Vlad The Impaler, Pemerintah Sure Kill!
Vlad The Impaler merupakan gelaran bagi seorang putera raja Wallachia yang juga dikenali sebagai Vlad III. Dia juga pernah menjadi “Voivode” (komander tentera dalam bahasa Slavonic kuno) sebanyak tiga kali iaitu antara tahun 1456 hingga 1462, setelah menang – tewas kepada Turki yang ketika itu menguasai wilayah tersebut. Selama tiga kali Vlad III memegang tampuk pemerintahan, seluruh rakyat Wallacia hidup penuh ketakutan dan penuh kesengsaraan. Dia dikatakan merupakan tunjang utama kepada cerita Pontianak Nosferatu, Count Dracula yang digarap Bram Stoker’s dalam novelnya “Dracula” pada tahun 1897.
Kegilaan Vlad The Impaler
Vlad mula menggila setelah kerajaan Turki menyerangnya berikutan keengganan Vlad membayar ufti tahunan. Dalam beberapa perang itu, Vlad telah membunuh ramai musuhnya dengan kejam iaitu menyiat kulit mereka, menyula mereka dan ada kalanya darah musuhnya diminum. Tekanan dari perang dan dendamnya sendiri, Vlad mula menggila. Bukan setakatmusuhnya sahaja dihukum sedemikian rupa malah rakyatnya turut diseksa. Sesiapa yang dirasakannya bersalah atas apa jua tuduhan sekalipun akan disula dan disiat.
Dalam satu kejadian, seorang pencuri yang ditangkap telah diseksa Vlad II dengan menyiat kulit kaki si pencuri itu, dilumurkan garam pada tapak kakinya kemudian mengambil seekor kambing untuk menjilat garam pada kaki pencuri tersebut.
Menurut sejarah, Vlad III bukan sahaja membunuh golongan bangsawan malah keluarga bangsawan yang dibunuhnya turut dipaksa menjadi buruh sehingga mati. Kegilaan Vlad untuk membunuh memuncak apabila dia mula menghukun sesiapa saja yang melanggar peraturannya dengan menyia, memanggang, membakar atau merebus ”pesalah” tanpa mengira umur, pangkat, lelaki atau perempuan. Malah daging – daging korbannya turut diberi makan kepada keluarga dan sahabat – sahabat mereka dan Vlad III sendiri dikatakan menggemari daging mangsanya.
Dalam beberapa manuskrip dan lukisan lama, di sekitar Jalan ke istananya dipenuhi tiang – tiang yang masih terlekat mangsa penyulaan Vlad.
Vlad III dipercayai membunuh hampir 40,000 hingga 100,000 orang sepanjang pemerintahanya.
This is what I called Sure Kill
adik beradik raja bersiung ni.....same jew muka aku nengoknyer.....SIOT!!
ReplyDelete