Wednesday, May 29, 2013

Wednesday, May 29, 2013

16 Jenis Tingkah Laku Yang Annoying? - Terbaik Siot!

Hahahaha So True!

Aku rasa ramai yang ada sifat annoying No.11. True Story!

Wednesday, May 29, 2013

Apakah Kaitan Mirzan Mahathir Dengan Syarikat Arak San Miguel? - Expose Siot!

Sekadar maklumat untuk dikongsi.

Isu mengenai Mirzan Mahathir sebagai pemegang saham terbesar di Syarikat arak San Miguel sebenarnya perlu penjelasan yang lebih lanjut dan diteliti dengan fakta dan maklumat yang unbias. Jadi kami di Blog Yang Siot sekadar berkongsi maklumat mengenai isu ini.

Jawapan bagi pertanyaan dari penyokong kerajaan mahupun pihak pembangkang mengenai isu anak Tun Dr Mahathir, Mirzan Mahathir dengan sebuah syarikat arak bernama SAN MIGUEL dan syarikat minyak PETRON.

Wednesday, May 29, 2013

Tertipu! Makanan Ini Adalah Kek? - Cool Siot! (8 Gambar)

What?

Hidangan yang enak ini mungkin mampu membuat anda terliur berkali - kali - tetapi makanan - makanan ini sebenarnya dibuat sepenuhnya daripada KEK. Hahaha nice!

Dari burger, kentang goreng dengan kentang putar dan kacang panggang, semuanya adalah kek. Nikki Dixon, merupakan diantara pakar pembuat kek telah menggunakan kek span jenis Victoria - dan beberapa teknik aising yang bijak bagi menghasilkan kek yang seolah - olah makanan.

Wednesday, May 29, 2013

Ingin Melawat Hospital Sakit Milik Ketenteraan Nazi? - Seram Siot! (9 Gambar)

Pergh! Goosebump tengok hospital nih siot!

Katil yang berkarat, bangunan yang dilitupi tumbuhan menjalar dan koridor kosong dengan dinding penuh dengan hasil contengan grafiti dan cat mengelupas adalah apa yang masih tertinggal di hospital gergasi ini. Hospital ini dikatakan pernah merawat pemimpin Nazi tersohor, Adolf Hitler, selepas ia telah ditinggalkan semasa kejatuhan Jerman Timur.

Beelitz-Heilst├Ątten, pusat rawatan dengan 60 bangunan kompleks dari barat daya ibu negara Jerman, dibina pada abad ke-19 untuk membantu memulihkan bilangan pesakit batuk kering di bandar berkembang Berlin.

Semasa Perang Besar, Beelitz-Heilst├Ątten - atau Beelitz Sanatorium - telah bertukar menjadi sebuah hospital tentera di mana Adolf Hitler pada zaman remaja beliau telah dirawat untuk kecederaan paha yang dialami beliau dalam Pertempuran dengan Somme.

Tuesday, May 28, 2013

Iklan Produk Yang Lucah Minggu Ini? - WTF Siot!

Fuyoooooo! Beliakkan mata korang!

Semakin open minda kita terhadap sesuata, maka semakin kurangnya jurang atau batas penapisan dalam aktiviti penjualan produk atau pelbagai perkara lain. Mohon baca selanjutnya jika ingin mengetahui apa yang lucah bagi kami.

Tuesday, May 28, 2013

Apa Sudah Jadi Kepada Keanu Reeves (The Matrik)? - OMG Siot!

Alahai.....menangis peminat tengok hero jadi macam nie.

Mari lihat Keanu Reeves versi 2013.

Tuesday, May 28, 2013

Boneka Dollfie, Patung Yang Diminati Kaum Lelaki? - Comel Siot! (6 Gambar)

Cantik siot!!!

Boneka Dollfie adalah  boneka Jepun yang dibuat oleh syarikat Volks pada tahun 1997, hingga ke hari ini boneka ini mempunyai  penggemar yang cukup signifikan khususnya di Jepun dan hongkong, uniknya boneka ini juga digemari para kaum remaja lelaki disana.

Jika di lihat boneka ini benar-benar sangat  cantik sekali dan juga seksi. Kebanyakan dari mereka melayan boneka ini saling tidak tumpah seperti kekasih mereka.

Boneka Dollfie ini mempunyai ketinggian atau saiz yang berbeza-beza, namun sebahagian besar daripada mereka mempunyai perbandingan nisbah 1 berbanding 6 dengan manusia normal.

The best part for man is, boneka Dollfie ini ketika dibeli ia dalam keadaan tanpa baju atau bahasa yang lebih lucah lagi, bogel dan anda (lelaki) harus membelikannya pakaian dan juga menghias patung ini mengikut selera masing - masing.

Tuesday, May 28, 2013

Tahukah Anda Mengenai Tragedi 'Double Six' 1976 di Sabah? - Expose Siot!

Pergh baru je tahu pasal benda nih!

Apabila disebut mengenai tragedi 'Double Six' 1976 di Sabah, rata - rata masyarakat kita tidak mengetahui apakah tragedi tersebut termasuklah kami Di Blog Yang Siot. Kes ini tertimbul semasa kami berbual - bual dengan veteran askar yang merangkap Pak Long admin. Beliau berkhidmat selama 10 tahun di Sabah dan sarawak sebagai askar. Jadi beliau menceritakan pengalaman beliau semasa menjadi askar dan dari situ beliau menceritakan tragedi 'Double Six' 1976 di Sabah. Namun, beliau sudah ingat - ingat lupa mengenai tragedi tersebut, jadi kami pun menggukan khidmat pak cik Google untuk mengetahui apakah sebenarnya tragedi 'Double Six' ini. Dan kami menemui artikel yang mengajar kami mengenai sejarah. Berikut adalah rentetan tragedi 'Double Six'.

Ia bermula pda 6 Jun 1976 di Sembulan, Sabah, di mana penduduk di sekitarnya dikejutkan dengan satu bunyi dentuman yang kuat. Dentuman pada pukul 3.50 petang itu adalah bunyi letupan sebuah kapal terbang yang terhempas.
Pesawat dari Labuan itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Pesawat jenis GAF Nomad buatan Australia itu membawa hampir keseluruhan anggota Kabinet Sabah termasuk Ketua Menterinya, Tun Mohd Fuad Stephens bersama 11 anggota rombongannya.

Senarai mereka yang terkorban dalam Peristiwa Double Six:

1.    Ketua Menteri Sabah,Tun Mohd Fuad Stephens
2.    Menteri Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Peter Mojuntin
3.    Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Tahin Vun
4.    Menteri Kewangan Negeri, Datuk Salleh Sulong
5.    Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion
6.    Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Peter Andau
7.    Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah , Dr Syed Hussein Wafa
8.    Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan
9.    Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Koperal Said Mohammad
10.  Juruterbang, Gandhi J Nathan
11.  Johari Tun Fuad Stephens

Tun Fuad Stephens atau nama asalnya Donald Aloysius Marmaduke Stephens kemudian menukar namanya selepas memeluk agama Islam. Tuan Fuad adalah tulang belakang dan penggerak kepada penyatuan Sabah didalam Malaysia. Pada tahun 1963, beliau terpilih sebagai Ketua Menteri sehingga tahun 1964 kemudian terpilih sekali lagi pada tahun 1976 sebagai Ketua Menteri sehingga berlakunya tragedi Double Six.

YM Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah di ajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd. Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat. Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama. Sebaik sahaja mereka mendapat berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu.

Sejurus pesawat tersebut menjunam di kawasan air cetek, lokasi berkenaan menjadi tumpuan orang ramai kerana ketika terhempas, ia dikatakan menggegarkan kawasan itu.
Malapetaka tersebut kemudiannya dikenali sebagai peristiwa Double Six sempena tarikh kejadian itu iaitu 6/6/1976. Setahun selepas kejadian tersebut, sebuah tugu peringatan didirikan di lokasi berkenaan bagi memperingati tragedi itu yang merupakan salah satu peristiwa penting negara.

Tuesday, May 28, 2013

Sungai Surigao del Sur, Sungai Di Filipina Yang Mempesonakan? - Terbaik Siot! (9 Gambar)

Wahhh! Bestnye kalau dapat mandi!

Sungai Surigoa del Sur merupakan antara salah satu tumpuan para pelancong kerana kecantikkan warna biru airnya seperti kilauan - kilauan berlian. Jika korang ke Filipina pastikan bahawa sungai ini termasuk dalam travel log korang.

Tuesday, May 28, 2013

Peti Pertolongan Cemas Untuk Mereka Yang Patah Hati? - Cool Siot! (10 Gambar)

Khas untuk mamat dan minah EMO!

Designer Melanie Chernock menghasilkan sebuah peti pertolongan cemas untuk mereka yang mengalami patah hati dalam kisah percintaan mereka. Di dalam kit tersebut terdapat semua produk yang mampu mengubati hati yang lara dan berdarah. Chewah!
 

Monday, May 27, 2013

Pocong Man! Generasi Terbaru Kamen Rider? - WTH Siot!

Hiiyyyaarghh!! PocongMan dengan move tendangan sakaratul Al Maut!

Walaupun aku agak slowpoke, tetapi apa salahnya jika korang layan short episod of POCONG MAN! "Akulah Jiwa Yang Tidak Pernah Menyerah!"


Monday, May 27, 2013

Jika Model Poster Klasik Adalah Benar? - Seni Siot! (5 Gambar)

Creepy dan real!

Flora Borsi, Hungarian photographer yang berusia 19 tahun tertanya - tanya bagaimana pelukis - pelukis dahulu mendapat ilham menghasilkan potret manusia yang sangat RARE! Jadi bagi merealisikan watak dalam lukisan klasik tersebut, beliau menghasilkan seni photography model dengan mash up wajah dalam potret klasik tersebut. Nampak seni tetapi agak disturbing.

Monday, May 27, 2013

Ruang Bilik Dengan Deko Arcade Game? - Cool Siot! (8 Gambar)

Mohon deko sebegini dalam ofis kami!

Seorang ayah dan anak berkongsi minat yang sama iaitu mereka amat menyukai arcade game. Jadi bagi memenuhi hasrat mereka, bilik stor rumah dijadikan bilik arcade khas untuk mereka dua beranak menghabiskan masa yang terluang bersama. Sweet!

Monday, May 27, 2013

Topeng Ini Hasil Daripada Askar Yang Trauma Semasa Perang? - Seram Siot! (12 Gambar)

Ini sangat disturbing bro!

Topeng - topeng yang dihasilkan ini adalah hasil daripada sesi terapi yang dijalankan oleh unit terapi Walter Reed National Military Medical Center kepada askar - askar veteran yang masih mengalami trauma semasa berada di medan perang. Topeng - topeng ini mengambarkan perasaan mereka semasa berada medan perang.

Sunday, May 26, 2013

Spa Menyediakan Perkhidmatan Mandian Minyak Mentah? - Biar Betul Siot! (5 Gambar)

Wah..ini sebenarnya wujud guys!

Kami di Blog Yang Siot! tidak pernah berkunjung ke spa - spa kerana dikhuatiri kebanyakkan spa - spa di Malaysia berselindung disebalik kegiatan pelacuran sebagai modus operandi. Apa yang kami tahu bahawa spa hanya menyediakan khidmat urutan minyak, mandian susu atau bunga, Namun ada spa yang menyediakan perkhidmatan mandian minyak mentah?

Di bandar Azerbaijan , 320 kilometer di utara-barat capital Baku, minyak mentah didapati dengan banyaknya . Semasa era Soviet, terkenal dengan mandi minyak mentah Naftalan yang digunakan untuk menarik pelancong dari seluruh Kesatuan Soviet.

Adalah dipercayai bahawa minyak mentah Naftalan mempunyai ciri-ciri perubatan dan baik untuk merawat keadaan kulit seperti ekzema dan psoriasis, mengurangkan sakit sendi dan biasanya menenangkan saraf.

Di puncak pada 1980-an, Naftalan spa mempunyai 75,000 pengunjung setahun. Ini dikurangkan apabila perang tercetus antara Azerbaijan dan etnik Armenia di berdekatan Nagorno-Karabakh pada tahun 1988, dan banyak resort telah ditukar kepada kem-kem pelarian untuk perumahan. Selepas kejatuhan Kesatuan Soviet, mandi petroleum ditutup sepenuhnya. Kini hampir dua dekad kemudian, spa minyak mentah telah mula dibuka kembali.

Sifat-sifat minyak Naftalan telah diketahui sejak zaman purba. Dalam centaury 13 AD, yang terkenal explorer Marko Polo yang melalui Azerbaijan dalam perjalanan dari Venice ke China beliau menyebut tentang minyak Naftalan yang dilihatnya sedang dimuatkan ke unta. Beliau berkata ciri-ciri terapeutik minyak dan bagaimana ia boleh merawat manusia dan haiwan yang mempunyai penyakit kulit. Penggunaan moden minyak bermula pada tahun 1870-an di bawah Czarist Rusia. By 1912, sebuah syarikat usaha saham Jerman telah ditubuhkan untuk eksport dan perdagangan minyak, yang telah digunakan sebagai rawatan dalam Perang Rusia - Jepun.

Sunday, May 26, 2013

Apa Yang Lelaki Ini Cuba Buat? - Hairan Siot!

Ko mabuk ke ape?

Kami Di Blog Yang Siot! sangat hairan dengan tingkah laku mamat ini.

Saturday, May 25, 2013

Hideaki Kobayashi, Lelaki Tua Yang Suka Memakai Baju Sekolah Perempuan? - WTF Siot! (6 Gambar)

Arghhh..buwekkk! Sorry...

Hideaki Kobayashi merupakan juru gambar bagi sesetengah cosplayer yang memperagakan stail - stail anime terkenal di Jepun. Namun, Hideaki ingin mencuba dengan lebih berani dengan tampil sebagai seorang pelajar sekolah versi Sailor Moon. Pada mulanya, beliau hanya memakai untuk sesi photo shoot, namun ia bertukar menjadi suatu habit. Yeah! Mari muntah beramai - ramai!

Saturday, May 25, 2013

Berhenti Kerja Kerana Terlalu Cantik? - WTF Siot! (9 Gambar)

Alala cantiknye dier...PUIH!

Oleh kerana beliau dilabelkan sebagai wanita yang cantik, Laura Ferne, 33 tahun mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Beliau sering kali diganggu oleh lelaki dan ada juga gadis lain yang cemburu dengan kecantikkan beliau semasa beliau ditempat kerja. Sejak beliau berhenti kerja, ibu - bapanyalah yang menanggung perbelanjaan beliau. Ramai orang mengganggap kecantikkan beliau satu anugerah, tetapi bagi Laura, ia adalah satu sumpahan.

Saturday, May 25, 2013

Pertandingan Melipat Selimut Asrama Wanita Di China - Dasat Siot! (4 Gambar)

Macam - macam pertandingan!

Akibat daripada kebanyakkan mahasiswa/i tidak menjaga kebersihan bilik asrama masing - masing, pihak Universiti Liaocheng, Shangdong China mengadakan pertandingan melipat selimut. Seramai 200 orang mahasiswa/i akan dipilih sebagai pemenang dan diberi keutamaan untuk menduduki asrama jika dapat melakukan lipatan selimut yang kemas dan betul selama 20 minit. Hahahaha!

Friday, May 24, 2013

Isteri Apek, Leuniey Natasha Kini Bertudung? - Cun Siot!

Rindu pada sipolan~ lalala

Jika seorang wanita yang tidak bertudung, kemudiannya berhijrah dengan imej bertudung, inilah perubahan terbaik yang harus disokong. Tak kiralah jika beliau bertudung kemudian jadi ustazah express, atau bertudung setelah menyertai parti politik tertentu. Apa yang penting adalah mereka berubah kearah imej yang lebih sejuk mata dipandang.

Terkini, Leuniey Natasha, isteri kepada penjaga gol terkenal Harimau Malaya, Apek tampil dengan imej bertudung. Ini adalah sangat positif! Apa yang perlu kita lakukan adalah menyokong mereka dan memberi sokongan kepada mereka yang berubah kearah lebih baik.

Friday, May 24, 2013

Inciden Celaka Oleh Miguel Kepada Peminatnya - LOL Siot!

Hahahahahahaha!

Semasa berlangsungnya Anugerah Billboard Music Award 2013, Miguel dengan tidak sengajanya terLEG DROP salah seorang peminatnya seperti di dalam gif dibawah. Tetapi kami bawakan versi yang lebih celaka dan LOL untuk anda.

Friday, May 24, 2013

Seni Pada Kopi Latte Yang Bizzare! - Seni Siot! (15 Gambar)

Memang tak minum la kalau cantik macam nie!

Dewasa ini, ramai pelukis - pelukis extreme yang cuba menerokai kanvas yang lebih sukar dan mencabar. Antara kanvas lukisan yang menjadi tarikan adalah buih kopi latte. Ini, memang sangat seni.

Thursday, May 23, 2013

HASRULHASSAN.COM Promosi Blog Baru! - Segment Siot!

Terharunya ada segment begini..sob3!

Ketika asyik layan facebook, tiba – tiba aku terpandang entri dari seorang blogger yang famous – HASRULHASSAN.COM. Beliau membuat segment untuk promosikan blog – blog yang baru (macam aku hehe). Jadi aku sangat berbesar hati untuk join segment ini. Tumpang lalu ye brader Hasrul.


Waktu aku kenal blog ini masa tu aku masih lagi belajar. Jadi sebelum nak menghasilkan blog ini, lama jugak la aku mengkaji (ewah) meneliti bagaimana nak Berjaya dalam bidang blogging nih. Tapi belum cuba belum tahu. Aku start blogging dengan sebuah blog diberi nama Blog Cool. Intisari blog aku dulu lebih kepada benda – benda yang cool la, tapi terkubur. Jadi aku start semula blogging selepas tamat mengaji dengan blog yang baru iaitu Blog Yang Siot! Hahaha ramai yang tegur aku kenapa nama blog tu blog yang siot, sebab kandungan blog aku lebih kepada Sains + Information + Offbeat + Tabloid sama dengan SIOT. Hehe. Begitulah cerita aku.


Thursday, May 23, 2013

Koleksi Kereta Potong Yang Dijadikan Hiasan - Terbaik Siot! (12 Gambar)

Kitar semula, nice!

Jom lihat hasil kreativiti mereka yang mengitar semula kereta potong kepada perabot hiasan.


Thursday, May 23, 2013

Jam Tangan Yang Diperbuat Sepenuhnya Daripada Kayu - Cool Siot!

Perghhh! Smart giler!

Ok, lupakan mengenai Go Green. Sekilas pandang, korang akan nampak jam ini seperti biasa, jam yang diperbuat daripada besi. Namun, tanggapan korang salah kerana jam tangan ini sepenuhnya menggunakan kayu sebagai barang asas membuat jam. Cool kan.

Thursday, May 23, 2013

Tuala Wanita Tiruan Buatan China Diserbu - Kantoi Siot!

Tuala wanita pun ada tiruan??

Baru - baru ini pihak berkuasa di China telah menyerbu sebuah kilang yang dipercayai menghasilkan tuala wanita tiruan daripada jenama terkenal. Bagi wanita di Malaysia, pastikan tuala wanita anda ada cop SIRIM!


Wednesday, May 22, 2013

Game Mario Yang Susah Tahap NokHaroomz! - Dasat Siot!

Dat's it! Fine!

Mmg tak menang la main kalu macam ni punya gaya!

Wednesday, May 22, 2013

Kacang Yang Seram Untuk Dimakan - LOL Siot!

Pergh seram mey!

Ini aku pun takut kalu nak makan..hehehe. Just kidding. Aku seorang yang berani.


Wednesday, May 22, 2013

Minum Air Suami Buat Farah Asyikin Kekal Cantik? - LOL Siot!

Hahahahahaha!

Kesalahan LOL oleh Utusan. Hmmm kami seperti tahu apakah air suami itu. #If You Know What I Mean.


Wednesday, May 22, 2013

Kerana Menggigit Epal, Kanak - Kanak 23 Bulan Dipenjara? - WTF Siot!

Kebangangan apakah ini??

Kanak - kanak berusia 23 bulan ini merupakan banduan termuda apabila disabitkan kesalahan menggigit epal di dalam bakul tanpa kebenaran. Dan ini adalah undang - undang lama yang seriusly FUCK UP! 


Wednesday, May 22, 2013

Apa Kejadahnya Tandas Dijadikan Taman Tema? - WTF Siot!

Tandas pun nak dijadikan taman tema? Ketahikan apakah ini?


Jika anda berkunjung ke Korea Selatan, kami di Blog Yang Siot menyarankan anda untuk pergi melawat ke Restroom Cultural Park atau lebih dikenali sebagai Taman Tema Tandas. Taman tema ini dibina bagi memperingati bekas Datuk Bandar Suwon, Sim Jae-Duck, atau nama timangannya Mr Toilet.

Jae-Duck sangat terkenal dengan kesungguhannya berkempen mengenai tandas di daerah Suwon. Dia juga dilaporkan dilahirkan di dalam lubang tandas neneknya dan dia juga membina rumah berbentuk mangkuk tandas yang kini menjadi muzium di dalam taman tema ini.


Wednesday, May 22, 2013

Ring Of Fire, Fenomena Gerhana Yang Luar Biasa - Cool Siot!

Wow! Lord of the ring!

Kami di Blog Yang Siot diberitahu bahawa Gerhana 'Ring Of Fire' adalah antara gerhana semulajadi yang jarang berlaku. Apa yang membuatkan kami terpukau adalah apabila baru-baru ini pada 10 Mei 2013 yang lepas, gerhana ini telah terjadi di Pasifik Selatan serta Australia di mana bulan akan ditutupi sehingga 95% dan menghasilkan bentuk lilitan. Diramalkan bahawa gerhana seperti ini dijangka berlaku 22 tahun sekali.

Tuesday, May 21, 2013

Nak Tanya Pendapat Korang - Tolong Aku Siot!

Aku nak minta pendapat dari pembaca Blog Yang Siot. Korang rasa template Blog Yang Siot perlu ditukar atau dikekalkan macam biasa?

Tolong aku ye readers!

Terima Kasih,
Admin.

Tuesday, May 21, 2013

Oh My English Yang Sangat Failed! - WTF Siot!

Apa benda yang ko tulis ni syaitannnnn??

Mulakan hari anda dengan membaca surat ini. Pastinya hidup anda murung selepas selesai membaca.


Monday, May 20, 2013

Apabila Watak Pokemon Memberi Nasihat Berguna - Terharu Siot!

Pernah addicted to Pokemon Yellow game! Hahaha!

Walaupun ada suatu ketika dahulu terdapat isu pokemon itu adalah HARAM? Hmm..bagi aku, ia cuma sekadar kartun. Namun, terdapat karakter pokemon yang boleh dijadikan sebagai motivasi diri. Cuma, korang jangan jadi pokemon sudahlah.

Monday, May 20, 2013

Apabila Cream Sun Block Digantikan Dengan Topeng - WTF Siot!

Macam - macam hal la!

Kini cream sun block sudah tidak relevan kerana terdapat cara terbaru untuk mengelakkan kulit terkena cahaya matahari ketika di pantai. Cara terbaru yang dimaksudkan ialah memakai topeng yang bagi kami ala - ala Rey Mysterio je (WWE). Hahahaha!

Friday, May 17, 2013

Apabila Orang India Berbaris - WTF Siot!

Get off me dude!

Hahahaha. Ini adalah gelak permulaan sebelum menulis entri ini. Di India, masyarakat mereka berbaris dengan saf yang sangat rapat sehingga setiap perut buncit mereka bersentuhan. Ini baru ukhwah namanya.

Thursday, May 16, 2013

Nama Kedai Emas Yang Tinja Minggu Ini - LOL Siot!

Bunyi seakan ni yang problem!

Ok, ini bukan rasis tapi bunyinya sangat tinja bagi kami. Mohon maaf buat semua rakyat Malaysia.

Thursday, May 16, 2013

Demi KFC, Mereka Sanggup Bayar 3 Kali Ganda - Dasat Siot!

Dasatnya semata - mata KFC!

Umum mengetahui mengenai pergolakan yang berlaku di Bumi Gaza, oleh sebab menerima tekanan dari tentera maka banyak franchise luar negara contohnya KFC tidak dibenarkan masuk ke Gaza. Jadi, makanan KFC disana akan diseludup masuk melalui terowong bawah tanah bagi memenuhi kehendak rakyat setempat. Seperti smuggling drugs la pulak. Tapi di Malaysia, kita patut dan seharusnya bersyukur, kerana KFC ada saja dimana - mana. Malaysia mewah dengan makanan.

Thursday, May 16, 2013

Trend Tukarkan Kucing Anda Kepada Singa - Comel Siot!

Garang yang comel!

Kepada mereka yang tidak mampu atau takut untuk memelihara singa di rumah, maka topi ini sesuai untuk menukarkan kucing anda kepada singa. Topi ini mendapat sambutan hangat kerana kucing tampak lebih garang tetapi dalam versi yang comel. Adorable! 

Thursday, May 16, 2013

Barangan Pelik Untuk Bayi Yang Dijual Di Pasaran - WTF Siot!

Weirdddddooo!

Evolusi barangan bayi semakin berkembang dan ada diantara ciptaan barangan bayi yang berjaya dan ada juga yang dikategorikan sebagai WTF?! Jika bayi mampu bercakap pastinya mereka akan mengadakan perhimpunan suara bayi.

Wednesday, May 15, 2013

Teknik Melakonkan Babak Sedih Dalam Drama - LOL Siot!

Attention pelakon kaku!

Ini ada tips paling senang buat pelakon yang nak lakonkan babak sedih.

Wednesday, May 15, 2013

Sekai, Dunia Mitos Yang Terletak di Belakang Haiwan - Cool Siot!

Wow! Cool if real...

Kalau korang kipas-susah-mati anime Naruto, pastinya tak akan terlepas episod dimana Naruto berlatih di sebuah pulau bagi mengawal cakra Kyuubi dalam badan beliau. Lokasi Naruto berlatih adalah di sebuah pulau yang sebenarnya merupakan cengkerang kura - kura gergasi. Cool kan! Namun, sebenarnya terdapat juga mitos Hindu yang mengatakan dunia ini sebenarnya adalah haiwan.

Tuesday, May 14, 2013

Gara - gara Tertumpah Jus, Pramugari Air Asia Kena Pecat - WTFBBQ Siot!

Hahahaha sporting!

Gara - gara kalah dalam pertaruhan dengan Tony Fernandez, Richard Branson menjadi salah seorang pramugari/pramugara Air Asia. Namun, beliau hanya mampu bekerja selama 5 jam apabila beliau dipecat oleh Tony sendiri kerana menumpahkan Jus ke arah Tony Fernandez.

Tuesday, May 14, 2013

Lukisan Bibir Yang Seksi Dan Mengancam - Sexy Siot!

Need to kiss this type of bibir!

Hoho, lipstick is soo Windows 95, sekarang bibir dihiasi dengan lukisan yang lebih mengancam dan seksi. Seksi ke?

Tuesday, May 14, 2013

Kitar Semula Selipar Terpakai Di Afrika - Bijak Siot!

Ini baru kitar semula!

Di Afrika, terdapat satu industri kraf tangan dimana mereka mengumpul selipar - selipar yang lama dan dibuang. Selipar -selipar ini kemudiannya dikitar semula menjadi hasil kraf tangan. Go Green!

Tuesday, May 14, 2013

Seni Lukisan Berdasarkan Geometri - Cool Siot!

Bersegi!

Pernah terfikir tak geometri mampu menjadi seni lukisan? Tak pernah pikir ke malas pikir? Takpe, jom layan lukisan geometri yang sure cool beb!

Friday, May 10, 2013

Meme VS Wajah Sebenar - Lawak Siot!

Close enough!

Mari bezakan meme ini dengan raut wajah manusia sebenar. Adakah sama atau cam bodoh je.

Friday, May 10, 2013

Rekaan Meja Pejabat Buat Mereka Yang Selalu Tidur Di Ofis - Cool Siot!

Dulu kartunis - kartunis Malaysia selalu cakap "Ofisku, tempat tidur ku"

Nah! satu rekaan innovatif buat pekerja yang terlalu berdedikasi kepada syarikatnya kerana sanggup tidur di ofis bagi menyiapkan kerja. Jadi kami persembahankan rekaan yang sesuai untuk anda.

Friday, May 10, 2013

Mari Melihat Serangga/Organisma Dengan Lebih Dekat - Seram Siot! (10 Gambar)

Owh, idea Alien datang pun dari serangga bumi jugak la...

Mata kasar manusia tidak mampu melihat objek atau organisma yang kecil dan bersaiz mini. Jadi bagi menzahirkan imej organisma dan serangga micro, kami bawakan anda beberapa spesies yang bagi kami sangat seram jika terlihat di kawasan awam. Maaf jika gambar ini mengganggu selera pagi anda

close