Andai dapat, ku undurkan putaran dunia.
Adakah anda percaya bahawa seseorang manusia itu boleh merentasi masa hadapan? Secara logik akalnya ia adalah satu perkara yang sukar untuk dipercayai. Walaubagaimanapun, kisah Isra’ Mikraj membuktikan tentang perjalanan Nabi Muhammad SAW yang merentasi perjalanan yang sangat jauh sehinggakan ia hanya berlaku dalam satu malam. Expose kali ini saya mahu bawakan kepada anda adalah tentang misteri kapal terbang yang hilang secara tiba-tiba dari radar. Bagaimanapun kapal terbang terbang tersebut muncul kembali selang beberapa minit.
Ada sebuah kisah… Pada awal tahun 1994, sebuah pesawat penumpang Itali melintasi ruang udara pantai Afrika. Dengan tiba-tiba sahaja pesawat tersebut hilang dari radar di menara kawalan. Ketika semua petugas di lapangan terbang tersebut cemas kerana menyangka pesawat itu telah terhempas, pesawat tersebut muncul kembali di ruang udara, dan radar dapat mengesan kembali koordinat pesawat tersebut. Pesawat itu mendarat dengan selamat tanpa sebarang masalah. Namun, kru kapal dan 315 penumpangnya sama sekali tidak tahu bahawa mereka pernah “hilang”.
Perkara itu diberitahu oleh patugas di menara kawalan kepada kapten kapal terbang. Dengan kehairanan dan rasa tidak percaya, kapten pesawat berkata : “Pesawat kami tidak pernah mengalami sebarang masalah dari Manila, dan tidak ada kejadian yang pelik-pelik pun berlaku. Mana mungkin kami semua ‘hilang’?”. Tetapi yang menjadi misteri dan membuatkan mereka semua percaya mereka semua telah ‘hilang’ ialah ketika mereka semua melihat jam masing-masing. Semuanya terlambat 20 minit.
Meskipun jarang tapi ada kejadian yang serupa.. Menurut catatan, pada 1970, pernah juga terjadi kejadian mirip kejadian di atas. Ketika itu, sebuah pesawat penumpang jet 727 yang sedang melakukan penerbangan, juga telah ‘hilang’ selama 10 minit dalam perjalanannya ke lapangan terbang Miami, AS. 10 minit kemudian, pesawat tersebut muncul kembali di tempat yang sama dimana ia dilaporkan ‘hilang’. Pesawat tersebut tiba dengan selamat. Seluruh penumpang pesawat tersebut tidak percaya apa yang telah terjadi, sehinggalah mereka sedar bahawa jam mereka masing-masing terlambat 10 minit.
Menurut para ahli saintis satu-satunya penjelasan tentang fenomena ini adalah : “dalam sesaat ‘kehilangan’ itu, waktu ‘berhenti’ tidak bergerak, atau dengan kata lain waktu berputar kembali.”
Sewaktu pesawat penumpang Italia mengalami fenomena masa yang aneh ini pada tahun yang sama, dilaporkan bahawa fenomena tersebut telah berlaku di Mesir. Sekeping duit syiling perak dari zaman lebih baru yang belum di edarkan ketika 4000 tahun yang lalu, terpendam di dasar sebuah Kuil Dewa Matahari. Ketika itu, sebuah pasukan arkeologi dari Perancis, tiba di daerah penempatan pertama manusia di tepi Sungai Nil. Di situ mereka menemui sebuah Kuil Dewa Matahari yang berusia 4000. Kuil itu sungguh usang dan telah runtuh kerana dimakan usia. Yang tinggal hanyalah struktur yang paling kukuh iaitu tiang-tiangnya sahaja.
Ketika mereka menggali kawasan kuil, di bawah sebuah binaan batu kuno, mereka telah menemui sekeping duit syiling perak terkubur di bawah tanah. Yang menjadi tanda tanya ialah bukan duit perak Mesir kuno yang mereka temui, tetapi sekeping duit syiling perak Amerika. Yang lebih menghairankan lagi, itu bukan duit perak kuno Amerika, tapi sekeping duit perak zaman sekarang! Namun, yang lebih menghairankan adalah duit tersebut adalah buatan Amerika pada tahun 1997. Sedangkan cari gali tersebut dilakukan pada tahun 1994 dan duit tersebut masih belum lagi dipasarkan… Timbul dua persoalan yang membingungkan para saintis serata dunia. Pertama, bagaimana duit syiling moden Amerika boleh berada dibawah timbunan runtuhan kuil purba Mesir yang berusia 4000 tahun? Kedua, bagaimana duit tersebut yang tahun pembuatannya 1997 boleh ditemui pada tahun 1994?
Mungkin fenomena kembali ke masa lampau boleh dikatakan sebagai mustahil serta ianya hanyalah suatu kebetulan oleh sesetengah orang. Namun seorang ahli fizik telah membocorkan rahsia yang sangat sulit dari NATO. Dalam fakta yang digambarkan dalam laporan tersebut beliau menceritakan, “Dalam suatu latihan terbang dari Eropa Timur pada tahun 1982, seorang pilot NATO melihat ratusan ekor dinosaurus. Juruterbang tersebut telah melalui daratan Afrika zaman prasejarah“. “Dalam suatu penerbangan yang lain, seorang juruterbang telah ‘tersesat’ ke zaman Perang Jerman (Perang Dunia ke-2). Pilot tentara Sekutu dan pesawat tempur Jerman melihat-nya, dan hanya dalam waktu satu minit kemudian, ia kembali ke alam nyata.
Apakah Waktu Boleh Berputar Kembali?
Secara realitinya, kecerdasan manusia masih belum cukup untuk menghalang berlalunya waktu. Secara teori, tidak mustahil untuk kita kembali ke masa lalu. Menurut teori Einstein, waktu dan ruang dapat mengalami perubahan dalam kecepatan cahaya. Jadi, seandainya suatu objek bergerak dengan kecepatan 300 ribu km/detik, maka ruang dapat di perpendekkan, dan waktu dapat diperlambatkan.
Seorang ahli fizik dari Universiti California menganggarkan bahawa manusia memerlukan 200 ribu tahun untuk sampai ke Andromeda (Galaksi yang paling hampir dengan galaksi kita). Jika kita menaiki sebuah kapal angkasa yang berkecepatan cahaya pula, masa yang diperlukan ialah 20 tahun. Tetapi adakah akan wujud kenderaan yang berkepantasan begitu nanti. Seperti kapal angkasa dalam cerita Star Trek? Yang diketahui hanyalah para malaikat serta jin yang memiliki kepantasan seperti kepantasan cahaya.
Para saintis telah menemui partikel yang lebih laju daripada cahaya. Menurut kajian, apabila sebuah kapal angkasa telah melepasi daya graviti bumi, daya tarikan medan graviti diubah menjadi daya keupayaan. Maka pada ketika itu kapal angkasa mampu bergerak menyamai kelajuan cahaya bahkan mampu bergerak dengan kecepatan cahaya ultra.
Pakar-pakar dari NASA telah membentuk “teori resonansi medan waktu”. Teori ini dibentuk berdasarkan “teori medan kesatuan” Einstein dan searang ahli fizik Jerman sebagai dasar teori. Intinya adalah, dengan bantuan elastisik perkembangan bersama elektromagnet, gravitasi, kecepatan cahaya dan ruang, sesaat melintasi ruang angkasa.
Sehingga kini, fenomena ‘Masa berulang’ tidak lagi merupakan sebuah rahsia besar yang terlalu misteri. Apa yang diperlukan untuk kita kembali ke masa silam ialah sebuah mesin yang boleh bergerak melampaui kecepatan cahaya. Mungkin juga seperti mesin dalan cerita ‘The Time Machine’ ataupun ‘Back To The Future’. Kedengaran seperti khayalan, namun siapa yang tahu apa yang akan dicipta pada masa yang akan datang? Tiada yang mustahil di zaman ini.
Syam,cmna plak ngn teori menembusi dunia cermin?? adakah teori tu masih relevan??
ReplyDeleteya teori itu masih relevan, if jika maka sekiranya manusia dapat mengatasi kelajuan cahaya..tetapi yg menjadi persoalannya, apakah yg terdapat di dalam dunia cermin? adakah sikap kita akan turut reverse seperti cermin, adakah kita akan makan dengan tangan kiri?
Deletewahh...best entry ni..hee...tgh mnunggu detik 9 mlm....hahaha
ReplyDelete