Monday, September 17, 2012

Cara Terbaik Untuk Tackle Awek Yang Anda Suka - Tips Siot!

Seperti biasa, saya Abang Lan Comel Le Tew akan memberi tips yang berguna kepada anda. 'Fuh! cunnya awek tu..boleh buat jadi isteri tu..', 'Wah beruntungnya dapat awek macam tu'. Pernahkan persoalan - persoalan seperti ini bermain di benak anda sebagai seorang lelaki? Jadi saya ada penyelesaiannya! Sudah menjadi lumrah buat lelaki suka melihat ciptaan - ciptaan Tuhan yang indah termasuklah kaum hawa. Wanita - wanita menjadi bunga penyeri taman penglihatan kaum lelaki. Diantara bunga - bunga yang berseri itu, sudah pasti mata akan terpikat kepada bunga yang menambat hati. Jadi bagaimana tips yang terbaik untuk lelaki memikat atau tackle awek yang mereka suka. Mari saya bukakan pandora box untuk anda.
Situasi 1 : Ketika awek tersebut menunggu bas.

Anda dilarang keras untuk menanyakan gadis tersebut soalan - soalan common seperti, 'cik adik tunggu bas ke? atau 'sekarang pukul berapa ye?'. Tindakkan ini pastinya membuatkan gadis tersebut memandang enteng kepada anda. Jadi, tanyalah gadis itu dengan soalan ini, 'Cik adik, jom solat dulu pastu baru tunggu bas' atau 'tumpang tanya masjid dekat mana ye?'. Soalan seperti ini membuka hati gadis tersebut untuk memberi first impression yang baik terhadap anda walaupun jelas menunjukkan anda ini kaki ponteng solat.

Situasi 2 : Ketika awek tersebut sedang makan.

Anda tidak boleh mengorat awek yang anda suka ketika beliau sedang makan. Pantang kalau mereka ini dikacau ketika menikmati hidangan di depan mata. Jadi untuk menunjukkan yang anda seorang yang gentlemen. Duduk di sebelah meja awek tersebut ketika anda makan. Jangan menegurnya. Apabila awek tersebut selesai makan, anda cepat - cepat ke kaunter membuat pembayaran untuk meja dimana awek tersebut berada. Belanja awek tersebut walaupun isi dalam wallet anda tinggal nyawa -nyawa ikan sahaja. This is turning point, apabila awek tersebut ingin membuat pembayaran, pastinya awek tersebut terperanjat dan terharu kerana ada secret admire (iaitu anda) sudah membayar makanan beliau. Biarkan awek tersebut berlalu dengan penuh persoalan. Dengan ini anda berjaya memancing perasaan beliau walaupun selepas ini anda akan memancing di longkang kerana duit belanja anda sudah burn.

Situasi 3 : Ketika awek tersebut sedang berjogging

Pastikan anda bersedia pada awal pagi untuk turun bersenam atau lebih tepat lagi bersenam sambil mengorat awek yang anda suka. Apabila anda tunggu buatlah streching sekali dua supaya otot - otot badan anda regang dan lancar bagi membolehkan anda berjogging dengan awek tersebut. Tunggulah beliau dengan penuh kesabaran. Apabila anda melihat kelibat beliau cepat - cepat berlakon kaki kekejangan. Walaupun macho disitu tiada tetapi ini adalah peluang. Minta tolong awek tadi pimpin anda ke kerusi. Wah! Jika beliau banyak bertanya mengenai kaki anda maksudnya beliau seorang wanita yang mengambil berat. Dari situ, anda tanyalah sidia soalan - soalan yang biasa ditanya bagi memulakan sesi soalan kenal. Tak perlu berterima kasih pada saya! Haha

Tiga situasi ini bergantung kepada keadaan. Namun, teknik - teknik ini boleh di apply dalam pelbagai jenis situasi. Banyak lagi teknik yang Abang Lan ada tetapi tiga teknik ini sudah memadai kerana kalau bagi lebih sangat teknik, anda mungkin akan bertukar menjadi buaya lidah bercabang!

Anda puas hati dengan tips ini atau anda tak puas hati dengan saya? Tak mengapa jumpa saya lagi dalam Tips Siot. Adios! 

6 comments:

  1. ini punyer tips pun ada? Terbaikk siot!

    ReplyDelete
  2. hahaha. mari solat dulu baru tunggu bas ya. hahaha.

    ReplyDelete
  3. terbaikk tips! Haha

    ReplyDelete
  4. Aku rasa tips pertama ja yang boleh pakai......

    ReplyDelete
  5. tips pertamaxx yg terbaikkk!

    ReplyDelete
  6. Terbaik aku try n menjadii...cayalah brooo thnx :)

    ReplyDelete

close