Jika korang belum baca Episode 1, sila baca disini: Misi Pencarian Admin Blog Yang Siot Episode 1
Jarum jam tidak bergerak menunjukkan bateri jam sudah kehabisan, kami buntu kerana misi sebelum ini berakhir dengan kegagalan. Namun, alang - alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan, genggam bara biar jadi abu. Semangat kami semestinya tidak akan mudah luntur. Selepas kami mengemas barang - barang camping, kami meneruskan lagi perjalanan di dalam misi menjejaki admin Blog Yang Siot!
"Kalau terjun gaung nih, agak - agak sampai Gunung Ledang tak?" - Soal salah seorang krew yang keletihan mendaki gunung. "Bukan sampai Gunung Ledang je, sampai ke rahmatullah pun boleh jugak, dekat je" - jawap seekor burung kakak tua yang pandai berkata - kata. Dek kerana terkejut dengan teguran sang burung kakak tua, kami berlari anak keluar dari hutan tersebut. Tetapi, semakin kami berlari mencari jalan keluar, semakin jauh dan sesat kami di dalam perut hutan yang penuh pancaroba.
"Kita dah sesat, kita takkan jumpa jalan keluar, macam mana nih? kita mati kering je kat sini!!" - Jerit kameraman yang cemas dan gelisah mengenai kejadian ini lalu diterajang beramai - ramai oleh semua krew bagi menenangkan beliau. Benar, Kami telah tersesat jauh ke dalam hutan rimba dan tidak tahu bagaimana untuk mencari jalan keluar. Tiba - tiba, kami terdengar bunyi - bunyian seperti ada seseorang sedang menyanyi. Suara yang kami dengar sangat merdu dan pastinya meremangkan bulu roma. Mana tidaknya, di dalam hutan, kami sahaja yang berada dikawasan itu, tidak mungkin kami akan enjoy dan sing along kan? Tetapi bagi meneruskan misi pencarian ini, kami terpaksa menempuh segala onak dan duri. Kami memberanikan diri walaupun ada segelintir kami yang pengecut dan mulai terkencing dalam seluar. Kami bergerak perlahan meninjau dimanakah sumber bunyian tersebut. Apabila kami bergerak masuk kedalam hutan, bunyian tersebut semakin jelas. Kali ini apa yang kami dengar orang tersebut menyanyi siap dengan musik background!
"Ini Semua POYO" - seorang krew tampil dengan lagak Aaron Aziz, cuba memberanikan diri meneruskan perjalanan menjejaki sumber nyanyian tersebut. "Suara dah la sumbang!, pitching lari, tone berterabur!" - tiba - tiba beliau seperti dirasuk semangat jahat lalu menjadi juri yang kurang ajar dan bajet power dalam bidang nyanyian. Beliau mengelupur bersendirian sambil kami menggelengkan kepala dan meneruskan perjalanan.
Tiba - tiba, kami ternampak kilauan cahaya dari dalam hutan tepat kearah dimana kami berjalan. Masing - masing memerhatikan sesama sendiri sama ada mahu mengikut kilauan cahaya itu atau tidak. Namun, berbekalkan sandwich semalam, kami sudah tetapkan pendirian, misi ini harus diteruskan jugak. Jadi kami terus mengekori kilauan cahaya tersebut. Semakin hampir dengan kilauan cahaya tersebut, semakin kuat bunyi nyanyi ini, dan semakin cerah cahaya kilauan tersebut. Kami teruskan juga mengikuti sumber cahaya itu.
Sesampai sahaja kami dikawasan tersebut kami sangat terkejut, seperti mahu pitam dan pengsan. Lutut kami lemah longlai, iman kami tidak kuat untuk menampung perasaan ini. Jantung kami berdegup kencang laksana dilanda taufan. Peluh mulai membasahi dahi kami. Apa yang kami nampak di hadapan kami semestinya sangat memeranjatkan kami. Jika anda berada bersama kami pastinya anda akan turut sama merasai apa yang kami rasa.
"Eh, korang! Hahaha apa yang korang buat kat sini? Macam mana korang jumpa tempat nih? Meh la join! Tempat nih baru lagi, tak ramai yang tau!" - Ajak Admin Blog Yang Siot! sambil melakukan gerak tari parody Sayang Shae. Akhirnya terjawap juga persoalan bunyi - bunyian dan kilauan cahaya dari hutan ini. "Ko bukak business karaoke dekat dalam hutan nih????" - Tanya aku selaku ketua misi pencarian Admin Blog Yang Siot! "Hahaha aku test market untuk orang - orang asli kat sini, kalau ko jalan depan lagi dah jumpa bandar, kalau buat dekat bandar macam menggangu ketenteraman orang kan, so buat la dalam hutan, cantik tak idea aku?" "CANTIK!!!!!" - Maka kami semua pun menyanyi lagu karok sepam dua sebelum membelasah admin Blog Yang Siot! kerana telah menyusahkan ekxpedisi pencarian ini. TAMMAT
ko macam takde keje je admin!
ReplyDeleteini sinetron nie..
ReplyDelete