Thursday, February 28, 2013

Apabila Halim Othman Cuba Menjadikan Halim Shake Satu Fenomena - Lawak Siot!

Bakal mendapat P.J.J (Penendang Jarak Jauh!) dari orang ramai!

Speechless. LIKE kalau SETUJU. Please support Meleis Product!


Thursday, February 28, 2013

Bubur Ayam Yang Lucah - WTF Siot!

Naharoooooom!

Ini...ini...ini................

Wednesday, February 27, 2013

Harlem Shake Yang Harus Menjadi Ikutan - Terbaik Siot!

Ini baru betul!


Tuesday, February 26, 2013

Lirik Lagu Adele Yang Hancusss - WTF Siot!

Tidakkah beliau kenal apa itu Pakcik google?

Pergh...please next time search dekat Google lirik beliau sebelum menjadi #FACEPALM!


Tuesday, February 26, 2013

Restaurant Dengan Pelayannya Adalah Robot - Cool Siot!

Robot invasion!!!

Di sekitar daerah China, terdapat sebuah restaurant yang futuristik dan moden. Kenapa? Sebab pelayan di restaurant tersebut adalah robot. No more pelayan manusia yang terlupa pesanan pelanggan atau pelayan manusia yang malas nak buat kerja disamping mencuri tulang pegi belakang kedai isap rokok! No more! Untuk segala tugas pelayan kini diambil alih oleh robot. Nampaknya masa depan manusia nanti, manusia akan jobless kerana robot lagi pandai buat kerja. 

Monday, February 25, 2013

Konvoi Pertahankan Nama Allah Yang Tidak Muslimah - WTF Siot!

Ini sangat tak sesuai!

Ok. Aku tahu niat anda semua sangat mulia. Tetapi, niat tak menghalalkan cara.


Monday, February 18, 2013

Proton Bakal Keluarkan Preve Hatchback - Cool Siot

Improved i guest.

Kedengaran berita sepoi sepoi bahasa bahawa Proton bakal keluarkan model terbaru versi Preve iaitu Preve 'R atau Preve Hatchback. Walaupun ramai rakyat Malaysia yang sangat tak suka kereta keluaran negara sendiri dan suka mengutuk reka bentuk Proton, tetapi bagi aku, Proton harus diberi pujian kerana sentiasa bersedia dan maju ke hadapan. Aku macam sedikit berkenan dengan design terbaru Preve Hatchback.


Sunday, February 17, 2013

Scottish Fold, Kucing Yang Sangat Ala Tomey - Tomey - Comel Siot!

Cooooomeeelll!

Baka scottish fold adalah antara baka kucing yang dapat dikategorikan sebagai baka kucing yang comel. Kenapa ianya comel? Salah satu sebabnya adalah bahagian telinganya yang berlipat akibat dari mutasi genetik membuatkan kucing scottish fold ini kelihatan super cute!. Kucing ini juga boleh diklasifikasikan sebagai kucing yang manja auuwwww! Jika korang tengok gambar pun geram maksudnya, mereka ini sangat kiut miut!

Friday, February 15, 2013

Telur Jadi Ganti Model Movie Terkenal - Lawak Siot!

Telur pun jadi model?

Gambar dibawah adalah poster movie2 yang terkenal tetapi semua modelnya adalah telur. Lawak tapi macam siot!


Thursday, February 14, 2013

Video Sedih Shila Amzah Yang Di Parody kan - Memang Siot!

Dasar menganjing!

Hahahaha sedih weh citer pasal Shila Amzah. Pilunya hati korang tau. Siap buat video lagi nyanyi Ombak Rindu. Ini bukan drama melayu. Tapi ader pulak orang menganjing! Hahaha harrr tuii! Jom layan sat.


Thursday, February 14, 2013

Tangan Gergasi Terbentuk Di Awan - Dasat Siot!

Betul ke Bohong?

Gambar dibawah diperoleh dari seorang photographer amatur. Beliau menangkap gambar tersebut ketika awan tersebut membentuk tangan. Menurut beliau, gambar tersebut tidak diedit menggunakan photoshop. Apa - apa pun hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Apa pendapat korang? Betul ke Bohong?

Thursday, February 14, 2013

Segmen Header Siapa Paling Awesome - Segmen Siot!

Wah nak join! nak join!

Masa Miss jejalan jenguk blog rakan - rakan, Miss terpandang ada satu segmen yang sangat menarik dan awesomeee! Segmen diberi nama "Header Siapa Paling Awesome" yang dicreate oleh seorang blogger Mohd Zuhri. So Miss, yang sukakan segmen nie, apa lagi join la..hehehe..Kalau korang nak join jugak..jom klik LINK ini.

Ini header blog kami dari Blog Yang Siot!. Tak tahu la awesome ke tak..sebab lagi ramai rakan - rakan blog kami yang header diorang cun melecun..hehe ape - ape pun, yang penting kami join heee...

p/s: Banyak hadiah menarik tau kalau join segmen nih.

Thursday, February 14, 2013

Komponen Eletronik Dijadikan Seni - Cool Siot!

Pergh! Terbaik habaq hang!

Lenny dan Meriel Lenfesteys merupakan artis seni dari British yang mencipta arca seni dari komponen elektronik. Mereka memanggil karya seni mereka ini sebagai "Sparebots". Model bagi setiap arca adalah berketinggian 3 sentimeter sahaja. Kecil - kecil cili padi!

Monday, February 11, 2013

Bahasa Budak - Budak Zaman Sekarang Yang Sangat - WTF Siot!

Otak pening muntah cirbir! 

What the fish BBQ bahasa bebudak sekarang nie?? Buasir Otak aku macam nih!

Monday, February 11, 2013

Penempak Tepat Wanita Penentang Rejim Basyar Di Syria - Extreme Siot!

Demi Keadilan!

'Guevara' adalah nickname kepada seorang wanita yang terkenal dengan kemahiran menembak jarah jauh atau bahasa mudahnya, sniper bagi pihak penentang tentera Syria. Beliau yang sebelum ini merupakan guru bahasa Inggeris nekad untuk menjadi penembak tepat kerana dua anaknya maut ditangan tentera Syria. Beliau bersumpah untuk berjuang menentang tentera Syria demi menuntut keadilan terhadap kematian anaknya.

Monday, February 11, 2013

Terjemahan Bahasa Malaysia Yang Fail - WTF Siot!

Hahaha hasil daripada google translate!

What The Fish! Memang FAILED!


Saturday, February 09, 2013

Akibat Posing Ditempat Yang Tak Dibenarkan - Lawak Siot!

Looooooooooooooooooool!

Hahaha. Apa akan terjadi sekiranya anda ditempat perempuan ini dan berposing ala - ala ayam yang cute?

Thursday, February 07, 2013

Grafitti Yang Cool Di atas Badan Bangkai Kapal Terbang - Art Siot!

Grafitti ada dimana - mana sahaja.

Diberi nama sebagai "The Boneyard Project" dimana artis - artis grafitti akan menyalurkan bakat mereka di atas bangkai kapal terbang. Kebanyakkan kapal terbang yang menjadi canvas untuk para artis ini adalah dari jenis kapal terbang lama yang suatu ketika dahulu pernah terlibat dalam perang dunia kedua. Hebat la diorg nih!

Thursday, February 07, 2013

Istana Games of Thrones Versi Miniature - Cool Siot!

Sape tengok siri TV Games of Thrones?

Aku tak penah tengok siri TV ini tetapi seorang peminat Games of Thrones telah mereka semula istana dalam versi miniature hanya menggunakan kadbod. Cool habis!

Thursday, February 07, 2013

Facebook Page Anti - Ustad Azhar Idrus - Memang Siot!

What The Fish man!

Baru - baru nie ada sebuah facebook page yang dilancarkan dengan nama 'Anti - Ustad Azhar Idrus'. Fan page ini bertindak mengutuk dan menfitnah Ustad Azhar Idurs (UAI) sebagai seorang ulama yang keji, hina dan sebagainya.
Antara penerangan mengenai fan page ini;
Kumpulan yg bersama tidak suka dgn kononya “Ulama” Azhar yg tidak menunjukkan ciri2 pendakwah yg baik -Fitnah,hina,kutuk,kaki belit, jumud,pendek akal dll.
Tambahan lagi, mereka turut mengatakan bahawa UAI pernah merogol gadis;
Dengar khabr Ustaz Azhar Idrus rogol anak dara orang di Kuantan masa beri ceramah baru2 ni. (kalau mengikut fahaman si taksub Azhar, sebut dgr khabar takpa.. Kah kah kah) 
p/s: Apa yang mereka tidak berpuas hati terhadap UAI sehingga sanggup mencemarkan kesucian Islam? Sekarang kita sibuk nak bersatu dibawah satu bumbung Islam yang jitu, mereka ini tampil mengutuk dan menghina ulama. Tak perlu cakap banyak, jom kita ramai report page ini. 

 Terima Kasih ohvideotv

Thursday, February 07, 2013

Guinea Pigs Menjadi Model Untuk Kalendar Sukan 2013 - Comel Siot!

Hahahahaha kirimaru!

Maverick Arts publisher telah mengeluarkan sebuah kalendar sukan 2103 yang unik dimana model - model yang beraksi dalam kalendar tersebut adalah Guinea Pigs. Acara - acara yang disertai oleh Guinea Pigs ini adalah seperti berbasikal, berenang, larian dan lari lompat pagar. Tujuan sebenar syarikat ini adalah untuk mengumpul dana bagi memelihara spesies Guinea Pigs yang comel ini.

Wednesday, February 06, 2013

Seni Bijak Dari Bahan - Bahan Tepi Jalan - Cool Siot!

Sangat terbaik la imaginasi mamat nih!

Seorang artis French yang menggelarkan dirinya sebagai OakOak telah memanfaatkan sampah2 di jalanan menjadi hasil karya seni yang lucu dan sangat kreatif!

Wednesday, February 06, 2013

Manusia Yang Terapung Di Jalanan - Tertipu Siot!

Waaaaahhhh! levitate macam Dragon Ball punya cerita.

Kalau korang tengok gambar2 dibawah mesti macam dalam dilemma nak percaya tak nak percaya. Kan2. Hahaha memang manusia sebenarnya boleh terapung. Tapi yang tu pakai Jin & Syaitan Nirooojim la. Haha. Cer tengok apa persamaan diorang yang terapung nie, dan korang akan tahu permainan diorang.

Wednesday, February 06, 2013

Avatar Tokoh - Tokoh Terkenal Menggunakan Jari - Cool Siot!

Kreatif avatar!

"Ditology" adalah nama gelaran yang diberikan oleh seorang artis Italian, Dito Von Tease dimana beliau mengabadikan wajah - wajah tokoh ternama dunia di atas jari. Sebelum ini Dito selalu menggunakan jarinya sebagai avatar kerana tidak mahu identitinya diketahui. Daripada itu, beliau mendapat idea untuk mereka avatar tokoh - tokoh dunia di atas jari. Sangat similar dengan wajah asal! Hahaha!

Tuesday, February 05, 2013

Straw Untuk Mereka Yang Suka Mengembara - Cool Siot!

Air longkang pun boleh minum dengan adanya straw khas ini. Hahaha!

LifeStraw adalah satu - satunya straw yang direka khas buat mereka yang selalu mengembara serata dunia. LifeStraw ini didatangi dengan satu sistem penapis air yang mampu menapis air kotor menjadi air yang boleh diminum. Lifestraw hasil ciptaan Vestergaard Frandsen memberi kemudahan kepada pengembara untuk meminum air yang bersih semasa mengembara. Cool and wajib beli!


Monday, February 04, 2013

Bila Peminat Running Man Obses - Lawak Siot!

Slowpoke siot aku...

Hahahahaha aku seorang kipas-susah-mati variety show Running Man. Tetapi gambar ini sangat lawak dan riang ria!

Monday, February 04, 2013

Segmen Naikkan Trafik Sampai BOOOM! - by Afie Qaisarah - Segment Siot!

Cakk! Kami datang join segmen lagi. Hihi

Ok kali nie Miss nak join satu segmen dari blogger Afie Qaisarah, iaitu Segmen Naikkan Trafik Sampai Booomm! Haa tengok, dengar je nama segmen nie memang KaBaaBooom! la. Hehe. Kalau korang nak join jom la klik banner kat bawah. Tak rugi kan nak berkenalan =) hee


p/s: Harap ramai bloggers2 kunjung Blog Yang Siot! 

Monday, February 04, 2013

Segmen Saya Follow U, U Follow Me by mselim3 - Segmen Siot!

Hi Geng Blog Yang Siot!

Hari ini Miss free la pulak. Pastu blogwalking guna akaun admin Blog Yang Siot, terjumpa satu segment dari blogger mselim3. Apa lagi Miss terus join la. Hehehe. Bagus jugak segment ini sebab kami dapat berkenalan dengan lebih ramai blogger2 yang lain. Kepada sape - sape yang nak join. Klik banner stailo kat bawah nie. Hee.



p/s: Hope dapat kenal ramai bloggers2 yang sporting!. Hehehe

Sunday, February 03, 2013

Azhar Sulaiman Mengaku Murtad? - Panas Siot!

Sarcasm level 999!!!

Pergh siot! Mengaku Murtad? Walaupun niatnya hanya ingin menyindir Tok Guru Nik Aziz, Azhar Sulaiman bertindak mengaku murtad di dalam statusnya baru - baru ini. Tindakkannya bukan sahaja boleh meruntuhkan akidah malah merebak menjadi fitnah. Azhar Sulaiman menyindir Nik Aziz dengan menyatakan beliau telah murtad kerana menjadi ahli UMNO dan Barisan Nasional. Politik is much more plastik in it!



Sumber : ohvideoTV

Saturday, February 02, 2013

Segment "Cakk! Blog Anda Sedang Direview! Oleh Abg Wan Semakmun" - Segment Siot!


Jaga - jaga, Blog Anda Sedang Diperhati...hehe

Malam nie Abg Wan nak buat surprise dekat tuan empunya blog ini..Hehehe. Cakk! Blog Nabila Biela, blog anda sedang direview!. Ok, ini kali pertama Abg Wan buat segment ini kerana Abg Wan nak berinteraksi dengan seluruh blogger - blogger di Malaysia nih. Hehe. Jadi Blog Nabila Biela adalah blog yang pertama kami review. Tepuk tangan kawan - kawan! Haha.

Kepada blogger di alam maya sana, blog Nabila Biela nih sangat happening. Tengok header beliau. Cun bak hang. Hehehe dan Abg Wan sangat suka dengan warna pelangi background blog beliau. Rasa hidup ini penuh warna - warni. Heee...
Blog Nabila Biela nie dulunya pernah review blog kami tau, jadi kami terhutang budi dengan beliau diatas kesudian mereview blog kami yang tak seberapa ini. huhuhu. Ok Straight to the point bak kata orang putih, tuan empunya blog ini selalu buat and join segment. Dalam erti kata lain, beliau ini peramah and cool orangnye. Hehe.

Kekemasan blog beliau juga patut mendapat pujian sebab tersusun dan nice arrangementnya. Abg Wan boleh katakan yang tuan empunya blog nie seorang yang berdisiplin. Haha (puji melambung tuu)...Korang boleh follow blog Nabila Biela kat SINI sebab isi kandungan dalam blog beliau bagus dan berguna. Abg Wan seronok baca tulisan - tulisan dari penulis blog macam Nabila Biela nih. Apa - apa pun Blog Nabila baru saja di "Cakk" oleh Blog Yang Siot! Hehehe.

p/s: Kepada mereka yang nak join segment ini, berikan link blog anda diruang komen dibawah and follow Blog Yang Siot! Jaga - jaga, Blog anda sedang diperhatikan! Hehe.

Saturday, February 02, 2013

Adakah Masa Boleh Berputar Kembali? - Expose Siot!

Andai dapat, ku undurkan putaran dunia.

Adakah anda percaya bahawa seseorang manusia itu boleh merentasi masa hadapan? Secara logik akalnya ia adalah satu perkara yang sukar untuk dipercayai. Walaubagaimanapun, kisah Isra’ Mikraj membuktikan tentang perjalanan Nabi Muhammad SAW yang merentasi perjalanan yang sangat jauh sehinggakan ia hanya berlaku dalam satu malam. Expose kali ini saya mahu bawakan kepada anda adalah tentang misteri kapal terbang yang hilang secara tiba-tiba dari radar. Bagaimanapun kapal terbang terbang tersebut muncul kembali selang beberapa minit.

Alam ini penuh dengan perkara-perkara yang ajaib. Walaupun di zaman teknologi yang pesat membangun, namun fenomena ‘Masa berulang’ ataupun ‘Waktu berputar kembali’ sukar untuk dijelaskan. Secara teori misteri Waktu Berputar Kembali diertikan sebagai waktu yang telah berlalu berulang kembali. Kembali ke masa lampau bukannya sesuatu yang mustahil, walaupun tiada orang mengalaminya secara sengaja setakat ini. Menurut teori Albert Einstein, waktu dan ruang dapat mengalami perubahan dalam kecepatan cahaya. Jadi, seandainya suatu benda bergerak dengan kecepatan 300,000 km/saat ataupun atau 186,000 batu sesaat, maka ruang dapat dipendekkkan, dan waktu dapat diperlambatkan.
Ada sebuah kisah… Pada awal tahun 1994, sebuah pesawat penumpang Itali melintasi ruang udara pantai Afrika. Dengan tiba-tiba sahaja pesawat tersebut hilang dari radar di menara kawalan. Ketika semua petugas di lapangan terbang tersebut cemas kerana menyangka pesawat itu telah terhempas, pesawat tersebut muncul kembali di ruang udara, dan radar dapat mengesan kembali koordinat pesawat tersebut. Pesawat itu mendarat dengan selamat tanpa sebarang masalah. Namun, kru kapal dan 315 penumpangnya sama sekali tidak tahu bahawa mereka pernah “hilang”.

Perkara itu diberitahu oleh patugas di menara kawalan kepada kapten kapal terbang. Dengan kehairanan dan rasa tidak percaya, kapten pesawat berkata : “Pesawat kami tidak pernah mengalami sebarang masalah dari Manila, dan tidak ada kejadian yang pelik-pelik pun berlaku. Mana mungkin kami semua ‘hilang’?”. Tetapi yang menjadi misteri dan membuatkan mereka semua percaya mereka semua telah ‘hilang’ ialah ketika mereka semua melihat jam masing-masing. Semuanya terlambat 20 minit.


Saturday, February 02, 2013

Ketam Gergasi Yang Meremangkan Bulu Roma - Dasat Siot!

Kill it! Kill it with fire!

Ketam Gergasi atau nama jolokannya Coconut Crab adalah antara spesies ketam tahap gergasi di dunia. Populasi mereka wujud di sekitar lautan Indian, lautan Pasifik dan juga disekitar lautan Pulau Gambiers. Spesies ketam ini memakan buah - buahan segar, isi kepala dan juga daging manusia? Haha jangan risau ketam ini jenis yang memakan tumbuh - tumbuhan dan buah - buahan.


Saturday, February 02, 2013

Suasana Siang Dan Malam Dalam Satu Tempat - Cool Siot!

Bila siang dan malam bercantum.

Dunia sentiasa berputar di atas paksinya sendiri. Jadi bumi mengalami keadaan siang dan malam. Apa akan terjadi sekiranya di satu tempat, siang dan malam disatukan? Bagi kami, ini suatu yang ganjil.


Friday, February 01, 2013

Stone Cold Stunner Yang Tak Logik - WTF Siot!

Hahahahaha melambung!

Pernah suatu ketika dahulu arena WWE sangat popular di Malaysia. Jadi pada mereka yang melalui zaman itu pasti kenal pada wrestler legend Stone Cold Steve Austin! The Rattlesnake! Finisher beliau sangat famous sampai budak - budak sekolah gaduh pun guna move nih, Stone Cold Stunner! Hahaha. Tapi yang kena dekat The Rock lagi badass dan tak logik. Hahaha.


Friday, February 01, 2013

Seni Origami Kertas Menjadi Haiwan - Cool Siot!

Coooooooooooool!

Kalau sebelum nie, aku ada postkan entri mengenai seni origami dari tin yang bagi aku sangat unik dan kreatif. Nanti! Ada lagi seni origami yang unik dan kreatif iaitu origami kertas menjadi haiwan. Respek doh!


Friday, February 01, 2013

Meet Sam, Kucing Yang Mempunyai Kening Yang Cute - Comel Siot!

Ala tomey tomey tomey! Hehehe

Mengikut kepercayaan karut manusia, kucing mempunyai 9 nyawa, namun bagi Sam, si kucing yang unik ini, ia mempunyai 1 ekspresi sahaja, iaitu kerisauan. Bentuk keningnya yang naik keatas seolah - olah risau menjadi ia famous di internet. Bagi aku semua ekspresi kucing adalah comel walaupun tengah berak!


close