Friday, April 05, 2013

Misi Pencarian Admin Blog Yang Siot! Episode 1 - Edisi Siasat Siot!


Baru - baru ini, wartawan Hatikudiguris bin Jiwakudirobek cuba merungkai misteri kemana perginya admin Blog Yang Siot kerana kelihatan blognya agak sangat bersawang. Pencarian bakat baru eh? salah tiap, maafkan saya. Pencarian kehilangan blogger Blog Yang Siot pun bermula. "Kami harus merungkai misteri kehilangan beliau kerana kami sangat rindukan beliau" - kata salah seorang pejalan kaki yang baru dilanggar kami sebentar tadi.

Misi mencari admin Blog Yang Siot bermula dengan ekspedisi memanjat Gunung Ledang dimana dikatakan terdapat mitos kebanyakkan blogger hilang disembunyikan oleh nenek kebayan Gunung Ledang? "It is seem legit" - ulas kameraman yang baru sahaja mendapat kaki diperut kerana cuba bertutur dalam bahasa asing. Setelah 10 jam kami mendaki Gunung Ledang akhirnya sia - sia kerana kami sebenarnya tersalah panjat gunung daa! Sekali kami daki Gunung Tahan la pulak. Tetapi yang menjadi misteri, pak cik yang kononnya tahu dimana lokasi Gunung Ledang tidak pandai pandai bertutur bahasa Malaysia. Rupanya - rupanya pak cik tersebut merupakan pendatang tanpa izin yang sudah bermastautin hampir 2 bulan di sini. Kami tertipu dek kejahilan kami tidak dapat membezakan warna kulit rakyat Malaysia dengan warga asing.

Namun, misi pencarian harus diteruskan. Kami mendaki juga Gunung Tahan itu dengan tabah dan bergelumang dengan perasaan dendam kesumat terhadap pakcik tadi. Pendakian kini berterusan selama 10 jam lagi dan akhirnya kami sampai betul - betul di puncak Gunung Tahan. Kami terus memacakkan bendera Malaysia sebagai tanda bahawa kami telah sampai ke puncak. Eh? ini misi menawan Gunung Tahan atau pencarian blogger Blog Yang Siot? Kami konfius lalu kami camping di lereng bukit bagi membincangkan matlamat sebenar misi ini.

Misi berhenti sebentar dan akan bersambung lagi...

1 comment:

close