Friday, October 19, 2012

Fenomena Terlihat Bayangan Hitam Seperti Hantu- Fakta Siot!

Pernah terjadi tapi terus tutup mata. Penakut ke?

Ketika korang berada di satu - satu tempat, lebih - lebih lagi ketika berseorangan, kadangkala kita akan merasakan ada lintasan bayangan hitam di sekitar kanan atau kiri hujung pandangan mata kita. Namun apabila ditoleh, ia pantas menghilang dan nyata tiada apa atau sesiapapun di sekitar kita. Ia kadangkala agak menyeramkan. Boleh dikatakan hampir semua kita pernah melalui peristiwa tu kan?

Fenomena ini digelar Flimmern-Geist, diadaptasi dari perkataan Jerman yang membawa maksud 'Flicker-Guides' (roh kerdipan). Fenomena ini pertama kali dibincangkan dan dikaji oleh seorang ahli kimia pada abad ke 16 iaitu Jakob Bohme, dimana dia menggambarkan fenomena ini sebagai keupayaan untuk melihat kelibat bayang - bayang daripada sudut penglihatan.


Secara amnya, makhluk - makhluk bayangan kerdipan yang muncul seperti kelibat (berperilaku seperti manusia berlari pantas) ini berbentuk manusia, gelap dan amat tangkas. Lumrahnya, hampir setiap manusia biasa pernah mengalami fenomena melihat bayangan hitam yang bergerak pantas di sudut pandangan mata mereka dan apabila ditoleh, nyata tiada apa-apa.(Kalau ketika anda menoleh, bayangan tersebut masih tercegat dihadapan, itu bukan lagi Flimmern-Geist!).

Kebiasaannya, selepas fenomena ini berlaku, ia akan disusuli dengan perasaan gementar, seram dan perasaan seperti sesuatu yang ganjil telah berlaku akan dirasakan oleh si pelihat. Para saintis berpendapat fenomena ini hanyalah satu muslihat mata namun mereka gagal untuk menjelaskan bagaimana dan mengapa ia berlaku.


Fenomena kemunculan jelmaan kelibat ini berkemungkinan hanyalah sebahagian daripada halusinasi otak yang mana cuba mentafsirkan persepsi visual. Namun, bagi sesetengah orang percaya bahawa dalam zon penglihatan ini, birai mata dan minda mampu untuk melihat satu lagi dimensi lain iaitu dimensi dunia paranormal. Ini bermakna sudut tepi mata kita umpama deria keenam yang mampu untuk menembusi hijap melihat dunia makhluk halus.


Jelmaan yang muncul selalunya digambarkan berselubung dan gelap manum bagi sesetengah pengkaji yang membuat pemerhatian terhadap fenomena ini menerangkan sebenarnya terdapat garisan kabur pada hujung penglihatan yang dengan mudah boleh mengelirukan pandangan kita seolah kita terlihat pakain atau susuk tubuh jelmaan gelap.

Pada lewat abad ke-16, satu kepercayaan tahyul mula wujud di kalangan penduduk Eropah dimana fenomena Flimmern-Geist ini sering dikaitkan dengan tanda kematian. Dipercayai juga, berkemungkinan dari situlah asas kewujudan imej popular Grim Reaper, Si Pencabut Nyawa!. Kononnya, kelibat jelmaan gelap berselubung jubah ini akan muncul tidak lama sebelum seseorang itu akan mati. Terdapat juga beberapa pemikir percaya bahawa roh kerdipan ini sebenarnya satu bentuk roh yang memberi panduan dan yang akan membawa jiwa kita di alam selepas mati.

Realitinya, tiada sesiapapun yang benar-benar tahu mengapa atau bagaimana seseorang individu itu boleh melalui fenomena sebegini. Tambahan, ia tidaklah begitu aneh kerana berjuta-juta orang pernah melalui pengalaman sebegini dan melayan kerenah 'mereka' ini sama sahaja, seperti fenomena biasa yang berlaku tanpa sebab.

2 comments:

close