Monday, September 10, 2012

Cara Elak Kereta Anda Kena Saman Parking - Tips Siot!



Hai. Bersama saya Abang Lan Comel Le Tew. Saya takde gambar lagi macam Mr Pulun dan Mad Noor Kushairi sebab saya seorang yang pemalu dan memalukan. Jadi saya berharap agar admin cepat siapkan gambar profile saya supaya saya dapat dimalukan. Kali ini saya bawakan tips atau teknik untuk anda yang selalu kena saman parking. Pasti anda bengang kan, baru parking 3 saat tengok - tengok surat saman dah terselit di cermin depan. Rasa nak makan - makan je surat tu...jadi ini jalan penyelesaian buat anda.

Cara Pertama : Parking kereta anda dalam longkang. Dengan ini tak akan ada sesiapa pun yang berani saman kereta anda kerana longkang tidak pernah diwartakan sebagai tempat parking. Settle!

Cara Kedua : Parking kereta anda secara mengiring dan parkingkan di tempat letak motosikal. Jadi, pihak yang ingin menyaman kereta anda akan confius adakah itu kereta atau motosikal atau kedua - duanya sekali.

Cara Ketiga : Lakukan double parking dengan meletakan kereta anda diatas kereta orang lain yang mempunyai tiket parking. Jadi pihak berkuasa akan mengganggap bahawa kereta tadi adalah jenis double decker.

Cara Keempat : Tanamkan kereta anda di dalam tanah. Walaupun kereta anda berada di petak parking tetapi pihak berkuasa tidak dapat menyaman kereta anda kerana ia berada di bawah petak parking atau di dalam tanah.

Cara Kelima : Parkingkan kereta anda di rumah. Dan anda berjalan kaki saja atau mengambil pengangkutan awam. Done!

Cara Keenam : Beli tiket parking yang harganya taklah mahal sangat pun. 

Anda puas hati dengan tips ini atau anda tak puas hati dengan saya? Tak mengapa jumpa saya lagi dalam Tips Siot. Adios!  

2 comments:

  1. Celaka kau Abang Lan! aku dah ikut step tapi kena saman jgk apesal nih??

    ReplyDelete
  2. ingat parking je dkl masjid...dan jgn lupa masukan duit derma..hatipun tak sakit...

    ReplyDelete

close