Showing posts with label B.T.S Siot. Show all posts
Showing posts with label B.T.S Siot. Show all posts

Friday, September 28, 2012

Kisah Hantu Tandas Yang Popular Di Jepun - Seram Siot!

Ghooooooosst!!

Kecil - kecil dulu setiap daripada kita pasti pernah merasakan persaan ini: takut untuk ke tandas. Mesti anda tak nak mengaku kan! Lagi menyeramkan kalau tandas rumah anda jenis yang berada di luar rumah atau waktu mula - mula kenal tandas asrama. Hal sebegini adalah normal pada setiap budak - budak mahupun mereka yang masih lagi ketakutan walhal sudah layak menimang cucu! Bermacam cerita dan rupa entiti yang kita bayangkan semasa di tandas, di belakang atau bawah pintu tandas, di depan cermin, di sinki, atau di dalam mangkuk tandas!

Di Jepun contohnya, mereka mempunyai kisah dan urban legend yang tersendiri mengenai hantu dalam tandas. Kalau bertanya kepada budak - budak Jepun, pastinya mereka sangat kenal dengan nama dua jenis hantu tandas yang popular ini.

AKA MANTO

Ako Manto adalah urban legend popular masyarakat Jepun mengenai sejenis semangat jahat yang gemar menghantui tandas awam dan tandas sekolah. Hantu Ako Manto ini akan datang kepada anda dan meminta anda memilih kertas merah atau kertas biru. Semasa seseorang sedang duduk dalam tandas (biasanya bilik air yang paling akhir sekali), akan datang satu suara yang meminta untuk membuat pilihan antara kertas merah atau biru. Kalau anda menjawap kertas merah, maka dengan serta merta anda akan dihiris sehingga baju yang dipakai bertukar menjadi merah darah! Manakala jika anda memilih kertas biru, semangat tadi akan terus mencekik anda sehingga wajah anda bertukar menjadi biru. Kedua - dua pilihan adalah maut! 

Jadi semasa membuat pilihan, pilihlah yang terbaik untuk anda. Jika diminta kertas merah atau kertas biru, maka pilihlah 'atau' untuk jalan selamat. Tetapi jika anda salah membuat pilihan, semangat jahat tersebut akan mengheret anda ke dunia yang lain.Ada pula versi lain dimana, hantu Ako Manto ini meminta anda untuk memilih sama ada mantel merah atau mantel biru.Jika anda memilih mantel merah, bahagian belakang badan anda akan dikoyak sehingga menyerupai mantel merah. Manakala jika anda memilih mantel biru, darah anda akan dihisap sehingga kering pucat!

Ada juga kisah dimana seseorang cuba mengejek semangat jahat tersebut dengan meminta kertas kuning, akibatnya kepalanya akan ditolak masuk ke dalam mangkuk tandas yang sedang digunakan. Kehkehkeh!

HANAKO-SAN

Seperti Ako Manto, Hanako-san juga adalah urban legend popular masyarakat Jepun mengenai roh yang mendiami tandas sekolah. Cuma bezanya, ia menyerupai bentuk fizikal seorang kanak - kanak perempuan dan akan muncul jika namanya dipanggil. Jika anda pergi ke bilik air yang paling akhir dan mengetuk pintu sebanyak 3 kali sambil bertanya, "Hanako-san, awak ada di dalamkah?", satu suara akan menjawap "Saya disini!". Dan jika anda masuk, anda akan segera mendapati seorang kanak - kanak perempuan dengan skirt merah, sedang menunggu anda. Hanako-san sangat popular secara meluas dan kerap kali dimainkan oleh budak - budak sekolah untuk menakut - nakutkan pelajar baru, menyamai legenda Bloody Mary di sekolah - sekolah barat.
Hanako-san dilaporkan dalam pelbagai variasi rupa dan tindak tanduk, bergantung kepada kawasan dan sekolah yang dihuninya. Penampilannya juga boleh jadi berbeza, namun biasanya adalah budak perempuan dengan rambut yang pendek dan mengenakan skirt merah. Tingkah lakunya juga boleh jad nakal, dengki hati ataupun mesra.







Bagaimana dengan kisah yang anda baca ini. Masih takut lagi untuk ke tandas atau anda tak rasa apa - apa pun? Tak mengapa cuma saya ingin berpesan kepada anda.....















Friday, September 21, 2012

Warning! Lagu Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Bunuh Diri - Bed Time Stories Siot!

WARNING! Terdapat video untuk lagu ini diakhir entri tetapi jangan mainkan lagu ini jika semangat anda tidak kuat. Kebarangkalian untuk anda depress dan menjadi moody sangat tinggi. Lagu ini berupaya membuat anda bunuh diri.

"Gloomy Sunday" adalah sebuah lagu yang dikompose oleh seorang pianist dan komposer Hungarian bernama Rezso Seress. Lagu ini diterbitkan pada tahun 1933. Lagu ini diberi jolokan sebagai "Hungarian Suicide Song" kerana menjadi penyebab kepada kes - kes bunuh diri pada tahun ia diterbitkan.

Rezso Seress
Pada Disember 1932, Rezso Seress berkali - kali mencuba untuk menjadi seorang penulis lagu di Paris namun sentiasa gagal dengan teruk. Kesemua rekod yang ditulis dan dikompose beliau tidak dapat menarik minat pihak penerbitan Perancis, tetapi Seress sentiasa berusaha untuk mengejar cita - citanya. Kekasihnya sering kali bertengkar mengenai cita - cita Seress yang tidak kesampaian. Kekasihnya lebih rela Seress menjadi seorang pekerja biasa daripada menghabiskan masa mengejar cita - citanya yang sia - sia. Namun, akibat dari terlalu banyak pertengkaran berlaku, kekasihnya mengambil keputusan untuk meninggalkannya. Rezso Seress terpaksa akur dengan keputusan kekasihnya walaupun beliau amat mencintainya.

Selepas seminggu berlalu tanpa kekasihnya, Seress duduk di kerusi piano di apartmentnya sambil memandang ke jendela tingkap melihat awan di kota Paris. Cuaca pada hari tersebut (hari Ahad) agak mendung, diikuti hujan yang lebat.



"What a Gloomy Sunday". Seress berkata kepada dirinya sambil beliau bermain piano. Tiba - tiba, semasa beliau bermain, secara tidak sengaja beliau memainkan sebuah melodi yang sangat pelik sehinggakan beliau merasa sangat depress dan kecewa. Tambahan pula, beliau baru ditinggalkan kekasihnya. "Yes, Gloomy Sunday". Rezso Seress mengambil nama tersebut sebagai tajuk lagu terbarunya. Tanpa membuang masa, beliau terus menulis lagu tersebut dan setelah 30 minit berlalu, lagu tersebut berjaya disiapkan.

Seress terus menghantar lagu hasil ciptaannya kepada penerbit music dan menunggu jawapan dari pihak tersebut dengan penuh harapan. Beberapa hari kemudian, lagu tersebut dikirim kepada Seress semula dengan surat menolak lagu tersebut kerana lagu yang dihasilkan mempunyai nada dan melodi yang sangat depress. Seress tidak berputus asa. Beliau menghantar karyanya kepada penerbit yang lain, dan akhirnya mereka bersetuju untuk menerbitkan lagu "Gloomy Sunday".
Note Lagu "Gloomy Sunday"

Beberapa bulan telah berlalu setelah lagu Gloomy Sunday telah siap diterbitkan dan menjadi popular. Semenjak dari situ, berlaku pelbagai kejadian malang yang berkait dengan lagu tersebut. Di Berlin, seorang pemuda meminta sebuah band untuk memainkan lagu Gloomy Sunday. Setelah lagu tersebut dimainkan beliau pulang kerumahnya dan menembak dirinya dikepala selepas merungut melody lagu itu sentisa terngiang - ngiang di kepalanya. Lagu itu ialah Gloomy Sunday.

Seminggu selepas itu, di bandar yang sama, seorang perempuan dijumpai dalam keadaan tergantung di flat rumahnya. Apabila Polis menjalankan siasatan, mendapati terdapat record lagu Gloomy Sunday di bilik tidurnya. Dua hari selepas kejadian, seorang setiausaha di New York meracuni dirinya dengan gas, dan beliau meninggalkan secebis nota meminta agar lagu Gloomy Sunday dimainkan pada hari pengebumiannya.



Seminggu berlalu, seorang warga New York berumur 82 tahun, bertindak melompat keluar dari cermin tingkap di apartmentnya setinggi 17 tingkat selepas lagu Gloomy Sunday itu dimainkan. Juga pada masa yang sama, seorang remaja di Rome membunuh diri dengan terjun dari atas jambatan setelah mendengar lagu Gloomy Sunday.

Akhbar seluruh dunia melaporkan banyak kejadian bunuh diri yang melibatkan lagu ciptaan Rezso Seress itu. Sebuah akhbar tempatan melaporkan seorang wanita di Utara London memainkan lagu Gloomy Sunday sebanyak 78 kali dengan volume yang tinggi mengakibatkan jiran - jiran sekeliling marah terhadap tindakkannya. Berang dengan kelakuan wanita tersebut, jiran - jirannya menyerbu rumah wanita itu dan mendapati wanita itu mati diatas kerusi akibat daripada overdose barbiturates. Rupa - rupanya, stylus pemain piring hitam wanita itu jammed menyebabkan lagu tersebut dimainkan berulang kali.

Rezso Seress pada ketika itu berjaya mengecapi cita - citanya sebagai seorang penulis lirik. Beliau kemudiannya menulis surat kepada bekas kekasihnya sebagai tanda ingin berdamai dan mahu mulakan hidup yang baru bersama kekasihnya yang tercinta. Namun, Seress diberitahu oleh polis bahawa teman wanitanya telah membunuh diri dengan meminum racun. Manakala pihak polis menjumpai record lagu iaitu lagu Gloomy Sunday ciptaan beliau sendiri di sebelah mayat kekasihnya. "What a Gloomy Sunday"


Wednesday, September 19, 2012

Kisah Hantu Penanggal - Bed Time Stories Siot!

Hai. Lama tidak bertemu dengan saya, Mad Noor Kusyairi. Malam ini Bed Time Stories Siot! akan sajikan anda sebuah kisah mengenai Hantu Penanggal. 


Hantu Penanggal atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.


Penangalan dipercayai amat menyukai darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat kehilangan darah yang banyak. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut. Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu. Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain.


Hantu Penanggal dikenali Manananggal atau wakwak dalam masyarakat Filipina. Hantu ini menyerupai pontianak dalam budaya masyarakat barat. Ia makhluk yang memakan manusia dan ahli sihir yang jahat. Mitos Manananggal popular di wilayah Visayas di Filipina, terutama di provinsi barat Capiz, Iloilo dan Antique.

Manananggal dikatakan takutkan bawang putih dan garam. Makhluk ini juga dikatakan mengelakkan diri dari pisau belati, cahaya, rempah-ratus dan ekor ikan pari-pari yang dibuat sebagai cemeti. Makhluk yang sama juga dikatakan boleh ditemui di Indonesia. Berbeza dengan hantu Penanggalan di Malaysia, versi Filipina adalah wanita yang lebih tua tetapi cantik dan mampu menanggalkan badan bukan hanya kepala sahaja.


Kisah mengenai Hantu Penanggal semakin berkurangan pada hari ini. Mungkin pada hari ini terdapat banyak tiang elektrik menyebabkan Hantu Penanggal mengalami kesukaran untuk terbang kerana takut isi perutnya tersangkut tiang elektrik lantas menyebabkan ia terkena renjatan elektrik. Hmm logik!


Sunday, September 09, 2012

Kisah Pembunuh Di Seat Belakang Kereta - B.T.S Siot!



Sebagai seorang pemandu, antara perkara yang paling tidak disenangi selain kesesakkan jalan raya adalah saat bila mana terpaksa memandu seorang diri di kala lewat malam. Lebih - lebih lagi bagi seorang gadis, macam - macam perkara malang boleh terjadi tanpa jaminan. Waktu itu jugalah terngiang bermacam - macam cerita di benak.

Dan saya, Mad Noor Kusyairi, sebagai rakan seram anda semahu - mahunya meremangkan bulu tengkuk serta bulu dada anda bagi yang suka keluar dan balik lewat malam. Killer in the backseat (Pembunuh di tempat belakang) adalah antara kisah urban-legend bertemakan jenayah yang cukup terkenal terutamanya di Amerika Syarikat dan England yang mana pertama kali dicatat dalam bentuk teks pada 1968 oleh Carlos Drake.

Legenda ini kerap kali dikisahkan dari zaman ke zaman kononnya melibatkan seorang perempuan yang sedang memandu dan diekori oleh sebuah kereta atau trak tidak dikenali. Pengejar misteri itu memancarkan lampu tinggi, mengekori rapat wanita itu, malah sehingga satu tahap melanggar belakang kenderaan yang dipandu wanita tadi. Sehinggalah akhirnya wanita tadi berjaya sampai ke rumah, baru dia sedar yang rupanya pemandu tadi cuba memberi amaran bahawa terdapat seorang lelaki (mungkin perogol, pembunuh atau penculik) sedang bersembunyi dibelakang kerusi. Setiap kali lelaki itu bangun untuk menyerang wanita tadi, pemandu di belakang menggunakan lampu tinggi untuk menakutkannya.

Adakah bulu roma anda meremang? Bulu roma anda patut meremang sebab dibelakang anda ada................(Bersambung)

Monday, April 09, 2012

Perang Nuklear Pernah Berlaku Di Zaman Kuno? - B.T.S Siot!

This is bedtime stories time!

Pernahkah anda terbayang perang nuklear berlaku ketika zaman kuno? Jika ada bagaimana teknologi canggih sebegini wujud pada era kuno? Namun berdasarkan dua epik India kuno, Mahabaharata dan Ramayana yang dipercayai ditulis kira-kira 3,500 tahun lalu, menceritakan tercetusnya satu kejadian besar pada zaman purba yang benar-benar membuatkan pembaca khususnya penyelidik terpaku kebingungan. Meneliti baris demi baris dalam cerita panjang yang ditulis pada dua epik berbahasa Sanskrit itu membuatkan penyelidik tertanya-tanya akan kebenarannya dan sehingga kini peristiwa yang terkandung dalam setiap ayat yang tertera pada epik itu masih kekal misteri.



Benarkah perang nuklear sudah tercetus pada zaman India kuno, ribuan tahun lalu? Persoalan itu mendorong kalangan penyelidik untuk mencari logik di sebalik cerita yang ditulis menerusi epik berkenaan. Malah, tatkala meneliti ayat yang menyatakan peperangan itu turut membabitkan pesawat canggih dan digambarkan seperti jet pejuang dan piring terbang pada masa kini, penyelidik semakin terpinga-pinga kehairanan.

Epik terbabit ditulis kira-kira 3,500 tahun lalu atau pada 1,500 Sebelum Masihi (SM) tetapi peristiwa peperangan yang tercatat di dalamnya dikatakan berlaku lebih lama iaitu 5,000 tahun lalu.

Mengikut logik akal, keadaan di bumi ketika itu masih terlalu kuno serta jauh daripada perkembangan sains dan teknologi. Pesawat dan jet pejuang yang mampu menembak misil masih belum dicipta ketika itu, apatah lagi teknologi bom nuklear. Sekiranya berlaku peperangan ketika itu, ia seharusnya membabitkan senjata tradisional seperti pedang, tombak dan panah saja.

Paling dahsyat pun peperangan itu, ia akan kelihatan seperti filem '300' yang mengisahkan peperangan pahlawan Sparta menentang Parsi tetapi era Sparta wujud sekitar 500 SM sedangkan peperangan India Kuno itu dikatakan berlaku lebih lama iaitu lebih 3,500 SM. 



Begitulah gambarannya mengikut logik akal tetapi penulis epik terbabit menggambarkan seolah-olah peperangan India kuno yang berlaku itu membabitkan senjata nuklear malah serangan turut membabitkan pesawat yang mampu menembak peluru berpandu. 

Lebih membingungkan penyelidik, penulis terbabit menggambarkan keadaan itu bagaikan dia melihat sendiri kewujudan kapal terbang terbabit serta mengalami sendiri betapa dahsyatnya kesan letupan bom paling bahaya itu. Epik Mahabharata dan Ramayana mengisahkan konflik yang tercetus antara dua sepupu iaitu Kurawa dan Pandawa yang hidup di tepi Sungai Gangga. Perjalanan epik itu juga turut menceritakan dua peperangan hebat yang berlaku antara kerajaan Alengka dan Astina, ketika itu. 

Perang kali pertama dicatatkan seperti berikut (terjemahan) : "Bahawa Arjuna yang gagah berani, duduk dalam Vimana (kenderaan udara mirip pesawat) dan mendarat di tengah air, lalu meluncurkan Gendewa (mungkin tembakan atau peluru berpandu) yang dapat menimbulkan sekali gus melepaskan nyala api yang kuat ke atas wilayah musuh. Seperti hujan lebat yang kencang, mengepung musuh dengan kekuatannya yang sangat dahsyat. 

"Dalam sekelip mata, sebuah bayangan yang tebal dengan cepat terbentuk di atas wilayah Pandawa; angkasa menjadi gelap gelita, semua kompas yang ada dalam kegelapan menjadi tidak berfungsi, kemudian badai angin yang dahsyat mula bertiup disertai dengan debu pasir, burung bercicit panik, seolah-olah langit runtuh, bumi merekah. 

"Matahari bergoyang di angkasa, panas membara mengerikan yang dilepaskan senjata ini membuat bumi bergoncang, gunung bergoyang, di kawasan darat yang luas, binatang mati terbakar dan berubah bentuk, air sungai kering kontang; ikan, udang dan lainnya semuanya mati. 

"Saat Gendewa meledak, suaranya bagaikan halilintar, membuat askar musuh terbakar bagaikan batang pohon yang terbakar hangus."

Gambaran pada perang kali kedua lebih memeningkan penyelidik lebih-lebih lagi menerusi terjemahan berikut: "Pasukan Alengka menaiki kenderaan yang cepat, meluncurkan sebuah rudal (mungkin sejenis peluru berpandu) yang ditujukan ke kota pihak musuh. Rudal ini seperti mempunyai segenap kekuatan alam semesta, terangnya seperti terang puluhan matahari, kembang api bertebaran naik ke angkasa, sangat indah. 

"Mayat terbakar sehingga tidak mampu dibezakan. Bulu rambut dan kuku terbakar menggelupas, perkakas tanah liat retak, burung yang terbang terbakar oleh suhu tinggi. Demi untuk menghindari kematian, askar terjun ke sungai membersihkan diri dan senjatanya." 

Selesai membaca dan mengkaji epik berkenaan, penyelidik mula menjelajahi bumi India bagi mencari kepastian terhadap cerita yang tertulis itu. Mereka mula menyusuri sepanjang Sungai Gangga bagi mencari kemungkinan adanya tinggalan arkeologi peperangan itu. Hasilnya amat memeranjatkan penyelidik. Ekspedisi itu menemukan ahli arkeologi dengan banyak kesan runtuhan yang memiliki kesan hangus terbakar di hulu Sungai Gangga. Batu besar pada runtuhan itu terlekat menjadi satu, permukaannya pula menonjol, cengkung dan tidak rata. 

Kajian saintifik mendapati proses untuk meleburkan batuan berkenaan memerlukan suhu tinggi melebihi 1,800 darjah Celsius. Dengan kata lain, bara api biasa tidak mampu mencapai suhu setinggi itu dan hanya ledakan nuklear saja mampu mencapai suhu demikian. Di dalam hutan primitif di pedalaman India pula, penyelidik menemui lebih banyak runtuhan batu hangus. Tembok kota yang runtuh serta tinggalan yang ditemui menjadi seakan kristal dan kaca.

Dalam kebingungan diselubungi enigma, penyelidik berpendapat yang mungkin pada lebih 5,000 tahun lalu sudah wujud suatu peradaban di India yang terlalu futuristik dan maju sehingga mampu membina pesawat perang dan senjata nuklear. Akan tetapi atas sebab tertentu atau mungkin juga akibat perang nuklear terbabit, peradaban maju India kuno itu lenyap bersama teknologi dan rahsia sains yang dikuasai mereka, sehingga manusia mula menyangka yang dunia purba adalah mundur dan primitif. 

Secara ringkas Peperangan India kuno 
  • Dikatakan membabitkan bom atom, nuklear, pesawat dan senjata laser.
  • Gambaran teknologi yang wujud pada zaman India kuno itu hampir menyerupai gambaran kemajuan sains dan teknologi yang dicapai Atlantis, yang diceritakan ahli falsafah Greek iaitu Plato dalam teks 'Timaeus and Critias'.
  • Ada pihak percaya Kerajaan India kuno itu berperang dengan Atlantis.
  • Di kota kuno India, Scotland, Perancis, Turki dan beberapa tempat lain, ditemui batu-bata dan batuan yang berubah bentuk dan ia hanya mungkin berlaku akibat suhu tinggi hasil ledakan bom atom atau nuklear. Selain India, kesan peperangan menggunakan senjata nuklear itu turut dijumpai di Babilon kuno, gurun Sahara di Afrika dan guru Gobi di Mongolia.
  • Reaktor nuklear berusia dua juta tahun pernah dijumpai di Oklo, Afrika Selatan.
  • Di kota besar Rishi di Mohenjodaro (Pakistan), ahli arkeologi pada akhir abad lalu pernah menemui kerangka yang bergelimpangan di jalan, ada yang berpegangan tangan seolah-olah mereka dilanda malapetaka yang amat dahsyat secara tiba-tiba. Pada kerangka itu ada kesan sisa radioaktif yang tinggi, sama dengan yang dijumpai di Hiroshima dan Nagasaki.
  • Ada kajian mendapati pesawat yang digunakan pada peperangan itu berbentuk piring terbang dan ia dikaitkan dengan penemuan UFO pada masa kini. 
Menarik bukan? Selama ini kita menyangka bahawa zaman dulu adalah zaman yang belum mencapai apa2 perkembangan teknologi pun.. Tapi penemuan demi penemuan telah berjaya diselongkar diseluruh dunia yang menjadi bukti akan teknologi pada zaman kuno contohnya penemuan sel bateri di Iraq ynag dianggarkan berusia 2000 ke 5000 tahun yang lalu, ukiran kenderaan yang ditemui salah satu piramid dimesir, Dropa Stone yang berbentuk seperti sebuah cakera, reaktor nuklear berusia lebih kurang 2juta tahun yang ditemui di Oklo, Republik Gabon, Afrika dan banyak lagi penemuan lain. 

Kalau kita lihat dalam Al-Quran sekali pun kita akan dapat lihat perkembangan sejarah manusia yang dibinasakan sama sekali atas kemungkaran2 yang mereka lakukan dan kemusnahan tu adalah bersifat menyeluruh. Secara kesimpulannya boleh kita nyatakan bahawa adalah benar tamadun2 kuno pada zaman dahulu adalah lebih maju daripada apa yang kita capai sekarang. Bukan hanya sekadar kata kosong, tapi banyak pembuktian telah berjaya dilakukan. Wallahu'alam

Dipetik dari : MdKA

Saturday, April 07, 2012

Kisah Misteri Potret Mona Lisa - B.T.S Siot!

B.T.S = Bedtime Stories

Mulai malam ini dan malam - malam berikutnya, aku akan postkan kisah - kisah bedtime stories untuk pembaca blog siot. Diharap anda dapat tidur dengan nyenyak selepas membaca entri bedtime stories.

Kisah bedtime stories kali ini adalah mengenai misteri potret Mona Lisa.


Potret Monalisa merupakan salah satu karya agung Leonardo Da Vinci. Apa yang membingungkan adalah, potret lama yang berusia lebih 500 tahun yang dipamerkan di Muzium Louvre di kota Paris, Perancis terus mencetuskan misteri sehingga kini. Sudah tentu mengenai identiti seorang gadis jelita yang mempunyai senyuman yang menawan itu.

Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu sama lain. Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus menggerakkan peralatan melukisnya dengan warna tertentu di atas kepingan papan mengikut corak dan pemandangan di hadapan matanya, sekitar 1503.

Pelukis itu mengambil masa lama untuk menyiapkan lukisan itu sebaliknya ketelitian dan pelbagai penekanan dalam proses menghasilkan kerja seni itu menyebabkan potret bergelar Mona Lisa itu siap empat tahun kemudian. Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 53 sentimeter lebar dan 77 sentimeter panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat di sebuah galeri khas muzium terbabit.

Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari seluruh dunia mengunjungi Muzium Louvre semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.


Misteri Potret Monalisa

  • Identiti Monalisa itu sendiri.
  • Riak wajah Monalisa.
  • Mata Monalisa akan sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu.
  • Senyuman Monalisa yang nampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan.
  • Makna senyuman Monalisa sehinggakan ia menjadi igauan penyelidik,ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha untuk menafsirkan makna senyuman tersebut.
  • Sekecil-kecil sudut di dalam potret tersebut dikaji dengan teliti untuk membongkar rahsia Monalisa.


Teori Mengenai Monalisa
  • Monalisa yang sebenarnya adalah Lisa Ghererdini yang merupakan isteri kepada seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo. Mona Lisa bermaksud Madam Lisa.
  • Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina.
  • Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang.
  • Teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian Schwartz dari Bell Labs yang menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi kewanitaan. Teori itu diperoleh apabila Schwartz menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya, didapati bentuk kedua-dua wajah itu adalah selari! Fakta Potret Monalisa
  • Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah. Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.
  • Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain.
  • Judul Mona Lisa diberikan kepada potret itu 31 tahun selepas kematian Leonardo.
  • Selain Mona Lisa, judul lain adalah La Gioconda.
  • Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya.
  • Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.
  • Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.
  • Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa semakin lama semakin membimbangkan.
Dan jika diamati betul - betul potret Mona Lisa ini, timbul satu persoalan, adakah mona lisa tidak mempunyai bulu kening? atau Da Vinci terlupa untuk melukis kening Mona Lisa? atau mungkin Da Vinci sengaja tidak melukis keningnya bagi menampakkan unsur misteri dalam potretnya? 

Dipetik dari : MdKA

close