Bijak, Nice and Cool!
Anda ketandusan idea apabila ditanya oleh Boss kenapa datang lewat tyme kerja? Tergaru - garu ketiak mencari seciput idea untuk melepaskan diri dari persoalan tadi? Dahi berpeluh manik takkala dihujani kemarahan Boss yang tak pernah reda? Disini ada jawapan yang cool untuk mereka yang inginkan kelainan ketika memberi idea kepada Boss anda.
#5.
Katakan kepada Boss anda, ketika anda berhenti untuk membeli breakfast di kedai Kak Leha nasi lemak, kereta anda dihijack oleh seekor beruang yang ganas. Bijak.
#4.
Katakan kepada Boss anda semasa anda bergegas untuk masuk ke dalam lif, anda sebenarnya telah masuk ke dunia Narnia. Kreatif.
#3.
Katakan kepada Boss anda yang anda terpaksa berjumpa Doktor kerana anda tertelan kunci kereta anda. Extreme.
#2.
Katakan kepada Boss anda ketika anda ingin keluar dari rumah untuk pergi ke pejabat, anda di halang oleh geng - geng ninja jepun. Anda bertarung sehabis mati dan berjaya tumpaskan geng ninja tersebut. Namun apabila anda melihat jarum jam, anda sudah lewat untuk ke pejabat. Superb.
#1.
Katakan kepada Boss anda yang semasa dalam perjalanan ke pejabat. Anda tersepit didalam trafik jam. Trafik jam tersebut bukan berpunca dari kemalangan, tetapi Ultraman sedang bertempur menewaskan raksasa yang cuba menakluki Bumi. Coolest.
No comments:
Post a Comment