Showing posts with label Seram Siot. Show all posts
Showing posts with label Seram Siot. Show all posts

Tuesday, February 09, 2016

Pulau Anak Patung Yang Menyeramkan - Seram Siot!

Kalau malam sangat seram!

Isla De Las Munecas yang terletak di Mexico mempunyai banyak cerita menarik, salah satunya ialah Don Julian yang meninggalkan isterinya untuk hidup di pulau ini selama 50 tahun, kemudiannya meninggal pada tahun 2001 namun banyak anak patung yang menyeramkan masih ada sehingga kini. Terdapat cerita menyatakan beliau menyimpan anak patung ini untuk menghormati kanak-kanak perempuan yang telah mati dengan tujuan menenangkan semangat mereka.




Wednesday, May 29, 2013

Ingin Melawat Hospital Sakit Milik Ketenteraan Nazi? - Seram Siot! (9 Gambar)

Pergh! Goosebump tengok hospital nih siot!

Katil yang berkarat, bangunan yang dilitupi tumbuhan menjalar dan koridor kosong dengan dinding penuh dengan hasil contengan grafiti dan cat mengelupas adalah apa yang masih tertinggal di hospital gergasi ini. Hospital ini dikatakan pernah merawat pemimpin Nazi tersohor, Adolf Hitler, selepas ia telah ditinggalkan semasa kejatuhan Jerman Timur.

Beelitz-Heilstätten, pusat rawatan dengan 60 bangunan kompleks dari barat daya ibu negara Jerman, dibina pada abad ke-19 untuk membantu memulihkan bilangan pesakit batuk kering di bandar berkembang Berlin.

Semasa Perang Besar, Beelitz-Heilstätten - atau Beelitz Sanatorium - telah bertukar menjadi sebuah hospital tentera di mana Adolf Hitler pada zaman remaja beliau telah dirawat untuk kecederaan paha yang dialami beliau dalam Pertempuran dengan Somme.

Monday, May 27, 2013

Topeng Ini Hasil Daripada Askar Yang Trauma Semasa Perang? - Seram Siot! (12 Gambar)

Ini sangat disturbing bro!

Topeng - topeng yang dihasilkan ini adalah hasil daripada sesi terapi yang dijalankan oleh unit terapi Walter Reed National Military Medical Center kepada askar - askar veteran yang masih mengalami trauma semasa berada di medan perang. Topeng - topeng ini mengambarkan perasaan mereka semasa berada medan perang.

Friday, May 10, 2013

Mari Melihat Serangga/Organisma Dengan Lebih Dekat - Seram Siot! (10 Gambar)

Owh, idea Alien datang pun dari serangga bumi jugak la...

Mata kasar manusia tidak mampu melihat objek atau organisma yang kecil dan bersaiz mini. Jadi bagi menzahirkan imej organisma dan serangga micro, kami bawakan anda beberapa spesies yang bagi kami sangat seram jika terlihat di kawasan awam. Maaf jika gambar ini mengganggu selera pagi anda

Wednesday, May 08, 2013

Koleksi Taman Tema Keriangan Yang Telah Ditinggalkan - Seram Siot! (14 Gambar)

Ini tidak riang!

Mari melawat ke taman tema keriangan yang telah ditinggalkan manusia. Bawak sekali cam recoder, mana tahu terakam susuk - susuk tubuh entiti.

Thursday, January 10, 2013

Ada 'Benda' Tumpang Kereta Brader Nie - Seram Siot!

Really?

Heboh dalam facebook kononnya ada 'Benda' tumpang kereta brader nie. Apa yang aku respek, brader nie cool dan tak lupa dengan Tuhan. Tapi apa yang nak ditakutkan sedangkan 'benda' tu pun mahkluk Allah. 'Benda' tu pun pakai tudung beb! Ape kes wanita - wanita sekarang free hair je? 

Tuesday, December 04, 2012

Prank Lift Yang Buat Korang Sakit Jantung! - Seram Siot!

Bloooooody scary!

Yes! Aku slowpoke. Baru tengok prank ini. Kepada korang yang selalu naik lif, cer try bayangkan situasi ini terjadi pada korang. Ya! Aku penakut kalau sorang  - sorang pastu boleh pulak ada budak pegang anak patung! Aku bukan takut budak perempuan tu, tapi anak patung. Scary siot! Hahaha!

Sunday, November 18, 2012

Balcony Kaca di Sear Tower Chicago Yang Amat Gayat! - Seram Siot!

Terketar -ketar kaki aku!

Di Sear Tower, Chicago terdapat sebuah balkoni yang dibina daripada kaca khas yang tahan lasak. Bagi mereka yang tidak fobia terhadap ketinggian, bolehlah berkunjung ke bangunan ini. Aku? Maaf, banyak lagi tempat menarik yang tidak melibatkan ketinggian!


Saturday, November 03, 2012

Lokasi Bunuh Diri Paling Popular Di Jepun - Seram Siot!

Camping dalam hutan ini pun best jugak!

Di kaki gunung Fuji di Jepun, terdapat sebuah hutan yang dianggap gerbang ke alam maut. Hutan itu dinamakan sebagai Aokigahara yang merupakan lokasi bunuh diri tertua di dunia. Dipercayai, masyarakat Jepun telah membunuh diri di kawasan ini sejak tahun 1950-an lagi. Sekitar abad ke-19, para petani miskin akan membunuh diri mereka di kawasan ini kerana mereka percaya, anak mereka akan mendapat makanan yang lebih selepas mereka mati. Dipercayai juga, sehingga kini, lokasi berhantu ini telah menjadi kubur untuk 500 orang individu yang membunuh diri.

Wednesday, October 31, 2012

Gambar Hantu Dalam Lantai Rumah - Seram Siot!

Lantai anda berhantu?

Pada 23 Ogos 1971, di sebuah perkampungan terpencil di Belmez, Sepanyol, seorang penduduk, Maria Gomez Camara mendakwa satu wajah manusia terbentuk secara tiba - tiba di atas permukaan lantai simen dapur rumahnya. Fenomena itu terjadi agak lama sehinggakan Maria terpaksa memecahkan simen lantai itu dan menggantikannya dengan lantai baru. Anehnya, muncul pula wajah lain.

Semenjak itu rumah Maria tidak ubah seperti muzium. Beberapa wajah lagi terbentuk sehinggakan menarik minat beribu pengunjung datang untuk melihat setiap hari . Wajah - wajah itu kadang kala menyerupai wanita tua, lelaki tua dengan variasi saiz yang berbeza.


Wednesday, October 24, 2012

Pembunuh Bersiri ini adalah Vampire? - Seram Siot!

Vampire juga Pembunuh! Huh!

Prosa dongeng dan Kesusasteraan Barat dipenuhi dengan kisah - kisah seram tentang vampire - raksasa penghisap darah yang menghuru harakan pekan  - pekan kecil dan kampung - kampung. Cereka tentang kengerian mereka tidak hanya menakutkan orang - orang Barat, malah hingga berjaya membuatkan kita turut merasa tempiasnya. Tetapi, mungkin ramai tidak tahu, Vampire tidak hanya wujud dalam dunia kesusasteraan dan filem semata - mata, bahkan dalam fakta sejarah juga mencatatkan Vampire sebagai sebahagaian daripada pembunuh paling kejam pernah direkodkan.


Dilahirkan di Santa Clara Country, California pada 23 Mei 1950, Richard Chase adalah lelaki yang paling layak digelar sebagai vampire dalam sejarah. Digelar sebagai "Vampire of Sacramento", dia telah membunuh enam orang dalam jangka masa sebulan, memakan mayat mangsa dan, sesuai dengan gelaran yang diberikan ke atasnya, Chase meminum darah mangsa - mangsanya sehingga kering! Chase berasal daripada keluarga yang porak peranda. Dia mula menunjukkan tanda - tanda mengalami masalah psikologi ketika di awal usia, dan kemudiannya meningkatkan reputasi dirinya sebagai kaki botol dan juga penagih dadah kronik ketika zaman remaja. Chase mula obses terhadap cecair dalam tubuh, dan pernah sekali dia ditahan di wad kerana keracunan darah akibat menyuntik masuk darah arnab ke dalam tubuhnya sendiri.

Monday, October 22, 2012

Vietnam Sangat Meriah Dengan Buaya - Bahaya Siot!

Macam tangkap kucing!

Vietnam baru - baru ini dilanda banjir yang hebat sehingga berjaya menghanyutkan 580 buaya ke kawasan penempatan manusia. Buaya - buaya yang hanyut kebanyakkan datang dari taman buaya yang berhampiran. Kini, jumlah buaya yang berjaya ditangkap adalah sebanyak 60 ekor manakala bakinya masih berenang - berenang di parit dan rumah - rumah orang.


Friday, October 19, 2012

Fenomena Terlihat Bayangan Hitam Seperti Hantu- Fakta Siot!

Pernah terjadi tapi terus tutup mata. Penakut ke?

Ketika korang berada di satu - satu tempat, lebih - lebih lagi ketika berseorangan, kadangkala kita akan merasakan ada lintasan bayangan hitam di sekitar kanan atau kiri hujung pandangan mata kita. Namun apabila ditoleh, ia pantas menghilang dan nyata tiada apa atau sesiapapun di sekitar kita. Ia kadangkala agak menyeramkan. Boleh dikatakan hampir semua kita pernah melalui peristiwa tu kan?

Fenomena ini digelar Flimmern-Geist, diadaptasi dari perkataan Jerman yang membawa maksud 'Flicker-Guides' (roh kerdipan). Fenomena ini pertama kali dibincangkan dan dikaji oleh seorang ahli kimia pada abad ke 16 iaitu Jakob Bohme, dimana dia menggambarkan fenomena ini sebagai keupayaan untuk melihat kelibat bayang - bayang daripada sudut penglihatan.


Secara amnya, makhluk - makhluk bayangan kerdipan yang muncul seperti kelibat (berperilaku seperti manusia berlari pantas) ini berbentuk manusia, gelap dan amat tangkas. Lumrahnya, hampir setiap manusia biasa pernah mengalami fenomena melihat bayangan hitam yang bergerak pantas di sudut pandangan mata mereka dan apabila ditoleh, nyata tiada apa-apa.(Kalau ketika anda menoleh, bayangan tersebut masih tercegat dihadapan, itu bukan lagi Flimmern-Geist!).

Kebiasaannya, selepas fenomena ini berlaku, ia akan disusuli dengan perasaan gementar, seram dan perasaan seperti sesuatu yang ganjil telah berlaku akan dirasakan oleh si pelihat. Para saintis berpendapat fenomena ini hanyalah satu muslihat mata namun mereka gagal untuk menjelaskan bagaimana dan mengapa ia berlaku.


Sunday, September 30, 2012

Jangan Renung Gambar Ini Lama - Lama! - Seram Siot!

Takuuuuut!

Di Blog Siot, kami suka kenakan mereka yang penakut atau senang terperanjat. Jadi malam ini kami sajikan anda dengan gambar yang hmmmm maybe boleh buatkan anda terkejut. At least la haha. Jom tengok dekat - dekat.






















Amacam? Ada takut ka? Hahaha

Friday, September 28, 2012

Kisah Hantu Tandas Yang Popular Di Jepun - Seram Siot!

Ghooooooosst!!

Kecil - kecil dulu setiap daripada kita pasti pernah merasakan persaan ini: takut untuk ke tandas. Mesti anda tak nak mengaku kan! Lagi menyeramkan kalau tandas rumah anda jenis yang berada di luar rumah atau waktu mula - mula kenal tandas asrama. Hal sebegini adalah normal pada setiap budak - budak mahupun mereka yang masih lagi ketakutan walhal sudah layak menimang cucu! Bermacam cerita dan rupa entiti yang kita bayangkan semasa di tandas, di belakang atau bawah pintu tandas, di depan cermin, di sinki, atau di dalam mangkuk tandas!

Di Jepun contohnya, mereka mempunyai kisah dan urban legend yang tersendiri mengenai hantu dalam tandas. Kalau bertanya kepada budak - budak Jepun, pastinya mereka sangat kenal dengan nama dua jenis hantu tandas yang popular ini.

AKA MANTO

Ako Manto adalah urban legend popular masyarakat Jepun mengenai sejenis semangat jahat yang gemar menghantui tandas awam dan tandas sekolah. Hantu Ako Manto ini akan datang kepada anda dan meminta anda memilih kertas merah atau kertas biru. Semasa seseorang sedang duduk dalam tandas (biasanya bilik air yang paling akhir sekali), akan datang satu suara yang meminta untuk membuat pilihan antara kertas merah atau biru. Kalau anda menjawap kertas merah, maka dengan serta merta anda akan dihiris sehingga baju yang dipakai bertukar menjadi merah darah! Manakala jika anda memilih kertas biru, semangat tadi akan terus mencekik anda sehingga wajah anda bertukar menjadi biru. Kedua - dua pilihan adalah maut! 

Jadi semasa membuat pilihan, pilihlah yang terbaik untuk anda. Jika diminta kertas merah atau kertas biru, maka pilihlah 'atau' untuk jalan selamat. Tetapi jika anda salah membuat pilihan, semangat jahat tersebut akan mengheret anda ke dunia yang lain.Ada pula versi lain dimana, hantu Ako Manto ini meminta anda untuk memilih sama ada mantel merah atau mantel biru.Jika anda memilih mantel merah, bahagian belakang badan anda akan dikoyak sehingga menyerupai mantel merah. Manakala jika anda memilih mantel biru, darah anda akan dihisap sehingga kering pucat!

Ada juga kisah dimana seseorang cuba mengejek semangat jahat tersebut dengan meminta kertas kuning, akibatnya kepalanya akan ditolak masuk ke dalam mangkuk tandas yang sedang digunakan. Kehkehkeh!

HANAKO-SAN

Seperti Ako Manto, Hanako-san juga adalah urban legend popular masyarakat Jepun mengenai roh yang mendiami tandas sekolah. Cuma bezanya, ia menyerupai bentuk fizikal seorang kanak - kanak perempuan dan akan muncul jika namanya dipanggil. Jika anda pergi ke bilik air yang paling akhir dan mengetuk pintu sebanyak 3 kali sambil bertanya, "Hanako-san, awak ada di dalamkah?", satu suara akan menjawap "Saya disini!". Dan jika anda masuk, anda akan segera mendapati seorang kanak - kanak perempuan dengan skirt merah, sedang menunggu anda. Hanako-san sangat popular secara meluas dan kerap kali dimainkan oleh budak - budak sekolah untuk menakut - nakutkan pelajar baru, menyamai legenda Bloody Mary di sekolah - sekolah barat.
Hanako-san dilaporkan dalam pelbagai variasi rupa dan tindak tanduk, bergantung kepada kawasan dan sekolah yang dihuninya. Penampilannya juga boleh jadi berbeza, namun biasanya adalah budak perempuan dengan rambut yang pendek dan mengenakan skirt merah. Tingkah lakunya juga boleh jad nakal, dengki hati ataupun mesra.







Bagaimana dengan kisah yang anda baca ini. Masih takut lagi untuk ke tandas atau anda tak rasa apa - apa pun? Tak mengapa cuma saya ingin berpesan kepada anda.....















Friday, September 21, 2012

Warning! Lagu Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Bunuh Diri - Bed Time Stories Siot!

WARNING! Terdapat video untuk lagu ini diakhir entri tetapi jangan mainkan lagu ini jika semangat anda tidak kuat. Kebarangkalian untuk anda depress dan menjadi moody sangat tinggi. Lagu ini berupaya membuat anda bunuh diri.

"Gloomy Sunday" adalah sebuah lagu yang dikompose oleh seorang pianist dan komposer Hungarian bernama Rezso Seress. Lagu ini diterbitkan pada tahun 1933. Lagu ini diberi jolokan sebagai "Hungarian Suicide Song" kerana menjadi penyebab kepada kes - kes bunuh diri pada tahun ia diterbitkan.

Rezso Seress
Pada Disember 1932, Rezso Seress berkali - kali mencuba untuk menjadi seorang penulis lagu di Paris namun sentiasa gagal dengan teruk. Kesemua rekod yang ditulis dan dikompose beliau tidak dapat menarik minat pihak penerbitan Perancis, tetapi Seress sentiasa berusaha untuk mengejar cita - citanya. Kekasihnya sering kali bertengkar mengenai cita - cita Seress yang tidak kesampaian. Kekasihnya lebih rela Seress menjadi seorang pekerja biasa daripada menghabiskan masa mengejar cita - citanya yang sia - sia. Namun, akibat dari terlalu banyak pertengkaran berlaku, kekasihnya mengambil keputusan untuk meninggalkannya. Rezso Seress terpaksa akur dengan keputusan kekasihnya walaupun beliau amat mencintainya.

Selepas seminggu berlalu tanpa kekasihnya, Seress duduk di kerusi piano di apartmentnya sambil memandang ke jendela tingkap melihat awan di kota Paris. Cuaca pada hari tersebut (hari Ahad) agak mendung, diikuti hujan yang lebat.



"What a Gloomy Sunday". Seress berkata kepada dirinya sambil beliau bermain piano. Tiba - tiba, semasa beliau bermain, secara tidak sengaja beliau memainkan sebuah melodi yang sangat pelik sehinggakan beliau merasa sangat depress dan kecewa. Tambahan pula, beliau baru ditinggalkan kekasihnya. "Yes, Gloomy Sunday". Rezso Seress mengambil nama tersebut sebagai tajuk lagu terbarunya. Tanpa membuang masa, beliau terus menulis lagu tersebut dan setelah 30 minit berlalu, lagu tersebut berjaya disiapkan.

Seress terus menghantar lagu hasil ciptaannya kepada penerbit music dan menunggu jawapan dari pihak tersebut dengan penuh harapan. Beberapa hari kemudian, lagu tersebut dikirim kepada Seress semula dengan surat menolak lagu tersebut kerana lagu yang dihasilkan mempunyai nada dan melodi yang sangat depress. Seress tidak berputus asa. Beliau menghantar karyanya kepada penerbit yang lain, dan akhirnya mereka bersetuju untuk menerbitkan lagu "Gloomy Sunday".
Note Lagu "Gloomy Sunday"

Beberapa bulan telah berlalu setelah lagu Gloomy Sunday telah siap diterbitkan dan menjadi popular. Semenjak dari situ, berlaku pelbagai kejadian malang yang berkait dengan lagu tersebut. Di Berlin, seorang pemuda meminta sebuah band untuk memainkan lagu Gloomy Sunday. Setelah lagu tersebut dimainkan beliau pulang kerumahnya dan menembak dirinya dikepala selepas merungut melody lagu itu sentisa terngiang - ngiang di kepalanya. Lagu itu ialah Gloomy Sunday.

Seminggu selepas itu, di bandar yang sama, seorang perempuan dijumpai dalam keadaan tergantung di flat rumahnya. Apabila Polis menjalankan siasatan, mendapati terdapat record lagu Gloomy Sunday di bilik tidurnya. Dua hari selepas kejadian, seorang setiausaha di New York meracuni dirinya dengan gas, dan beliau meninggalkan secebis nota meminta agar lagu Gloomy Sunday dimainkan pada hari pengebumiannya.



Seminggu berlalu, seorang warga New York berumur 82 tahun, bertindak melompat keluar dari cermin tingkap di apartmentnya setinggi 17 tingkat selepas lagu Gloomy Sunday itu dimainkan. Juga pada masa yang sama, seorang remaja di Rome membunuh diri dengan terjun dari atas jambatan setelah mendengar lagu Gloomy Sunday.

Akhbar seluruh dunia melaporkan banyak kejadian bunuh diri yang melibatkan lagu ciptaan Rezso Seress itu. Sebuah akhbar tempatan melaporkan seorang wanita di Utara London memainkan lagu Gloomy Sunday sebanyak 78 kali dengan volume yang tinggi mengakibatkan jiran - jiran sekeliling marah terhadap tindakkannya. Berang dengan kelakuan wanita tersebut, jiran - jirannya menyerbu rumah wanita itu dan mendapati wanita itu mati diatas kerusi akibat daripada overdose barbiturates. Rupa - rupanya, stylus pemain piring hitam wanita itu jammed menyebabkan lagu tersebut dimainkan berulang kali.

Rezso Seress pada ketika itu berjaya mengecapi cita - citanya sebagai seorang penulis lirik. Beliau kemudiannya menulis surat kepada bekas kekasihnya sebagai tanda ingin berdamai dan mahu mulakan hidup yang baru bersama kekasihnya yang tercinta. Namun, Seress diberitahu oleh polis bahawa teman wanitanya telah membunuh diri dengan meminum racun. Manakala pihak polis menjumpai record lagu iaitu lagu Gloomy Sunday ciptaan beliau sendiri di sebelah mayat kekasihnya. "What a Gloomy Sunday"


Friday, September 21, 2012

Benarkah Ikan Jerung Gergasi Pernah Hidup Di Laut Kita? - Exposed Siot!

Humang Aihh! Besar Siot!

Megalodon atau Carcharodon Megalodon adalah nama panggilan bagi jerung gergasi yang dipercayai hidup sekitar 25 juta hingga 1.6 juta tahun yang lampau. (Fuh! Nasib Baik). Buat masa ini, tanpa sebarang rekod penemuan terbaru dan hanya fosil sahaja yang ditemui, ramai yang menarik nafas lega kerana saintis percaya ia sememangnya sudah pupus.


Megalodon pada asalnya dari perkataan greek iaitu 'mega' yang membawa maksud besar dan 'odon' merujuk kepada gigi. Walaupun ia sudah dilabel pupus, saintis sehingga kini tidak dapat memastikan bila ia mula pupus dan mengapa spesies jerung sebesar ini pupus. Hanya beberapa fosil gigi yang bersaiz hampir sebesar tapak tangan manusia ditemui menjadi bukti kewujudannya. Giginya hampir menyerupai jerung putih cuma bersaiz lebih besar dan tebal. Diet Megalodon dipercayai mungkin lebih cenderung untuk membaham ikan paus memandangkan rahangnya boleh dibuka hampir seluas 1.8 meter lebar dan 2.1 meter tinggi.

Megalodon boleh membesar sepanjang 60 kaki - saiz ini dianggarkan berdasarkan fosil giginya yang ditemui sepanjang 7 inci dan dipercayai rahangnya tersusun hampir beribu gigi sebesardua belah tapak tangan manusia. Pakar - pakar sehingga kini masih berdebat tentang saiz sebenar Megalodon. Ada diantara mereka menganggarkan spesis ini mampu membesar sehingga 100 kaki!


Megalodon mempunyai cengkaman rahang paling kuat berbanding binatang lain yang pernah wujud - berdasarkan kajian pengkaji dari Australia dan Amerika pada tahun 2008, Megalodon mampu membaham mangsanya dengan kuasa cengkaman rahang hampir 10.8 hingga 18.2 tan.


Saudara terdekat Megalodon adalah jerung 'Great White' - Megalodon juga dikenali sebagai Carcharadon Megalodon dan jerung putih yang wujud sekarang pula adalah dari spesis Charcarodon carcharias. Kedua dua spesis ini dikatakan mempunyai gen yang sama. Jadi, tak mustahil Jerung Putih boleh membesar sebesar Megalodon!

Fosil Megalodon ditemui di serata dunia - Tidak seperti pemangsa purba lain yang hanya boleh ditemui di beberapa bahagian benua sahaja. Megalodon dipercayai pernah menghuni hampir semua bahagian lautan. Jadi, di lautan di sekeliling kita juga pernah dihuni Megalodon.

Berjaga - jagalah ketika mandi manda di lautan. Takut - takut makhluk ini masih lagi wujud dan sedang mengejar anda untuk santapan tengah hari.


Wednesday, September 19, 2012

Kisah Hantu Penanggal - Bed Time Stories Siot!

Hai. Lama tidak bertemu dengan saya, Mad Noor Kusyairi. Malam ini Bed Time Stories Siot! akan sajikan anda sebuah kisah mengenai Hantu Penanggal. 


Hantu Penanggal atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.


Penangalan dipercayai amat menyukai darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat kehilangan darah yang banyak. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut. Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu. Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain.


Hantu Penanggal dikenali Manananggal atau wakwak dalam masyarakat Filipina. Hantu ini menyerupai pontianak dalam budaya masyarakat barat. Ia makhluk yang memakan manusia dan ahli sihir yang jahat. Mitos Manananggal popular di wilayah Visayas di Filipina, terutama di provinsi barat Capiz, Iloilo dan Antique.

Manananggal dikatakan takutkan bawang putih dan garam. Makhluk ini juga dikatakan mengelakkan diri dari pisau belati, cahaya, rempah-ratus dan ekor ikan pari-pari yang dibuat sebagai cemeti. Makhluk yang sama juga dikatakan boleh ditemui di Indonesia. Berbeza dengan hantu Penanggalan di Malaysia, versi Filipina adalah wanita yang lebih tua tetapi cantik dan mampu menanggalkan badan bukan hanya kepala sahaja.


Kisah mengenai Hantu Penanggal semakin berkurangan pada hari ini. Mungkin pada hari ini terdapat banyak tiang elektrik menyebabkan Hantu Penanggal mengalami kesukaran untuk terbang kerana takut isi perutnya tersangkut tiang elektrik lantas menyebabkan ia terkena renjatan elektrik. Hmm logik!


Sunday, September 09, 2012

Kisah Pembunuh Di Seat Belakang Kereta - B.T.S Siot!



Sebagai seorang pemandu, antara perkara yang paling tidak disenangi selain kesesakkan jalan raya adalah saat bila mana terpaksa memandu seorang diri di kala lewat malam. Lebih - lebih lagi bagi seorang gadis, macam - macam perkara malang boleh terjadi tanpa jaminan. Waktu itu jugalah terngiang bermacam - macam cerita di benak.

Dan saya, Mad Noor Kusyairi, sebagai rakan seram anda semahu - mahunya meremangkan bulu tengkuk serta bulu dada anda bagi yang suka keluar dan balik lewat malam. Killer in the backseat (Pembunuh di tempat belakang) adalah antara kisah urban-legend bertemakan jenayah yang cukup terkenal terutamanya di Amerika Syarikat dan England yang mana pertama kali dicatat dalam bentuk teks pada 1968 oleh Carlos Drake.

Legenda ini kerap kali dikisahkan dari zaman ke zaman kononnya melibatkan seorang perempuan yang sedang memandu dan diekori oleh sebuah kereta atau trak tidak dikenali. Pengejar misteri itu memancarkan lampu tinggi, mengekori rapat wanita itu, malah sehingga satu tahap melanggar belakang kenderaan yang dipandu wanita tadi. Sehinggalah akhirnya wanita tadi berjaya sampai ke rumah, baru dia sedar yang rupanya pemandu tadi cuba memberi amaran bahawa terdapat seorang lelaki (mungkin perogol, pembunuh atau penculik) sedang bersembunyi dibelakang kerusi. Setiap kali lelaki itu bangun untuk menyerang wanita tadi, pemandu di belakang menggunakan lampu tinggi untuk menakutkannya.

Adakah bulu roma anda meremang? Bulu roma anda patut meremang sebab dibelakang anda ada................(Bersambung)

Thursday, March 08, 2012

Glass Sculpture Dipamerkan Di Dalam Hutan - Seram Siot!

Siot!

Pernah tonton cerita Predator dimana terdapat satu mode transparent pada device Predator tersebut bagi membolehkan ia menyembunyikan diri. Rob Mullholland, menggunakan idea tersebut dan menterjemahkan dalam art sculpture beliau. Menggunakan sejenis cermin berasaskan acrylic, terhasil satu seni yang seram. Beliau mempamerkan karya beliau di dalam hutan. Konsep yang beliau ingin ketengahkan ialah penyatuan manusia antara alam by force of nature. It looks creepy by the way.









close