Showing posts with label Sensitif Siot. Show all posts
Showing posts with label Sensitif Siot. Show all posts

Monday, February 13, 2012

Hamza Kashgari Diusir Dari Malaysia, Aktivis Hak Asasi Manusia Gagal - Sensitif Siot!

Aktivis hak asasi manusia akhirnya gagal menghalang pihak berkuasa di negara ini dari mengusir Hamza Kashgari dari Malaysia. Permohonan perintah interim bagi menghalang pengusiran telah dibenarkan oleh hakim Datuk Rohana Yusuf, namun usaha aktivis serta peguam untuk menghalang Hamza Kashgari dari diusir tidak berjaya setelah beliau dengan lebih awal dibawa pulang ke Arab Saudi. 



Peguam Fadiah Nadwa Fikri


















Peguam Fadiah Nadwa Fikri berkata didalam tweetnya bahawa Hamza telah dibawa pulang pada jam 10 pagi dengan sebuah pesawatArab Saudi serta diiringi oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.


Beliau berkata lagi, pegawai imegresen KLIA memaklumkan bahawa Hamza dibawa pulang tanpa butirannya dicatatkan.








Dipetik dari Malaysiakini.com

Monday, February 13, 2012

Diburu Kerajaan Arab Saudi Kerana Menghina Rasulullah - Sensitif Siot!

Hamza Kashgari (23), wartawan tempatan Arab Saudi diburu kerajaan Arab Saudi kerana dakwaan menghina Rasulullah di dalam twitternya semasa hari menyambut kelahiran Rasulullah S.A.W. Beliau menulis 3 tweet yang berbaur penghinaan terhadap Rasul serta Islam seperti dibawah:

On your birthday, I will say that I have loved the rebel in you, that you've 
always been a source of inspiration to me, and that I do not like the halos
of divinity around you. I shall not pray for you.


On your birthday, I find you wherever I turn. I will say that I have loved 
aspects of you, hated others, and could not understand many more.
On your birthday, I shall not bow to you. I shall not kiss your hand. Rather, 

I shall shake it as equals do, and smile at you as you smile at me. I shall speak
to you as a friend, no more. 


Menghina Islam dikatakan satu jenayah yang berat serta dikenakan hukuman mati di Arab Saudi. Beliau telah memohon maaf namun para ulama Arab Saudi mendakwa bahawa beliau telah murtad dan harus dikenakan hukuman yang setimpal. Beliau kini telah melarikan diri ke Malaysia sebelum bercadang untuk mendapat suaka politik dari New Zealand. Namun Polis Diraja Malaysia berjaya menahan beliau dan bakal dibawa pulang ke Arab Saudi bagi menjalani hukuman.

Di Arab Saudi, menghina Islam adalah kes berat dan pastinya MATI adalah hukumannya. Di Malaysia, adakah kita sentitif terhadap penghinaan orang terhadap Islam. Takkan nak buat video "Top - top Perang" and upload dalam Youtube?

close