Tuesday, July 19, 2016

Serangan Dawn Raid 1981 Tun Mahathir Ke Atas Kota London? Expose Siot!

Respect Him!

Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.

Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Mohamad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.

Latarbelakang – Kemiskinan Orang Melayu dan Kekayaan Orang Inggeris

Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, hampir 1 juta bangsa pendatang seperti Cina dan India diberi kerakyatan secara beransur-ansur. Sebagai balasannya, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.

Setelah lebih 10 tahun merdeka, pegangan orang Melayu terhadap kekayaan bumi Malaya sangat kecil. Walaupun orang Melayu merupakan majoriti , bangsa ini memegang hanya 1.5% bahagian harta korporat (itupun melalui syarikat kerajaan) berbanding bangsa Cina sebanyak 22.8%. Walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60 % dari kekayaan negara ini.

Pada masa yang sama, hampir separuh penduduk Malaya tinggal di bawah paras kemiskinan. Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung sebagai petani dan pesawah adalah bangsa paling ramai tinggal dalam kemiskinan (74%).


Saturday, July 16, 2016

Trend Kegilaan Wanita Korea Terhadap Eye Bag? Comel Siot! (7 Gambar)

Eye bags yang comel

Walaupun kebanyakan wanita lain di dunia ini membelanjakan wang dengan jumlah yang tidak masuk akal hanya untuk menyembunyikan atau menghilangkan bengkak di bawah mata mereka (Eye Bags), namun, wanita Korea menganggap ia adalah tanda kecantikan.

Aegyo Sal, merupakan trend eye bags yang terkenal di Korea, tidak boleh disamakan dengan pembengkakan mata akibat tidak cukup tidur dan sebagainya kerana ia lebih menjurus kepada hasilan kosmetik dan pembedahan. Berbeza dengan kepercayaan umum dan persepsi, wanita Korea percaya bahawa eye bags pada mata mereka membuatkan mereka kelihatan lebih muda dan comel. Pernah korang melihat bagaimana mata seseorang menjadi bengkak apabila mereka tersenyum? Itulah apa yang wanita Korea inginkan, dan ia dapat direalisasikan melalui pembedahan plastik atau menggunakan kaedah makeup.

Terdapat beberapa cara wanita boleh mendapatkan anugerah aegyo sal ini samaada secara kekal atau sementara. Pembedahan plastik Aegyo adalah salah satu pilihan yang paling popular. Tambahan pula, dengan carian mudah di YouTube mengenai Aegyo Sal, hampir 1,000 teknik solekan dan tutorial untuk wanita yang inginkan eye bags comel ini.


Friday, July 15, 2016

Adolf Hitler Dahulunya Seorang Pelukis? - Cool Siot! (16 Gambar)

Bakat seni yang terbiar.

Tahukah anda sebelum Adolf Hitler nekad menjadi pemimpin tertinggi NAZI, beliau pernah menanam impian menceburi dunia seni? Namun hajat beliau tidak kesampaian kerana permohonannya memasuki Akademi Seni Rupa Wina ditolak sebanyak DUA kali. Damn! Lihatlah karya seni beliau. Cukup rencah, cukup rasa.


close