Kebanyakkan masyarakat kita akan meninggalkan rumah mereka pada musim - musim perayaan. Ada diantara kita yang tinggalkan rumah sehinga seminggu lamanya. Jadi hari hari begini sangat dinantikan oleh pencuri. Jadi bagaimana untuk memastikan rumah anda selamat dan walafiat? Ikuti langkah berikut:
1. Pastikan dinding rumah anda ditampal poster - poster lelaki maskulin dan seksi sedangkan penghuni rumah anda adalah lelaki. Hal ini akan membangkitkan suatu perasaan yang semacam pelik kepada pencuri yang memasukki rumah anda lalu membuatkan pencuri muntah buih dan berlari keluar dari rumah anda.
2. Sebelum keluar rumah, pastikan air shower anda dibuka. Hal ini bertujuan untuk menaikkan mood atau suasana bahawa rumah anda tidak kosong. Apabila pencuri masuk kerumah anda pasti mereka akan gabra anjing kerana menggangap tuan rumah ada di dalam rumah.
3. Dekorasikan ruang tamu anda seperti tempat pemujaan hantu, jin afrit dan jembalang. Pastikan Kemenyan sentiasa berasap bagi mewujudkan persekitaran yang seram tahap syaitan. Unsur - unsur khurafat dan syirik ini sudah semestinya dapat menakut nakutkan pencuri kerana mereka lebih takutkan hantu dari Tuhan Yang Satu!
4. Di dapur rumah anda, letakkan keratan tangan, kaki, telinga dan hidung palsu manusia serta lumurkan darah pada bahagian - bahagian tersebut. Susunkan anggota badan tersebut dengan kemas. Apabila pencuri memecah masuk kerumah anda, mereka pasti akan cirit mirit dan berpeluh tahap jogging dalam guni kerana beranggapan tuan rumah tersebut seorang karnibal yang memakan daging manusia.
5. Letakkan duit dan barang kemas anda didalam perangkap tikus sebagai umpan. tindakkan ini seolah - olah mengejek pencuri tersebut. Hal ini membuatkan pencuri tersebut bengang lalu meninggalkan rumah anda dengan hati yang sayu dan pilu.
PERINGATAN : Setiap langkah - langkah yang disyorkan diatas adalah budi bicara anda sama ada mahu mengikutinya atau tidak. Undi adalah rahsia. Keputusan ditangan anda. Saya pilih Keamanan. Saya pilih untuk Mengundi.