Showing posts with label Lawak Siot. Show all posts
Showing posts with label Lawak Siot. Show all posts

Sunday, May 26, 2013

Apa Yang Lelaki Ini Cuba Buat? - Hairan Siot!

Ko mabuk ke ape?

Kami Di Blog Yang Siot! sangat hairan dengan tingkah laku mamat ini.

Friday, May 10, 2013

Meme VS Wajah Sebenar - Lawak Siot!

Close enough!

Mari bezakan meme ini dengan raut wajah manusia sebenar. Adakah sama atau cam bodoh je.

Saturday, April 27, 2013

Luis Suarez Kena Trolled - Lawak Siot!

Hahahaha!

Insiden Suarez menggigit Ivanovic semasa perlawanan dengan Chelsea mencetuskan kemarahan peminat bola sepak. Mana tidaknya, tindakkan Suarez dianggap teruk dan tidak bermoral. Jadi peminat - peminat yang marah dengan tindakkan itu melakukan aktiviti trolled terhadap Luis Suarez. Ini sebahagian dari trolled mereka. Nice!

Wednesday, April 17, 2013

Wajah - Wajah Lucu Kwang Soo Dalam Running Man - Lawak Siot!

Menceriakan Running Man!

Kwang Soo adalah icon betrayar dalam Running Man! True Story.

Thursday, April 11, 2013

Bagaimana Manusia Kalau Makan Macam Haiwan? - Lawak Siot!

Agak lawak jugak la!

Kalau makan tu belum tau lagi macam mana, tapi kalau manusia perangai macam binatang tu dah biasa tengok. Lebih dari binatang pun dah banyak dah sekarang nie. Tapi video nie untuk ceriakan hari anda sahaja.


Tuesday, April 09, 2013

Misi Pencarian Admin Blog Yang Siot! Episode 2 Akhir - Edisi Siasat Siot!


Jika korang belum baca Episode 1, sila baca disini: Misi Pencarian Admin Blog Yang Siot Episode 1

Jarum jam tidak bergerak menunjukkan bateri jam sudah kehabisan, kami buntu kerana misi sebelum ini berakhir dengan kegagalan. Namun, alang - alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan, genggam bara biar jadi abu. Semangat kami semestinya tidak akan mudah luntur. Selepas kami mengemas barang - barang camping, kami meneruskan lagi perjalanan di dalam misi menjejaki admin Blog Yang Siot!

"Kalau terjun gaung nih, agak - agak sampai Gunung Ledang tak?" - Soal salah seorang krew yang keletihan mendaki gunung. "Bukan sampai Gunung Ledang je, sampai ke rahmatullah pun boleh jugak, dekat je" - jawap seekor burung kakak tua yang pandai berkata - kata. Dek kerana terkejut dengan teguran sang burung kakak tua, kami berlari anak keluar dari hutan tersebut. Tetapi, semakin kami berlari mencari jalan keluar, semakin jauh dan sesat kami di dalam perut hutan yang penuh pancaroba.

"Kita dah sesat, kita takkan jumpa jalan keluar, macam mana nih? kita mati kering je kat sini!!" - Jerit kameraman yang cemas dan gelisah mengenai kejadian ini lalu diterajang beramai - ramai oleh semua krew bagi menenangkan beliau. Benar, Kami telah tersesat jauh ke dalam hutan rimba dan tidak tahu bagaimana untuk mencari jalan keluar. Tiba - tiba, kami terdengar bunyi - bunyian seperti ada seseorang sedang menyanyi. Suara yang kami dengar sangat merdu dan pastinya meremangkan bulu roma. Mana tidaknya, di dalam hutan, kami sahaja yang berada dikawasan itu, tidak mungkin kami akan enjoy dan sing along kan? Tetapi bagi meneruskan misi pencarian ini, kami terpaksa menempuh segala onak dan duri. Kami memberanikan diri walaupun ada segelintir kami yang pengecut dan mulai terkencing dalam seluar. Kami bergerak perlahan meninjau dimanakah sumber bunyian tersebut. Apabila kami bergerak masuk kedalam hutan, bunyian tersebut semakin jelas. Kali ini apa yang kami dengar orang tersebut menyanyi siap dengan musik background!

"Ini Semua POYO" - seorang krew tampil dengan lagak Aaron Aziz, cuba memberanikan diri meneruskan perjalanan menjejaki sumber nyanyian tersebut. "Suara dah la sumbang!, pitching lari, tone berterabur!" - tiba - tiba beliau seperti dirasuk semangat jahat lalu menjadi juri yang kurang ajar dan bajet power dalam bidang nyanyian. Beliau mengelupur bersendirian sambil kami menggelengkan kepala dan meneruskan perjalanan.

Tiba - tiba, kami ternampak kilauan cahaya dari dalam hutan tepat kearah dimana kami berjalan. Masing - masing memerhatikan sesama sendiri sama ada mahu mengikut kilauan cahaya itu atau tidak. Namun, berbekalkan sandwich semalam, kami sudah tetapkan pendirian, misi ini harus diteruskan jugak. Jadi kami terus mengekori kilauan cahaya tersebut. Semakin hampir dengan kilauan cahaya tersebut, semakin kuat bunyi nyanyi ini, dan semakin cerah cahaya kilauan tersebut. Kami teruskan juga mengikuti sumber cahaya itu.

Sesampai sahaja kami dikawasan tersebut kami sangat terkejut, seperti mahu pitam dan pengsan. Lutut kami lemah longlai, iman kami tidak kuat untuk menampung perasaan ini. Jantung kami berdegup kencang laksana dilanda taufan. Peluh mulai membasahi dahi kami.  Apa yang kami nampak di hadapan kami semestinya sangat memeranjatkan kami. Jika anda berada bersama kami pastinya anda akan turut sama merasai apa yang kami rasa.

"Eh, korang! Hahaha apa yang korang buat kat sini? Macam mana korang jumpa tempat nih? Meh la join! Tempat nih baru lagi, tak ramai yang tau!" - Ajak Admin Blog Yang Siot! sambil melakukan gerak tari parody Sayang Shae. Akhirnya terjawap juga persoalan bunyi - bunyian dan kilauan cahaya dari hutan ini. "Ko bukak business karaoke dekat dalam hutan nih????" - Tanya aku selaku ketua misi pencarian Admin Blog Yang Siot! "Hahaha aku test market untuk orang - orang asli kat sini, kalau ko jalan depan lagi dah jumpa bandar, kalau buat dekat bandar macam menggangu ketenteraman orang kan, so buat la dalam hutan, cantik tak idea aku?" "CANTIK!!!!!" - Maka kami semua pun menyanyi lagu karok sepam dua sebelum membelasah admin Blog Yang Siot! kerana telah menyusahkan ekxpedisi pencarian ini. TAMMAT  

Friday, April 05, 2013

Misi Pencarian Admin Blog Yang Siot! Episode 1 - Edisi Siasat Siot!


Baru - baru ini, wartawan Hatikudiguris bin Jiwakudirobek cuba merungkai misteri kemana perginya admin Blog Yang Siot kerana kelihatan blognya agak sangat bersawang. Pencarian bakat baru eh? salah tiap, maafkan saya. Pencarian kehilangan blogger Blog Yang Siot pun bermula. "Kami harus merungkai misteri kehilangan beliau kerana kami sangat rindukan beliau" - kata salah seorang pejalan kaki yang baru dilanggar kami sebentar tadi.

Misi mencari admin Blog Yang Siot bermula dengan ekspedisi memanjat Gunung Ledang dimana dikatakan terdapat mitos kebanyakkan blogger hilang disembunyikan oleh nenek kebayan Gunung Ledang? "It is seem legit" - ulas kameraman yang baru sahaja mendapat kaki diperut kerana cuba bertutur dalam bahasa asing. Setelah 10 jam kami mendaki Gunung Ledang akhirnya sia - sia kerana kami sebenarnya tersalah panjat gunung daa! Sekali kami daki Gunung Tahan la pulak. Tetapi yang menjadi misteri, pak cik yang kononnya tahu dimana lokasi Gunung Ledang tidak pandai pandai bertutur bahasa Malaysia. Rupanya - rupanya pak cik tersebut merupakan pendatang tanpa izin yang sudah bermastautin hampir 2 bulan di sini. Kami tertipu dek kejahilan kami tidak dapat membezakan warna kulit rakyat Malaysia dengan warga asing.

Namun, misi pencarian harus diteruskan. Kami mendaki juga Gunung Tahan itu dengan tabah dan bergelumang dengan perasaan dendam kesumat terhadap pakcik tadi. Pendakian kini berterusan selama 10 jam lagi dan akhirnya kami sampai betul - betul di puncak Gunung Tahan. Kami terus memacakkan bendera Malaysia sebagai tanda bahawa kami telah sampai ke puncak. Eh? ini misi menawan Gunung Tahan atau pencarian blogger Blog Yang Siot? Kami konfius lalu kami camping di lereng bukit bagi membincangkan matlamat sebenar misi ini.

Misi berhenti sebentar dan akan bersambung lagi...

Thursday, February 28, 2013

Apabila Halim Othman Cuba Menjadikan Halim Shake Satu Fenomena - Lawak Siot!

Bakal mendapat P.J.J (Penendang Jarak Jauh!) dari orang ramai!

Speechless. LIKE kalau SETUJU. Please support Meleis Product!


Friday, February 15, 2013

Telur Jadi Ganti Model Movie Terkenal - Lawak Siot!

Telur pun jadi model?

Gambar dibawah adalah poster movie2 yang terkenal tetapi semua modelnya adalah telur. Lawak tapi macam siot!


Thursday, February 14, 2013

Video Sedih Shila Amzah Yang Di Parody kan - Memang Siot!

Dasar menganjing!

Hahahaha sedih weh citer pasal Shila Amzah. Pilunya hati korang tau. Siap buat video lagi nyanyi Ombak Rindu. Ini bukan drama melayu. Tapi ader pulak orang menganjing! Hahaha harrr tuii! Jom layan sat.


Saturday, February 09, 2013

Akibat Posing Ditempat Yang Tak Dibenarkan - Lawak Siot!

Looooooooooooooooooool!

Hahaha. Apa akan terjadi sekiranya anda ditempat perempuan ini dan berposing ala - ala ayam yang cute?

Monday, February 04, 2013

Bila Peminat Running Man Obses - Lawak Siot!

Slowpoke siot aku...

Hahahahaha aku seorang kipas-susah-mati variety show Running Man. Tetapi gambar ini sangat lawak dan riang ria!

Monday, December 17, 2012

Gambar Budak Comel Yang Diphotoshopkan - Lawak Siot!

Hahaha nice!

Sebelum ini Leonardo DiCaprio pernah menjadi mangsa kepada bahan photoshoped. Kalau korang belum tengok, ini link entri yang sebelum ini.
Kali ini yang menjadi mangsa photoshoped adalah seorang budak perempuan yang lari daripada buih -buih sabun yang ditiup beliau. Di bawah adalah gambar asal dan yang selebihnya adalah bahan photoshoped

Sunday, November 25, 2012

Tarian Si Beruang Polar Yang Happy - Lawak Siot!

Funny animal!

Hahahahahaha..sangat comel gaya beruang polar ini menari. Haiwan pun mengerti erti kegembiraan, jadi mulakan hari korang dengan ceria dan happy!


Wednesday, October 31, 2012

Gambar Yang Buat Korang Gelak Sakan - Lawak Siot!

Ketawa menyembuhkan penyakit!

Ini adalah koleksi gambar - gambar yang boleh membuat anda ketawa (at least) pada pagi rabu yang membosankan. Hahaha!


Wednesday, October 24, 2012

Lelaki VS Perempuan! Siapa Lebih Hebat? - Lawak Siot!

Mari lawan jantina!

Hari ini aku nak pertontonkan kepada semua pembaca mengenai lelaki VS perempuan. Antara dua jantina ini, siapakah yang hebat? Apa? semua sama hebat?...khunsa ke?


Saturday, October 20, 2012

Gambar Yang Buat Anda Cakap "Oh S**t!" - Lawak Siot!

Oh Tuuuuuut!!

Jom melihat koleksi gambar - gambar yang akan buatkan anda cakap "oh shit!, OMG!, holy crap!" atau lebih sopan lagi "Masyaallah!". Hahaha!


Sunday, September 23, 2012

Saturday, September 22, 2012

Jika Watak Anime One Piece Sama Seperti Manusia Sebenar - LOL Siot!

So close!

Anda seorang peminat anime? Kalau anda adalah kipas-susah-mati (Die Hard Fan) anime, sudah semestinya anda tahu mengenai anime popular One Piece. Bagi mereka yang tidak tahu, One Piece merupakan sebuah manga hasil lukisan Eichiro Oda. Kisah anime ini berkisar tentang seorang budak yang bercita - cita untuk menjadi Pirate King. Watak - watak utama dalam siri anime One Piece adalah Monkey.D Luffy, Roronoa Zoro, Sanji, Nami, Usopp, Tony Tony Chopper, Nico Robin, Franky dan Brook. Jadi, cuba bayangkan jikalau watak - watak yang terdapat dalam siri anime ini wujud sebagai manusia sebenar. Mari kita compare!






close