wan Semakmun untuk Tips Siot! hari ini. Saya mengantikan Abg Lan Comel Le Tew kerana beliau sekarang terlantar di hospital akibat dibelasah oleh orang lalu lalang. Dikhabarkan orang awam tidak berpuas hati dengan tips - tips yang agak siot diberi oleh beliau. Jadi saya yang akan mengambil alih tempat beliau.

Masalah rambut kelemumur menghantui diri anda? Pelbagai produk syampu sehinggalah ke produk kesihatan, tetapi semuanya tidak berkesan melawan kelemumur anda? Beribu wang anda dihabiskan untuk merawat masalah kelemumur anda? Jangan risau, jangan khuatir. Anda ditempat yang betul. Saya, Abg Wan Semakmun akan memberi anda 5 tips penjagaan rambut dari diserang kelemumur.

"Anak Monyet berlari - lari, berlari lari menangkap ikan, apa tunggu lagi, mari kita mulakan". Ewah berpantun pula.


WARNING - Jangan ikut tips ini jika anda sangat tak kondifent - Abg Wan Semakmun.



Monday, September 17, 2012

Cara Terbaik Untuk Tackle Awek Yang Anda Suka - Tips Siot!

Seperti biasa, saya Abang Lan Comel Le Tew akan memberi tips yang berguna kepada anda. 'Fuh! cunnya awek tu..boleh buat jadi isteri tu..', 'Wah beruntungnya dapat awek macam tu'. Pernahkan persoalan - persoalan seperti ini bermain di benak anda sebagai seorang lelaki? Jadi saya ada penyelesaiannya! Sudah menjadi lumrah buat lelaki suka melihat ciptaan - ciptaan Tuhan yang indah termasuklah kaum hawa. Wanita - wanita menjadi bunga penyeri taman penglihatan kaum lelaki. Diantara bunga - bunga yang berseri itu, sudah pasti mata akan terpikat kepada bunga yang menambat hati. Jadi bagaimana tips yang terbaik untuk lelaki memikat atau tackle awek yang mereka suka. Mari saya bukakan pandora box untuk anda.
Situasi 1 : Ketika awek tersebut menunggu bas.

Anda dilarang keras untuk menanyakan gadis tersebut soalan - soalan common seperti, 'cik adik tunggu bas ke? atau 'sekarang pukul berapa ye?'. Tindakkan ini pastinya membuatkan gadis tersebut memandang enteng kepada anda. Jadi, tanyalah gadis itu dengan soalan ini, 'Cik adik, jom solat dulu pastu baru tunggu bas' atau 'tumpang tanya masjid dekat mana ye?'. Soalan seperti ini membuka hati gadis tersebut untuk memberi first impression yang baik terhadap anda walaupun jelas menunjukkan anda ini kaki ponteng solat.

Situasi 2 : Ketika awek tersebut sedang makan.

Anda tidak boleh mengorat awek yang anda suka ketika beliau sedang makan. Pantang kalau mereka ini dikacau ketika menikmati hidangan di depan mata. Jadi untuk menunjukkan yang anda seorang yang gentlemen. Duduk di sebelah meja awek tersebut ketika anda makan. Jangan menegurnya. Apabila awek tersebut selesai makan, anda cepat - cepat ke kaunter membuat pembayaran untuk meja dimana awek tersebut berada. Belanja awek tersebut walaupun isi dalam wallet anda tinggal nyawa -nyawa ikan sahaja. This is turning point, apabila awek tersebut ingin membuat pembayaran, pastinya awek tersebut terperanjat dan terharu kerana ada secret admire (iaitu anda) sudah membayar makanan beliau. Biarkan awek tersebut berlalu dengan penuh persoalan. Dengan ini anda berjaya memancing perasaan beliau walaupun selepas ini anda akan memancing di longkang kerana duit belanja anda sudah burn.

Situasi 3 : Ketika awek tersebut sedang berjogging

Pastikan anda bersedia pada awal pagi untuk turun bersenam atau lebih tepat lagi bersenam sambil mengorat awek yang anda suka. Apabila anda tunggu buatlah streching sekali dua supaya otot - otot badan anda regang dan lancar bagi membolehkan anda berjogging dengan awek tersebut. Tunggulah beliau dengan penuh kesabaran. Apabila anda melihat kelibat beliau cepat - cepat berlakon kaki kekejangan. Walaupun macho disitu tiada tetapi ini adalah peluang. Minta tolong awek tadi pimpin anda ke kerusi. Wah! Jika beliau banyak bertanya mengenai kaki anda maksudnya beliau seorang wanita yang mengambil berat. Dari situ, anda tanyalah sidia soalan - soalan yang biasa ditanya bagi memulakan sesi soalan kenal. Tak perlu berterima kasih pada saya! Haha

Tiga situasi ini bergantung kepada keadaan. Namun, teknik - teknik ini boleh di apply dalam pelbagai jenis situasi. Banyak lagi teknik yang Abang Lan ada tetapi tiga teknik ini sudah memadai kerana kalau bagi lebih sangat teknik, anda mungkin akan bertukar menjadi buaya lidah bercabang!

Anda puas hati dengan tips ini atau anda tak puas hati dengan saya? Tak mengapa jumpa saya lagi dalam Tips Siot. Adios! 

Thursday, September 13, 2012

Tutorial Photography Untuk Buat Fallen Leaves Yang Terbaik - Tips Siot!

Hai. Saya Abang Lan Comel Le Tew. Kali ini saya bawakan tips yang lebih menarik untuk anda. Tutorial ini khas untuk mereka yang minat mengenai seni photography. Tutorial 'Fallen Leaves' ini adalah satu contoh teknik shoot yang sangat baik dan praktikal untuk anda bagi mendapat efek serta kesan khas yang semula jadi. Tanpa membuang masa di dalam tong sampah, mari kita cikidout tutorial ini.




Anda puas hati dengan tips ini atau anda tak puas hati dengan saya? Tak mengapa jumpa saya lagi dalam Tips Siot. Adios!  

Monday, September 10, 2012

Cara Elak Kereta Anda Kena Saman Parking - Tips Siot!



Hai. Bersama saya Abang Lan Comel Le Tew. Saya takde gambar lagi macam Mr Pulun dan Mad Noor Kushairi sebab saya seorang yang pemalu dan memalukan. Jadi saya berharap agar admin cepat siapkan gambar profile saya supaya saya dapat dimalukan. Kali ini saya bawakan tips atau teknik untuk anda yang selalu kena saman parking. Pasti anda bengang kan, baru parking 3 saat tengok - tengok surat saman dah terselit di cermin depan. Rasa nak makan - makan je surat tu...jadi ini jalan penyelesaian buat anda.

Cara Pertama : Parking kereta anda dalam longkang. Dengan ini tak akan ada sesiapa pun yang berani saman kereta anda kerana longkang tidak pernah diwartakan sebagai tempat parking. Settle!

Cara Kedua : Parking kereta anda secara mengiring dan parkingkan di tempat letak motosikal. Jadi, pihak yang ingin menyaman kereta anda akan confius adakah itu kereta atau motosikal atau kedua - duanya sekali.

Cara Ketiga : Lakukan double parking dengan meletakan kereta anda diatas kereta orang lain yang mempunyai tiket parking. Jadi pihak berkuasa akan mengganggap bahawa kereta tadi adalah jenis double decker.

Cara Keempat : Tanamkan kereta anda di dalam tanah. Walaupun kereta anda berada di petak parking tetapi pihak berkuasa tidak dapat menyaman kereta anda kerana ia berada di bawah petak parking atau di dalam tanah.

Cara Kelima : Parkingkan kereta anda di rumah. Dan anda berjalan kaki saja atau mengambil pengangkutan awam. Done!

Cara Keenam : Beli tiket parking yang harganya taklah mahal sangat pun. 

Anda puas hati dengan tips ini atau anda tak puas hati dengan saya? Tak mengapa jumpa saya lagi dalam Tips Siot. Adios!  

Tuesday, August 28, 2012

Langkah - Langkah Mengelakkan Rumah Anda Dipecah Masuk Pencuri - Terbaik Siot!



Kebanyakkan masyarakat kita akan meninggalkan rumah mereka pada musim - musim perayaan. Ada diantara kita yang tinggalkan rumah sehinga seminggu lamanya. Jadi hari hari begini sangat dinantikan oleh pencuri. Jadi bagaimana untuk memastikan rumah anda selamat dan walafiat? Ikuti langkah berikut: 

1. Pastikan dinding rumah anda ditampal poster - poster lelaki maskulin dan seksi sedangkan penghuni rumah anda adalah lelaki. Hal ini akan membangkitkan suatu perasaan yang semacam pelik kepada pencuri yang memasukki rumah anda lalu membuatkan pencuri muntah buih dan berlari keluar dari rumah anda.

2. Sebelum keluar rumah, pastikan air shower anda dibuka. Hal ini bertujuan untuk menaikkan mood atau suasana bahawa rumah anda tidak kosong. Apabila pencuri masuk kerumah anda pasti mereka akan gabra anjing kerana menggangap tuan rumah ada di dalam rumah.

3. Dekorasikan ruang tamu anda seperti tempat pemujaan hantu, jin afrit dan jembalang. Pastikan Kemenyan sentiasa berasap bagi mewujudkan persekitaran yang seram tahap syaitan. Unsur - unsur khurafat dan syirik ini sudah semestinya dapat menakut nakutkan pencuri kerana mereka lebih takutkan hantu dari Tuhan Yang Satu!

4. Di dapur rumah anda, letakkan keratan tangan, kaki, telinga dan hidung palsu manusia serta lumurkan darah pada bahagian - bahagian tersebut. Susunkan anggota badan tersebut dengan kemas. Apabila pencuri memecah masuk kerumah anda, mereka pasti akan cirit mirit dan berpeluh tahap jogging dalam guni kerana beranggapan tuan rumah tersebut seorang karnibal yang memakan daging manusia.

5. Letakkan duit dan barang kemas anda didalam perangkap tikus sebagai umpan. tindakkan ini seolah - olah mengejek pencuri tersebut. Hal ini membuatkan pencuri tersebut bengang lalu meninggalkan rumah anda dengan hati yang sayu dan pilu. 

PERINGATAN : Setiap langkah - langkah yang disyorkan diatas adalah budi bicara anda sama ada mahu mengikutinya atau tidak. Undi adalah rahsia. Keputusan ditangan anda. Saya pilih Keamanan. Saya pilih untuk Mengundi.  
close