Sunday, December 23, 2012

Lagu Running Man Episod 106 dari DeliSpice - Chau Chau - Terbaik Siot!

Arghhh cant get it off my head!!

Aku nak post juga bagi korang dengar lagu indie dari sebuah band Korean. BUKAN K-POP!. Korang mesti pernah tengok variety show 'Running Man' kan. Kali ini Running Man Ep 106 buat aku tak dapat duduk diam bila lagu dalam episod ini menghantui telinga aku. Haha. Kepada mereka yang tercari - cari apakah lagu yang dimainkan dalam Running Man Ep 106. Inilah lagunya :

Band : DeliSpice
Lagu : Chau Chau


Tuesday, December 18, 2012

Iklan Mengajak Orang Ke Gym Yang Sinis - LOL Siot!

Pergh terasa jugak siot!

Anda seorang yang dianugerah Tuhan sebagai seorang yang berbadan gempal? Atau anda seorang manusia yang diberi nikmat sebagai seorang yang kurus? Dua kategori ini selalunya dibeza bezakan. Why? Kulit sama warna tapi hati lain - lain. Jadi apa yang menyatukan mereka ini? Tentulah gym. What? Ya! Gym, kerana disitulah tempat si gemuk untuk membentuk badan yang terbaik dan disitu juga tempat si kurus untuk menaikkan bentuk badan. Jadi disini aku berikan iklan gym yang sinis dan mampu membuat korang termotivasi sebentar. Hahaha!


Monday, December 17, 2012

Dalam CPU ada Ruang Tamu Yang Elegant - Seni Siot!

Ini seni yang COOL!

Kalau seseorang itu kreatif, apa saja yang dihasilkan memang sangat kreatif dan menarik. Kali ini, mari kita melihat seni rekaan mini ruang tamu di dalam CPU. Teliti dan Terbaik!



Monday, December 17, 2012

Reka Bentuk Basikal Tanpa Fork - Cool Siot!

Macam mana nak membelok pun aku tak tau! Haha

Ini adalah reka basikal ala - ala futuristik dimana fork (tempat sambungnya bahagian handle basikal dengan tayar depan) tidak disertakan dalam rekaan basikal ini. Nampak unik kerana fork disembunyikan atau diubah tempat dari rekaan basikal biasa.

Monday, December 17, 2012

Gambar Budak Comel Yang Diphotoshopkan - Lawak Siot!

Hahaha nice!

Sebelum ini Leonardo DiCaprio pernah menjadi mangsa kepada bahan photoshoped. Kalau korang belum tengok, ini link entri yang sebelum ini.
Kali ini yang menjadi mangsa photoshoped adalah seorang budak perempuan yang lari daripada buih -buih sabun yang ditiup beliau. Di bawah adalah gambar asal dan yang selebihnya adalah bahan photoshoped

Friday, December 14, 2012

Jack Sparrow Sebenarnya Adalah Lanun Muslim - Expose Siot!

Biar Betoi!

Dalam filem Pirates of the Carribean, watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp digambarkan sebagai seorang yang berseloroh, acuh tidak acuh dan licik. Lakonan cemerlang Johnny Depp menenggelamkan watak utama yang lain terutamanya watak Will Turner lakonan Orlando Bloom yang lebih macho dan serius. Disebabkan penonton turut sama menyukai watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp, ia kemudiannya diangkat menjadi watak utama untuk siri-siri seterusnya.
Namun, dalam meminati watak Jack Sparrow, ramai yang tidak menyedari bahawa watak Jack Sparrow diilhamkan daripada watak seorang lanun terkenal yang pernah hidup sekitar abad ke-16 dan abad ke-17. Tambah menarik, watak tersebut adalah seorang lanun yang bernama Yusuf Reis yang beragama Islam.

Dilahirkan sebagai Jack Ward

Yusuf Reis dilahirkan sebagai Jack Ward pada tahun 1553 di Feversham, Kent di tenggara England. Kehidupan awal Jack bermula sebagai seorang nelayan memandangkan kampung halamannya terletak berhampiran dengan laut. Kelebihan tersebut menjadikan beliau seorang panglima laut berkaliber suatu hari nanti.

Pada tahun 1588 ketika umurnya menginjak 25 tahun, Jack Ward nekad berjuang untuk England sebagai Privateer. Privateer adalah seseorang yang diberi kelulusan oleh kerajaan England berdasarkan letter of marque untuk menyerang kapal-kapal musuh terutama kapal armada Sepanyol. Sokongan sepenuhnya daripada Queen Elizebeth I memberikan semangat luar biasa kepada beliau. Karier beliau sebagai privateer berlangsung dengan cemerlang sehinggalah pada awal tahun 1600-an.



Monday, December 10, 2012

Peraturan Dalam Fight Club (Movie) - Obses Siot!

Ok aku obses dengan movie ini.

Pernah menonton cerita Fight Club? Tak pernah? Aku sudah menonton berpuluh kali tetapi tetap tak akan jemu. Kenapa? Sebab jalan cerita yang disusun sangat menarik dan idea yang tak pernah terfikir dek pengarah lain. Dan skrip yang digunakan sangat genius! Haha korang boleh nampak yang aku obses dengan filem nih! Filem ini korang kena tengok sendiri, kalau aku cerita sipnosis, pasti dah tak best cerita nih! Haha. Jadi dalam Fight Club ada rules. Apa rules dier? Baca kat bawah!



Monday, December 10, 2012

Patung Manusia Yang Menganggu Orang Awam Di Rome - Art Siot!

Pergh! Ini kalau tengah malam terserempak, maunya pitam 5 minit! Haha!

Pejalan kaki di Rome terganggu akibat begitu banyak patung manusia dengan aksi yang pelik lagi aneh menghiasi jalan - jalan utama di Rome. Ini adalah hasil seni Mark Jenkins, seorang artis jalanan US. Beliau mempamerkan pelbagai jenis aksi patung - patung aneh di setiap jalan utama di Rome dan setiap aksi patung tersebut mempunyai maksudnya tersendiri. Korang tengok aksi patung - patung ini dan tafsirkan sendiri apakah maksud yang Jenkins cuba sampaikan.



Sunday, December 09, 2012

Istanbul Aku Datang - Terbaik Siot!

Ini filem untuk mereka yang suka sweet - sweet! Hahaha.


Sinopsis Istanbul Aku Datang 

ARAHAN: Bernard Chauly
PELAKON: Lisa Surihani, Beto Kusyairy, Tomok dan Aizat Amdan
GENRE: Cinta komedi

Istanbul Aku Datang mengisahkan gadis periang dan manja bernama Dian. Keinginannya cuma satu - untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad.

Masalahnya, Azad sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul yang mengambil masa enam tahun. Terlalu lama untuk Dian terus menunggu lalu dia berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan daripada Azad supaya mereka boleh segera berkahwin dan tinggal bersama di Istanbul, sementara Azad boleh meneruskan pengajiannya.

 Malangnya, apabila Dian tiba di Istanbul, dia disambut tawar oleh Azad yang risau kehadiran Dian mengganggu fokusnya. Dia juga tidak senang Dian menumpang di flatnya yang dikongsi dengan dua kawan lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru.

Sunday, December 09, 2012

Pulau Syurga Buat Kucing Liar Di Jepun - Comel Siot!

Terbaik orang - orang pulau nih!

Pulau Fukuoka, Jepun, merupakan sebuah pulau syurga bagi kucing - kucing liar disana kerana pulau tersebut merupakan pulau nelayan dan penduduk disitu sangat bermurah hati. Setiap hari ikan - ikan yang ditangkap mereka akan diberikan juga kepada kucing - kucing liar. Lihatlah kucing - kucing disana, sihat dan comel. Tidak seperti kucing disini yang comot serta kurang perhatian. Peniaga ikan disini sanggup menjual ikan - ikan yang sudah busuk kepada pelanggan daripada memberi makan free kepada kucing!


Sunday, December 09, 2012

Shuriken Versi USB Pendrive - Cool Siot!

Selain pendrive boleh jadikan senjata.  Ninjas!

Shuriken membawa maksud 'sword hidden in the hand' kerap kali digunakan oleh para ninja di Jepun. Senjata ini juga popular di dalam siri anime 'Naruto'. Jadi kepada mereka yang suka dengan koleksi ninja, pasti pendrive ini menjadi tumpuan kerana reka bentuknya seperti shuriken. Kalau boring, boleh baling dekat member sebelah! Hahaha!


Saturday, December 08, 2012

Selamatkan Wanita Yang Ingin Membunuh Diri Dengan Gaya Yang - Cool Siot!

Hahahaha!

Kejadian ini berlaku di atas dunia yang fana. Seorang perempuan dengan cubaan membunuh diri namun hasratnya berjaya dihalang oleh beberapa orang anggota keselamatan di kawasan tersebut. Yang menjadi tumpuan ialah ada seorang anggota polis yang sangat cool ketika sedang menyelamatkan perempuan tersebut. Baca entri ini nanti korang akan tahu kenapa aku cakap dia cool. Hahaha!



Tuesday, December 04, 2012

Prank Lift Yang Buat Korang Sakit Jantung! - Seram Siot!

Bloooooody scary!

Yes! Aku slowpoke. Baru tengok prank ini. Kepada korang yang selalu naik lif, cer try bayangkan situasi ini terjadi pada korang. Ya! Aku penakut kalau sorang  - sorang pastu boleh pulak ada budak pegang anak patung! Aku bukan takut budak perempuan tu, tapi anak patung. Scary siot! Hahaha!

close