Monday, February 13, 2012

Hamza Kashgari Diusir Dari Malaysia, Aktivis Hak Asasi Manusia Gagal - Sensitif Siot!

Aktivis hak asasi manusia akhirnya gagal menghalang pihak berkuasa di negara ini dari mengusir Hamza Kashgari dari Malaysia. Permohonan perintah interim bagi menghalang pengusiran telah dibenarkan oleh hakim Datuk Rohana Yusuf, namun usaha aktivis serta peguam untuk menghalang Hamza Kashgari dari diusir tidak berjaya setelah beliau dengan lebih awal dibawa pulang ke Arab Saudi. 



Peguam Fadiah Nadwa Fikri


















Peguam Fadiah Nadwa Fikri berkata didalam tweetnya bahawa Hamza telah dibawa pulang pada jam 10 pagi dengan sebuah pesawatArab Saudi serta diiringi oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.


Beliau berkata lagi, pegawai imegresen KLIA memaklumkan bahawa Hamza dibawa pulang tanpa butirannya dicatatkan.








Dipetik dari Malaysiakini.com

2 comments:

  1. blur dgn kisah mamat ni?
    so apa jadi lepas ney?

    ReplyDelete
    Replies
    1. katanya dier dah balek Arab Saudi. Masih dalam perbicaraan rasenya sebab ader aktivis hak asasi manusia dok membela dier..

      Delete

close