Sunday, September 09, 2012

Kisah Pembunuh Di Seat Belakang Kereta - B.T.S Siot!



Sebagai seorang pemandu, antara perkara yang paling tidak disenangi selain kesesakkan jalan raya adalah saat bila mana terpaksa memandu seorang diri di kala lewat malam. Lebih - lebih lagi bagi seorang gadis, macam - macam perkara malang boleh terjadi tanpa jaminan. Waktu itu jugalah terngiang bermacam - macam cerita di benak.

Dan saya, Mad Noor Kusyairi, sebagai rakan seram anda semahu - mahunya meremangkan bulu tengkuk serta bulu dada anda bagi yang suka keluar dan balik lewat malam. Killer in the backseat (Pembunuh di tempat belakang) adalah antara kisah urban-legend bertemakan jenayah yang cukup terkenal terutamanya di Amerika Syarikat dan England yang mana pertama kali dicatat dalam bentuk teks pada 1968 oleh Carlos Drake.

Legenda ini kerap kali dikisahkan dari zaman ke zaman kononnya melibatkan seorang perempuan yang sedang memandu dan diekori oleh sebuah kereta atau trak tidak dikenali. Pengejar misteri itu memancarkan lampu tinggi, mengekori rapat wanita itu, malah sehingga satu tahap melanggar belakang kenderaan yang dipandu wanita tadi. Sehinggalah akhirnya wanita tadi berjaya sampai ke rumah, baru dia sedar yang rupanya pemandu tadi cuba memberi amaran bahawa terdapat seorang lelaki (mungkin perogol, pembunuh atau penculik) sedang bersembunyi dibelakang kerusi. Setiap kali lelaki itu bangun untuk menyerang wanita tadi, pemandu di belakang menggunakan lampu tinggi untuk menakutkannya.

Adakah bulu roma anda meremang? Bulu roma anda patut meremang sebab dibelakang anda ada................(Bersambung)

Sunday, September 09, 2012

Dress Supermarket Yang Sakit Mata Turun Ke Hati - Dasat Siot!

Mr Pulun tak dapat muncul malam ini kerana beliau termuntah hijau melihat expose yang cuba beliau exposekan. Tapi jangan risau gambar tersebut berjaya dicuri dan dipaparkan untuk tayangan umum. Semoga anda muntah hijau!






Sunday, September 09, 2012

Gelagat Pemandu Kereta Yang Macam Common Je Dekat Malaysia - Expose Siot!


Mr Pulun lagi untuk anda. Buat edisi yang pertama untuk Expose Siot! saya akan membongkar gelagat pemandu kereta yang hari ini sangat common di negara kita. Mari kita EXPOSE!!




Amacam ada terbeliak lubang hidung ke? Haha Mr Pulun melaporkan untuk Blog Siot - Too Siot!

Friday, September 07, 2012

Order Makan Biar Bertempat - Komik Siot!

Lama aku tak update blog aku..maafkan aku..kali ini aku cuba buat pembaharuan dalam blog aku..maybe aku letak sound efek ker...letak mercun ker atau letak garam secukup rasa...maaf kenapa aku mengarut sebegini rupa..tak apa pasti ada penjelasannya..


Tuesday, August 28, 2012

Langkah - Langkah Mengelakkan Rumah Anda Dipecah Masuk Pencuri - Terbaik Siot!



Kebanyakkan masyarakat kita akan meninggalkan rumah mereka pada musim - musim perayaan. Ada diantara kita yang tinggalkan rumah sehinga seminggu lamanya. Jadi hari hari begini sangat dinantikan oleh pencuri. Jadi bagaimana untuk memastikan rumah anda selamat dan walafiat? Ikuti langkah berikut: 

1. Pastikan dinding rumah anda ditampal poster - poster lelaki maskulin dan seksi sedangkan penghuni rumah anda adalah lelaki. Hal ini akan membangkitkan suatu perasaan yang semacam pelik kepada pencuri yang memasukki rumah anda lalu membuatkan pencuri muntah buih dan berlari keluar dari rumah anda.

2. Sebelum keluar rumah, pastikan air shower anda dibuka. Hal ini bertujuan untuk menaikkan mood atau suasana bahawa rumah anda tidak kosong. Apabila pencuri masuk kerumah anda pasti mereka akan gabra anjing kerana menggangap tuan rumah ada di dalam rumah.

3. Dekorasikan ruang tamu anda seperti tempat pemujaan hantu, jin afrit dan jembalang. Pastikan Kemenyan sentiasa berasap bagi mewujudkan persekitaran yang seram tahap syaitan. Unsur - unsur khurafat dan syirik ini sudah semestinya dapat menakut nakutkan pencuri kerana mereka lebih takutkan hantu dari Tuhan Yang Satu!

4. Di dapur rumah anda, letakkan keratan tangan, kaki, telinga dan hidung palsu manusia serta lumurkan darah pada bahagian - bahagian tersebut. Susunkan anggota badan tersebut dengan kemas. Apabila pencuri memecah masuk kerumah anda, mereka pasti akan cirit mirit dan berpeluh tahap jogging dalam guni kerana beranggapan tuan rumah tersebut seorang karnibal yang memakan daging manusia.

5. Letakkan duit dan barang kemas anda didalam perangkap tikus sebagai umpan. tindakkan ini seolah - olah mengejek pencuri tersebut. Hal ini membuatkan pencuri tersebut bengang lalu meninggalkan rumah anda dengan hati yang sayu dan pilu. 

PERINGATAN : Setiap langkah - langkah yang disyorkan diatas adalah budi bicara anda sama ada mahu mengikutinya atau tidak. Undi adalah rahsia. Keputusan ditangan anda. Saya pilih Keamanan. Saya pilih untuk Mengundi.  
close