Showing posts with label Bodoh Siot. Show all posts
Showing posts with label Bodoh Siot. Show all posts

Monday, April 15, 2013

Teknik Yoga Yang Amat Failed - WTF Siot!

WTF! Cannot braining this thinging!

Ok. bagi mereka yang bangun pagi dan inginkan kesegaran yang abadi, maka kami berikan satu teknik Yoga yang mampu membuatkan anda segar sepanjang hari.

Friday, November 09, 2012

Wanita Ini Suka Makan Pasir? - Dasat Siot!

Meggi murah dan sedap kot!

Wanita ini pernah diexpose dalam siri TV3 (tak tahu slot apa). Diingatkan pasir bukan sejenis makanan tetapi bagi wanita ini, pasir lebih sedap dari daging ayam dan lembu!. Setiap hari beliau akan pergi ke kawasan berpasir untuk dibawa pulang sebagai makanan ruji beliau. Bagi anda yang berkerut duit gaji lambat lagi nak masuk, boleh lah berguru dengan wanita ini.


Thursday, October 25, 2012

Bapak Setan Sanggup Makan Anak Sendiri - Kejam Siot!

Oh Dunia !



Port Moresby - Penduduk bandar perlombongan Papua New Guinea berkata mereka mendapati seorang lelaki yang mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah memakan anak yang baru lahir semasa upacara sihir. Masyarakat setempat berasa amat sedih, marah, tetapi terdapat juga mereka yang ketakutan dan kebimbangan kerana terdapat kepercayaan sihir atau ilmu sihir di alamkan di kawasan mereka.

Menurut penduduk tempatan lelaki itu telah menjalankan upacara sihir, atau permulaan, untuk menjadi sebahagian daripada beberapa jenis masyarakat khas, katanya. Suspek mempunyai sejarah yang panjang dalam penyalahgunaan dadah. Beberapa tahun yang lalu, dia pernah menjadi gila berikutan kesan dadah yang diambil beliau.- ujar penduduk kampung yang menyaksikan kejadian berikut

Pada tahun 2009, ia telah dianggarkan bahawa 50 orang terbunuh dalam pembunuhan berkaitan sihir dalam masyarakat terpencil.

Kejam dan tidak berperikemanusiaan! Itu yang dapat diungkap ketika membaca laporan ini. Seolah - olah nyawa seseorang itu bagaikan kertas yang jika tidak ingin, boleh dikoyak dan dibuang begitu saja. Inikan pula bapak yang merupakan darah dagingnya sendiri, sanggup melapah anaknya demi kepentingan sendiri. Manusia kian GILA!

Saturday, October 20, 2012

Gambar Yang Buat Anda Cakap "Oh S**t!" - Lawak Siot!

Oh Tuuuuuut!!

Jom melihat koleksi gambar - gambar yang akan buatkan anda cakap "oh shit!, OMG!, holy crap!" atau lebih sopan lagi "Masyaallah!". Hahaha!


Sunday, September 30, 2012

Jangan Renung Gambar Ini Lama - Lama! - Seram Siot!

Takuuuuut!

Di Blog Siot, kami suka kenakan mereka yang penakut atau senang terperanjat. Jadi malam ini kami sajikan anda dengan gambar yang hmmmm maybe boleh buatkan anda terkejut. At least la haha. Jom tengok dekat - dekat.






















Amacam? Ada takut ka? Hahaha

Sunday, September 23, 2012

Sudah Memiliki iPhone 5? Mari Bakar iPhone 5 Anda Dalam Microwave! - Bodoh Siot!

Ini sangat hate kepada iPhone!

Apa akan terjadi sekiranya anda membakar iPhone 5 terbaru anda dalam microwave? Ini yang dilakukan oleh so called 'Attention-Seekers' dalam program 5 minit beliau di dalam laman sesawang Youtube.com. 

Dengan tema "Remember unless you’re a professional microwave operator with at least 30 years of qualified professional microwaving experience do not attempt these experiments at home under any circumstances whatsoever at all", beliau mula membakar iPhone 5 yang menjadi kegilaan para peminat iPhone. Selepas selesai sesi meng'oven'kan iPhone 5, beliau menjual pula hasil iPhone 5 yang terbakar tadi di eBay dengan harga $3,001. Pastinya Apple Haters akan berpusu pusu membeli iPhone tersebut dan framekannya di rumah. Nice! 

Kalau nak menganjing lagi bakarkan iPhone 5 tadi dalam microwaves jenama Samsung!





Tuesday, September 18, 2012

Agen Secret Service Kantoi Semasa Pengucapan President Barack Obama - Kantoi Siot!

Kantoi Siot! Ujarku dengan nada kemarahan yang selamba melihat kelakuan yang memalukan ini. Gambar ini diambil oleh seorang photographer di Ohio semasa President Barack Obama memberi ucapan di Ohio. Selepas beliau menguploaded gambar tersebut di Twitter, barulah beliau tersedar ada adegan lain disebalik gambar yang ditangkap beliau. Dikatakan kelihatan seorang agen Secret Service sedang menandas di tepian bukit. Gambar tersebut menjadi viral dan tersebar luas di laman sosial. Terkejut dengan berita tersebut, ketua Agency tersebut cuba memberi alasan bersebab bahawa agennya sebenarnya sedang menjalankan tugas sebagai satu protokol dimana beliau harus meninjau kawasan tersebut dan berjaga - jaga dikhuatiri terdapat serangan hendap di kawasan tersebut. Yes! alasan yang munasabah. Mana mungkin agen Secret Service melakukan kerja sebegini rupa. Bila kantoi, banyak pula alasan. Mengaku saja kan senang sebab kerja menandas ini adalah lumrah manusia. Anda lihat sendiri, adakah agen tersebut melakukan perkara tersebut atau ada benda lain yang sedang beliau lakukan?



Tuesday, September 18, 2012

Produk Merepek Yang Dijual Dipasaran - Bodoh Siot!

Mari beli produk ini. Khas buat mereka yang pemalas level 666. Produk ini semestinya bukan buatan Malaysia kerana produk tempatan 100% bagus. Penciptaan produk ini hasil dari buah fikiran yang sedikit mental namun terjual dipasaran. Apa produknya? Mari saya perkenalkan.






Thursday, March 29, 2012

Video Klip M-Pop Yang Paling "Terbaik" - WTF Siot!

LOL 100X!

Ini adalah produk Malaysia iaitu M- Pop atau nama penuhnya Malaysian Pop. (Saya bangga menjadi anak Malaysia). Video klip ini sangat unik sehinggakan aku tidak tahu apa maksud yang tersirat dan tersurat didalam video ini. Lagu bagus tetapi lirik penuh meaning yang menyuruh lelaki turut sama mati kalau girlfriendnya mati bukan tolong beliau ketika lemas atau ketika awek korang salah malah korang tetap membenarkan yang salah. This is Genius!  

Saturday, March 10, 2012

Monday, February 27, 2012

Rowan Sebastian Atkinson A.K.A Mr Bean Meninggal Dunia? - WTF Siot!

Stupid Joke!

Dunia maya di twitter digemparkan dengan berita kematian actor terkenal, Rowan Atkinson a.ka. Mr. Bean. Khabar angin tersebut tersebar diseluruh dunia dalam masa yang singkat padahal Rowan Atkinson masih lagi sihat dan bernyawa. Hal Ini berpunca dari joke yang bodoh dari seorang Twitter Philippines, Micheal Robert. Beliau dengan confidentnya menghantar post tweet beliau berbunyi seperti berikut:

"Fresh news from Britain, Rowan Sebastian Atkinson (a.k.a Mr Bean) passed away this evening"

Berita palsu tersebut terus tersebar dan MIcheal Robert memohon untuk menghentikan penyebaran rumors berita kematian Rowan Atkinson kerana ianya hanyalah gurauan.

A Joke? Siot! Aku seorang fan Mr. Bean dan aku sangat marah.
Bayangkan dalam masa beberapa jam, maklumat mengenai Rowan Atkinson diubah di dalam Wikipedia menyatakan tarikh lahir serta tarikh kematian beliau.

Yes. Rowan Atkinson masih lagi hidup.

Sunday, February 26, 2012

Friday, February 24, 2012

Kenapa Namakan Blog Ini Blog Siot? - Bodoh Siot!

Beberapa hari yang lepas, aku ader lepak dekat warung dengan kawan - kawan aku. kitorang bercerita macam - macam dari isu semasa, politik, agama sampailah ke isu blog. Diorang tanya aku ader tak buat blog, aku cakap ader. Semua excited tanya macam - macam.

Kawan1 
 : Ko ader blog ek? Wahh kawan aku blogger rupenyer..
Aku
 : Haha bese la, baru jer start berblogging.
Kawan1
 : Ape la nama blog ko?
Aku
 : Blog Siot - Too Siot !
Kawan1
 : What??
Kawan2
 : Biar betui nama blog hang?
Kawan1
 : Haha Blog Siot? haha
Kawan3
 : .....(terdiam sambil hisap rokok)
Aku
 : Yala aku letak Blog Siot, awat?
Kawan2
 : Perghh..name lain bukan maen byk, siot jugak yang ko letak, cube la letak hatikumanis.blogspot  ke, cheriteraseorangaku.blogspot ke, mandiwajib.blogspot ke, kakikudibibirmu.blogspot ke..baru  la cam besh sket..haha
Aku
 : mandiwajib.blogspot? biar betul? Siot giler..
Kawan1
 : Nape ko letak nama blog ko Blog Siot?
Aku
 : Sebab aku rase cam best jer letak name cmtu..
Kawan1
 : Weh jawapan - jawapan tak berasas nie aku tak ley trima, ko was - was, amalan syaitan tu..cube jawap betul - betul.
Aku
 : Haha, sebenarnyer Siot tu...
Kawan3
 : Siot ar ko..(sambil hisap rokok)
Aku
: Bagi aku terang dulu..Siot bagi aku bukan perkataan yang kesat kalu kena pada tempatnya, aku selalu sebut cantik siot, best siot, takut siot..kan biler dengar rase lebih memberi impact kan..
Kawan1
 : Pergh..member aku pakar saikologi la plak..haha
Aku
 : Betui la weh..haha
Kawan2
 : Aper yang ko citer lam blog ko tu? Ader citer - citer macam bagaimana membela seekor aku, harus ke aku melintas jalan, panduan menjadi banduan, bahaya gosip liar, bagaimana dari jutawan ke dermawan, best jugak citer - citer camtu...
Aku
 : Citer aper yang ko baca nie?
Kawan3
 : Kalu aku bace blog ko, aku dapat rokok free tak?..(sambil menghembus asap rokok)
Aku
 : Rokok itu haram!
Kawan1 
 : Owh maknanya tiap kali ko nak post dalam blog, mesti ader perkataan "siot"?
Aku
 : Aaah, kire macam tagline la, so nanti readers aku rase yang isu aku tulis nie macam perlu diberi perhatian la..
Kawan2
 : Nape ko nak wat blog? apesal tak wat rumah ke, kolam ikan ke, ladang kambing ke, kebun getah ke..ader masyuk sket..
Aku
 : Blogging pown dapat duit jugak..janji rajin la...
Kawan3
 : Ko ader duit lebih..beli aku rokok seludup sekotak..murah beb!
Aku
 : Puihh!
Kawan1
 : Blogger dapat gaji macam penjawat awam tak? aku nak mohon jadi blogger la..
Aku
 : Ko boleh mohon penampar sulung aku rasenye nie..agak siot disitu..
Kawan2
 : Maser ko tulis dalam blog, pernahkah ko tahu berapa banyak perkataan yang ko tulis? Patutnye ko kene letak jumlah perkataan setiap kali ko update ko punyer blog..
Aku
 : Adeh, bukan masuk exam pun nak tulis jumlah perkataan cam jawap exam Bahasa Melayu..
Kawan3
 : Aku rase aku bukan keturunan Melayu la..Vampire kot rasenyer..
Aku
 : Ko bukan Vampire, ko bakal kene fire dengan aku..Gile ape korang nih tanya soalan pelik - pelik??
Kawan1
 : Mamak! Tukar channel wrestling!
Kawan2
 : Adik - adik, nak order air sungai segelas..
Kawan3
 : .....(sambil menghisap rokok kali le 20 batang)
Aku
 : .....(Siot!)
Aku
 : Ape yang aku nak wat kasi ajar bebudak nih?



Thursday, February 23, 2012

Gangster Dunia Yang Patut Anda Tahu - Memang Siot!

Tengok dan Korang Judge

# Aryan Brotherhood

# Mexican Mafia (La eMe)

# The Mungiki (Kenyan Mafia)




# Primeiro Comanda da Capital

# Black Guerilla Family

# La Nuestra Family

# Texas Syndicate (Texas 7)

# Mara Salvatrucha (M - 13)

# Baharom (Mat Rempit).....?
# Panglima Perang Malaysia....WTF?!

Tuesday, January 31, 2012

Gaya Perompak Ala Koboi Tetapi Tertembak Kaki Sendiri, WTF?! - Bodoh Siot!

Arghh!!

This is Bodoh Siot!. Outfit diorang dah memang cool dengan ala - ala koboi siap dengan dual pistol ditangan. Ini kalau tembak orang memang kena dua hingga empat orang sekaligus nie. Tapi secool - cool perompak, tetap dapat pembalasan dari Tuhan. Last - last kaki sendiri yang ditembaknya. Terbaik!.

Kejadian berlaku di Parana, Brazil. Tiga orang perompak cuba merompak sebuah bank di bandar berdekatan. Salah seorang perompak memegang dual pistol sambil melihat rakannya memasukkan wang kedalam karung. Namun perompak tersebut tertembak kaki kanannya sendiri menyebabkan mereka terpaksa bergegas keluar dari bank tersebut. Tidak lama kemudian, Polis Brazil berjaya menangkap lelaki yang tertembak kakinya sendiri di hospital berdekatan semasa perompak tersebut ingin mendapatkan rawatan. Stupid Tak?



Thursday, January 12, 2012

Alasan Yang Siot Bila Lambat Datang Kerja - Bodoh Siot!

Bijak, Nice and Cool!

Anda ketandusan idea apabila ditanya oleh Boss kenapa datang lewat tyme kerja? Tergaru - garu ketiak mencari seciput idea untuk melepaskan diri dari persoalan tadi? Dahi berpeluh manik takkala dihujani kemarahan Boss yang tak pernah reda? Disini ada jawapan yang cool untuk mereka yang inginkan kelainan ketika memberi idea kepada Boss anda.

#5.
Katakan kepada Boss anda, ketika anda berhenti untuk membeli breakfast di kedai Kak Leha nasi lemak, kereta anda dihijack oleh seekor beruang yang ganas. Bijak.


#4.
Katakan kepada Boss anda semasa anda bergegas untuk masuk ke dalam lif, anda sebenarnya telah masuk ke dunia Narnia. Kreatif.


#3.
Katakan kepada Boss anda yang anda terpaksa berjumpa Doktor kerana anda tertelan kunci kereta anda. Extreme.


#2.
Katakan kepada Boss anda ketika anda ingin keluar dari rumah untuk pergi ke pejabat, anda di halang oleh geng - geng ninja jepun. Anda bertarung sehabis mati dan berjaya tumpaskan geng ninja tersebut. Namun apabila anda melihat jarum jam, anda sudah lewat untuk ke pejabat. Superb.



#1.
Katakan kepada Boss anda yang semasa dalam perjalanan ke pejabat. Anda tersepit didalam trafik jam. Trafik jam tersebut bukan berpunca dari kemalangan, tetapi Ultraman sedang bertempur menewaskan raksasa yang cuba menakluki Bumi. Coolest.

close