Sunday, December 23, 2012

Lagu Running Man Episod 106 dari DeliSpice - Chau Chau - Terbaik Siot!

Arghhh cant get it off my head!!

Aku nak post juga bagi korang dengar lagu indie dari sebuah band Korean. BUKAN K-POP!. Korang mesti pernah tengok variety show 'Running Man' kan. Kali ini Running Man Ep 106 buat aku tak dapat duduk diam bila lagu dalam episod ini menghantui telinga aku. Haha. Kepada mereka yang tercari - cari apakah lagu yang dimainkan dalam Running Man Ep 106. Inilah lagunya :

Band : DeliSpice
Lagu : Chau Chau


Tuesday, December 18, 2012

Iklan Mengajak Orang Ke Gym Yang Sinis - LOL Siot!

Pergh terasa jugak siot!

Anda seorang yang dianugerah Tuhan sebagai seorang yang berbadan gempal? Atau anda seorang manusia yang diberi nikmat sebagai seorang yang kurus? Dua kategori ini selalunya dibeza bezakan. Why? Kulit sama warna tapi hati lain - lain. Jadi apa yang menyatukan mereka ini? Tentulah gym. What? Ya! Gym, kerana disitulah tempat si gemuk untuk membentuk badan yang terbaik dan disitu juga tempat si kurus untuk menaikkan bentuk badan. Jadi disini aku berikan iklan gym yang sinis dan mampu membuat korang termotivasi sebentar. Hahaha!


Monday, December 17, 2012

Dalam CPU ada Ruang Tamu Yang Elegant - Seni Siot!

Ini seni yang COOL!

Kalau seseorang itu kreatif, apa saja yang dihasilkan memang sangat kreatif dan menarik. Kali ini, mari kita melihat seni rekaan mini ruang tamu di dalam CPU. Teliti dan Terbaik!



Monday, December 17, 2012

Reka Bentuk Basikal Tanpa Fork - Cool Siot!

Macam mana nak membelok pun aku tak tau! Haha

Ini adalah reka basikal ala - ala futuristik dimana fork (tempat sambungnya bahagian handle basikal dengan tayar depan) tidak disertakan dalam rekaan basikal ini. Nampak unik kerana fork disembunyikan atau diubah tempat dari rekaan basikal biasa.

Monday, December 17, 2012

Gambar Budak Comel Yang Diphotoshopkan - Lawak Siot!

Hahaha nice!

Sebelum ini Leonardo DiCaprio pernah menjadi mangsa kepada bahan photoshoped. Kalau korang belum tengok, ini link entri yang sebelum ini.
Kali ini yang menjadi mangsa photoshoped adalah seorang budak perempuan yang lari daripada buih -buih sabun yang ditiup beliau. Di bawah adalah gambar asal dan yang selebihnya adalah bahan photoshoped

Friday, December 14, 2012

Jack Sparrow Sebenarnya Adalah Lanun Muslim - Expose Siot!

Biar Betoi!

Dalam filem Pirates of the Carribean, watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp digambarkan sebagai seorang yang berseloroh, acuh tidak acuh dan licik. Lakonan cemerlang Johnny Depp menenggelamkan watak utama yang lain terutamanya watak Will Turner lakonan Orlando Bloom yang lebih macho dan serius. Disebabkan penonton turut sama menyukai watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp, ia kemudiannya diangkat menjadi watak utama untuk siri-siri seterusnya.
Namun, dalam meminati watak Jack Sparrow, ramai yang tidak menyedari bahawa watak Jack Sparrow diilhamkan daripada watak seorang lanun terkenal yang pernah hidup sekitar abad ke-16 dan abad ke-17. Tambah menarik, watak tersebut adalah seorang lanun yang bernama Yusuf Reis yang beragama Islam.

Dilahirkan sebagai Jack Ward

Yusuf Reis dilahirkan sebagai Jack Ward pada tahun 1553 di Feversham, Kent di tenggara England. Kehidupan awal Jack bermula sebagai seorang nelayan memandangkan kampung halamannya terletak berhampiran dengan laut. Kelebihan tersebut menjadikan beliau seorang panglima laut berkaliber suatu hari nanti.

Pada tahun 1588 ketika umurnya menginjak 25 tahun, Jack Ward nekad berjuang untuk England sebagai Privateer. Privateer adalah seseorang yang diberi kelulusan oleh kerajaan England berdasarkan letter of marque untuk menyerang kapal-kapal musuh terutama kapal armada Sepanyol. Sokongan sepenuhnya daripada Queen Elizebeth I memberikan semangat luar biasa kepada beliau. Karier beliau sebagai privateer berlangsung dengan cemerlang sehinggalah pada awal tahun 1600-an.



Monday, December 10, 2012

Peraturan Dalam Fight Club (Movie) - Obses Siot!

Ok aku obses dengan movie ini.

Pernah menonton cerita Fight Club? Tak pernah? Aku sudah menonton berpuluh kali tetapi tetap tak akan jemu. Kenapa? Sebab jalan cerita yang disusun sangat menarik dan idea yang tak pernah terfikir dek pengarah lain. Dan skrip yang digunakan sangat genius! Haha korang boleh nampak yang aku obses dengan filem nih! Filem ini korang kena tengok sendiri, kalau aku cerita sipnosis, pasti dah tak best cerita nih! Haha. Jadi dalam Fight Club ada rules. Apa rules dier? Baca kat bawah!



Monday, December 10, 2012

Patung Manusia Yang Menganggu Orang Awam Di Rome - Art Siot!

Pergh! Ini kalau tengah malam terserempak, maunya pitam 5 minit! Haha!

Pejalan kaki di Rome terganggu akibat begitu banyak patung manusia dengan aksi yang pelik lagi aneh menghiasi jalan - jalan utama di Rome. Ini adalah hasil seni Mark Jenkins, seorang artis jalanan US. Beliau mempamerkan pelbagai jenis aksi patung - patung aneh di setiap jalan utama di Rome dan setiap aksi patung tersebut mempunyai maksudnya tersendiri. Korang tengok aksi patung - patung ini dan tafsirkan sendiri apakah maksud yang Jenkins cuba sampaikan.



Sunday, December 09, 2012

Istanbul Aku Datang - Terbaik Siot!

Ini filem untuk mereka yang suka sweet - sweet! Hahaha.


Sinopsis Istanbul Aku Datang 

ARAHAN: Bernard Chauly
PELAKON: Lisa Surihani, Beto Kusyairy, Tomok dan Aizat Amdan
GENRE: Cinta komedi

Istanbul Aku Datang mengisahkan gadis periang dan manja bernama Dian. Keinginannya cuma satu - untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad.

Masalahnya, Azad sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul yang mengambil masa enam tahun. Terlalu lama untuk Dian terus menunggu lalu dia berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan daripada Azad supaya mereka boleh segera berkahwin dan tinggal bersama di Istanbul, sementara Azad boleh meneruskan pengajiannya.

 Malangnya, apabila Dian tiba di Istanbul, dia disambut tawar oleh Azad yang risau kehadiran Dian mengganggu fokusnya. Dia juga tidak senang Dian menumpang di flatnya yang dikongsi dengan dua kawan lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru.

Sunday, December 09, 2012

Pulau Syurga Buat Kucing Liar Di Jepun - Comel Siot!

Terbaik orang - orang pulau nih!

Pulau Fukuoka, Jepun, merupakan sebuah pulau syurga bagi kucing - kucing liar disana kerana pulau tersebut merupakan pulau nelayan dan penduduk disitu sangat bermurah hati. Setiap hari ikan - ikan yang ditangkap mereka akan diberikan juga kepada kucing - kucing liar. Lihatlah kucing - kucing disana, sihat dan comel. Tidak seperti kucing disini yang comot serta kurang perhatian. Peniaga ikan disini sanggup menjual ikan - ikan yang sudah busuk kepada pelanggan daripada memberi makan free kepada kucing!


Sunday, December 09, 2012

Shuriken Versi USB Pendrive - Cool Siot!

Selain pendrive boleh jadikan senjata.  Ninjas!

Shuriken membawa maksud 'sword hidden in the hand' kerap kali digunakan oleh para ninja di Jepun. Senjata ini juga popular di dalam siri anime 'Naruto'. Jadi kepada mereka yang suka dengan koleksi ninja, pasti pendrive ini menjadi tumpuan kerana reka bentuknya seperti shuriken. Kalau boring, boleh baling dekat member sebelah! Hahaha!


Saturday, December 08, 2012

Selamatkan Wanita Yang Ingin Membunuh Diri Dengan Gaya Yang - Cool Siot!

Hahahaha!

Kejadian ini berlaku di atas dunia yang fana. Seorang perempuan dengan cubaan membunuh diri namun hasratnya berjaya dihalang oleh beberapa orang anggota keselamatan di kawasan tersebut. Yang menjadi tumpuan ialah ada seorang anggota polis yang sangat cool ketika sedang menyelamatkan perempuan tersebut. Baca entri ini nanti korang akan tahu kenapa aku cakap dia cool. Hahaha!



Tuesday, December 04, 2012

Prank Lift Yang Buat Korang Sakit Jantung! - Seram Siot!

Bloooooody scary!

Yes! Aku slowpoke. Baru tengok prank ini. Kepada korang yang selalu naik lif, cer try bayangkan situasi ini terjadi pada korang. Ya! Aku penakut kalau sorang  - sorang pastu boleh pulak ada budak pegang anak patung! Aku bukan takut budak perempuan tu, tapi anak patung. Scary siot! Hahaha!

Sunday, November 25, 2012

Adakah Masa Boleh Tergelincir? - Expose Siot!

Masa tidak stabil sebenarnya!

Menurut saintis besar dunia iaitu Albert Einstein,  'masa' tidaklah sestabil seperti dibayangkan kebanyakkan daripada kita. Sebagai manusia, kita dibiasakan dengan 'masa', hatta evolusi manusia itu sendiri telah membina pelbagai muslihat untuk membolehkan minda sedar kita berhubung baik dengannya, namun secara realiti ia adalah satu konsep penggelinciran. Penggelinciran masa berlaku bila mana masa sekarang terhubung dengan masa sebelumnya dan dapat dialami oleh mereka yang berada dari masa yang lebih mutakhir. Meskipun begitu, peristiwa ini jarang disedari oleh meraka yang berada di masa lampau. Tetapi, apa pula bukti untuk mengsahihkan fenomena ini?
Konon dikatakan terdapat banyak bukti yang ada dan jika kita tahu dimana untuk melihat. Bila berlakunya penggelinciran masa, manusia dari dua masa dan realiti berbeza ini dapat mengalami realiti yang lain.

Dan masih, keadaan ini biasanya bertahan cuma dalam beberapa saat dan otak manusia ketika itu akan cuba melakukan sebaik mungkin untuk menapis segala bentuk keanehan. Keadaan seperti inilah yang biasanya melahirkan ekspresi seperti "kau mesti tak percaya apa yang aku nampak tadi!". Dari tahun ke tahun, ada saja pihak yang mendakwa mereka melihat kapal terbang lama memarkir di padang yang dulunya pernah menjadi airport atau tempat tentera Rom berkawad di jalan. Dalam kebanyakkan kes seseorang itu mengalami penggelinciran cuma dalam sekelip mata sahaja. Bila saja mereka mahu memastikan dengan melihat sekali lagi, apa saja benda pelik yang baru dilihat sebentar tadi ghaib, hilang entah ke mana. Walau bagaimanapun, benda - benda aneh sebegini sudah pasti mampu dirakamkan ke dalam bentuk fotografi jka sempat dikesan lensa kamera. Yang menariknya, kamera zaman dahulu mempunyai pembukaan cahaya yang panjang dan lebih banyak menemukan perkara sebegini berbanding model kamera pada zaman sekarang.

Sunday, November 25, 2012

Seni Bina Istana Dari Kertas - Art Siot!

Wow! Cool siot!

Seni bina ini adalah ilham daripada seorang pelajar Tokyo iaitu Wataru Itou. Beliau merupakan pelajar dari jurusan seni dan binaan beliau ini adalah yang terbaik sehingga dipamerkan di muzeum. Apa yang menariknya, binaan istana beliau adalah 100% daripada kertas. Siap ada kereta api yang bergerak tau! Terbaik!


Sunday, November 25, 2012

Tarian Si Beruang Polar Yang Happy - Lawak Siot!

Funny animal!

Hahahahahaha..sangat comel gaya beruang polar ini menari. Haiwan pun mengerti erti kegembiraan, jadi mulakan hari korang dengan ceria dan happy!


Thursday, November 22, 2012

Thursday, November 22, 2012

Kereta Polis Peronda Lebuhraya Mercedes-Benz Ener G-Force - Cool Siot!

Kereta polis in the future!

Bagi menyahut cabaran LA Design Challenge, Mercedes-Benz datang dengan rekaan Ener G-Force bagi memenuhi tema LA Design Challenge iaitu Kenderaan Peronda Lebuhraya 2025. Reka bentuk G-Force dibina berdasarkan ciri - ciri Mercedes-Benz dar G-Class dan seperti G-Wagen yang diperkenalkan pada tahun 1979 sebagai sebuah kenderaan awam military. Gaya dan reka bentuk Ener G-Force yang mantap serta jitu menjadikan kereta peronda lebuhraya futuristik ini kelihatan sangat Bad Ass! di lebuhraya!.



Wednesday, November 21, 2012

Bina Gagnam Style Anda Sendiri! - Cool Siot!

Do want!!

Korang idamkan action figure PSY Gagnam Sytle? Tak ada lagi dalam pasaran? Mari lihat PSY Gagnam Style versi kertas boleh gerak.


Wednesday, November 21, 2012

Segment Eraz Fadli : Pencarian BLOGLIST - Terbaik Siot!

Dah 1 tahun dah blog dier!

Hari ini Miss nak join satu segment dari brader Eraz Fadli. Tak kenal ke? Come la, brader nie blogger yang famous tau! Hehe Apa - apa pun kali ini segment Eraz Fadli nak cari blog untuk letak dalam bloglist beliau. Miss pun ape lagi..terus nak join la. Kalau korang pun nak join klik banner kat awah tau! Peace!






Sunday, November 18, 2012

Bayi Nyaris Dicampak Keluar Dari Tingkap Apartment Oleh Bapa Kandung! - Gila Siot!

Anjing pun sayangkan anak!

Insiden drama ini berlaku di China. Seorang penagih dadah cuba untuk mencampak keluar anak kandungnya sendiri dari tingkap apartment beliau. Jika mengikut statistik, peluang untuk bayi itu selamat selepas dicampak keluar dari tingkat 8 apartment adalah 0%. Namun, seorang polis tempatan menjadi hero apabila berjaya meyambut bayi tersebut sebelum dicampak keluar. Lelaki yang berjiwa syaitan itu berjaya diberkas pihak polis adalah tuduhan cubaan membunuh!


Sunday, November 18, 2012

Balcony Kaca di Sear Tower Chicago Yang Amat Gayat! - Seram Siot!

Terketar -ketar kaki aku!

Di Sear Tower, Chicago terdapat sebuah balkoni yang dibina daripada kaca khas yang tahan lasak. Bagi mereka yang tidak fobia terhadap ketinggian, bolehlah berkunjung ke bangunan ini. Aku? Maaf, banyak lagi tempat menarik yang tidak melibatkan ketinggian!


Sunday, November 18, 2012

Kanak - Kanak Ini Sangat Bernasib Baik - Gila Siot!

Fuuuuuhhh!

Tuhan melindungi kanak - kanak kecil ini dari dilanggar oleh sebuah kereta yang terbabas. Kamera CCTV berjaya merakamkan aksi yang mencemaskan ini. Syukur kanak - kanak ini selamat dan tiada kesan calar pun di badannya.

Saturday, November 17, 2012

Finisher Wrestling Yang Sangat BADASS!! - Terbaik Siot!

This is wrestling!!!!

Naharooooooom!! Ini barulah finisher wrestling yang cool and badass abad ini! Wrestling rulesz!! Hahaha!


Saturday, November 17, 2012

Anak Lembu Yang Aneh Lagi Pelik! - Dasat Siot!

Apakah mahkluk ini?!

Di Thailand, gempar seekor lembu betina melahirkan seekor baby lembu. Yang menghairankan, anak lembu tersebut menyerupai manusia dan seiras lembu. Ia seperti kombinasi lembu dan manusia. Namun, anak lembu tersebut tidak bertahan lama dan mati pada keesokkan harinya.


Saturday, November 17, 2012

Ramalan Einstein Yang Tepat Mengenai Teknologi Masa Depan! - Memang Siot!

Macam betul je!

Semua orang kenal Einstein kan. Tapi korang kenal Einstein sebagai seorang yang genius. Tetapi tahukah anda yang Einstein juga dapat meramal masa depan!.


Thursday, November 15, 2012

Watak Kanak - Kanak Kecil Yang Sudah Membesar Dalam Filem Kuch Kuch Ho Ta Hai - Comel Siot!

Kuch - Kuch Hota Hai? Tangkap Nangis Siot.

Semalam (Rabu) TV2 menayangkan filem Bollywood terkenal iaitu Kuch - Kuch Hota Hai. Filem yang buat kaum hawa habiskan tisu berkotak - kotak. Sedih, Dramatik, Sweet, Semuanya diisi dalam filem ini. Bila layan citer tu, aku suka watak Anjali (anak Shah Rukh Khan) dengan watak 'Silent Sardarji', budak kecil yang kira bintang. Haha. Sekarang, pelakon watak Anjali dan Sardarji dan dewasa. Makin popular di arena Bollywood. Nak tengok wajah diorang biler dah dewasa?


Monday, November 12, 2012

Busy Giler! Tak Sempat Update Blog! - Busy Siot!

Arghhhh!!

Busy sial! Tak sempat nak update blog. Sorry krews! Nanti aku update secepat mungkin!


Friday, November 09, 2012

Wanita Ini Suka Makan Pasir? - Dasat Siot!

Meggi murah dan sedap kot!

Wanita ini pernah diexpose dalam siri TV3 (tak tahu slot apa). Diingatkan pasir bukan sejenis makanan tetapi bagi wanita ini, pasir lebih sedap dari daging ayam dan lembu!. Setiap hari beliau akan pergi ke kawasan berpasir untuk dibawa pulang sebagai makanan ruji beliau. Bagi anda yang berkerut duit gaji lambat lagi nak masuk, boleh lah berguru dengan wanita ini.


Friday, November 09, 2012

Cara Cara Nak Tidur Dalam Ofis - Memang Siot!

The best way to sleep!

Korang pernah tidur dalam ofis? Tak pernah? Betul ke? Takpe kami percayakan anda! Puihh! Anda tahu bagaimana untuk tidur dalam ofis. Begini caranya.


Monday, November 05, 2012

Cara Balas Dendam Parking Yang Siot! - Haha Memang Siot!

Ini makan dia!

Pernah tak korang terserempak atau menjadi mangsa double parking? Kalau pernah, aku ada cara keji untuk ajar mereka - mereka yang kurang asam ini!. Tetapi situasi ini berlainan sedikit. Namun, boleh apply dalam mana - mana situasi pun!


Monday, November 05, 2012

Wrestling Jepun Yang Ganas! - Extreme Siot!

Ini baru wrestling!

Pada zaman dahulu, ketika arena wrestling di Malaysia tengah top, wrestler - wrestler seperti Stone Cold, Undertaker, Triple H dan The Rock sangat popular. Dan special match pada masa itu adalah seperti Royal Rumble, Hardcore match, TLC match (Table, Ladder, Chair). Tetapi perlawanan itu tidaklah se'EXTREME' di Jepun kerana match diorng adalah bertemakan lampu mercury. (lampu siling yang selalu ada dalam rumah korang tu).

Tetapi yang menjadi persoalannya, adakah mereka ini tahu bahawa mereka boleh mati akibat keracunan mercury? Stuped!


Monday, November 05, 2012

Lego Dari Adaptasi Game - Art Siot!

Lego best!

Sebelum ini aku ada tunjukkan pada korang mengenai senjata Lancer Assault Rifle yang diperbuat daripada lego. Kali ini, aku paparkan kepada korang, lego adaptasi dari siri game yang popular.


Saturday, November 03, 2012

Lokasi Bunuh Diri Paling Popular Di Jepun - Seram Siot!

Camping dalam hutan ini pun best jugak!

Di kaki gunung Fuji di Jepun, terdapat sebuah hutan yang dianggap gerbang ke alam maut. Hutan itu dinamakan sebagai Aokigahara yang merupakan lokasi bunuh diri tertua di dunia. Dipercayai, masyarakat Jepun telah membunuh diri di kawasan ini sejak tahun 1950-an lagi. Sekitar abad ke-19, para petani miskin akan membunuh diri mereka di kawasan ini kerana mereka percaya, anak mereka akan mendapat makanan yang lebih selepas mereka mati. Dipercayai juga, sehingga kini, lokasi berhantu ini telah menjadi kubur untuk 500 orang individu yang membunuh diri.

Friday, November 02, 2012

Pemandangan Di Dalam Cabin Pesawat - Cool Siot!

Nak jadi pilot juga!

Adakah korang pernah menaiki kapal terbang? Kalau pernah pasti ia merupakan pengalaman yang best bagi korang. Tetapi pernahkah korang mengintai ruang cabin pesawat di mana kapten - kapten kapal mengemudi pesawat? Tidak pernah? Jom kita mengintai!


Friday, November 02, 2012

Pelacur Di Itali Laris Seperti Goreng Pisang - Hot n Spicy Siot!

Humang Aih! Macam buka gerai pisang goreng!

Di Itali, sindiket pelacuran sangat hebat sehinggakan perkhidmatan seks ini wujud di setiap jalan - jalan utama. Larisnya seperti mereka yang menjual pisang goreng di Malaysia. Mari kita melihat dan memikirkan apakah yang akan terjadi kepada negara kita jika situasi di Itali sama terjadi di negara yang kita diami!.


Friday, November 02, 2012

Apakah Kegunaan Lain Laptop - Tips LOL Siot!

Jangan ingat laptop tiada kegunaan lain!

Komputer riba atau laptop adalah merupakan gadget yang menjadi keperluan untuk semua orang. Pelbagai jenama dan brand - brand hebat mewarnai industri pengkomputeran. Namun,jangan menganggap bahawa laptop tiada kegunaan lain. Jadi, Abg Wan akan tunjukkan kegunaan lain laptop untuk anda.


Wednesday, October 31, 2012

Gambar Hantu Dalam Lantai Rumah - Seram Siot!

Lantai anda berhantu?

Pada 23 Ogos 1971, di sebuah perkampungan terpencil di Belmez, Sepanyol, seorang penduduk, Maria Gomez Camara mendakwa satu wajah manusia terbentuk secara tiba - tiba di atas permukaan lantai simen dapur rumahnya. Fenomena itu terjadi agak lama sehinggakan Maria terpaksa memecahkan simen lantai itu dan menggantikannya dengan lantai baru. Anehnya, muncul pula wajah lain.

Semenjak itu rumah Maria tidak ubah seperti muzium. Beberapa wajah lagi terbentuk sehinggakan menarik minat beribu pengunjung datang untuk melihat setiap hari . Wajah - wajah itu kadang kala menyerupai wanita tua, lelaki tua dengan variasi saiz yang berbeza.


Wednesday, October 31, 2012

Budak Perempuan Ini Bersaiz Mini - Comel Siot!

Diterima seadanya!

Budak perempuan ini bernama Kenadi. Dilahirkan pada tahun 2004 dan mengalami penyakit yang jarang berlaku di dunia. Dipercayai, budak perempuan ini hanya mampu membesar sehingga 75 sm dan berat 4 kg sahaja. Walaupun mengalami penyakit tersebut, keluarga budak perempuan ini menerima beliau seadanya. Terharu siot!


Wednesday, October 31, 2012

Gambar Yang Buat Korang Gelak Sakan - Lawak Siot!

Ketawa menyembuhkan penyakit!

Ini adalah koleksi gambar - gambar yang boleh membuat anda ketawa (at least) pada pagi rabu yang membosankan. Hahaha!


Tuesday, October 30, 2012

Melintas Jalan Pun Ada Trafik Light? - Dasat Siot!

Cuba kira berapa trafik light yang ada?

Di Poland, dekat - dekat dengan daerah Poznan, lalu lintas di sana sangat biasa tetapi kerajaan di sana mengambil inisiatif untuk memasang lampu isyarat di jalan raya termasuk jalan bagi pelintas jalan. Nice dan caring kan?


Tuesday, October 30, 2012

Patricia Piccinini, Pakar Pembuat Arca Yang Realistik - Seni Siot!

Macam real siot!

Patricia Piccinini merupakan seorang artis arca dari Australia, lahir pada tahun 1965 di Freetown, Sierra Leone. Wanita hebat ini adalah graduan Sarjana Muda dalam bidang ekonomi dari Australian National University. Ironiknya selepas menamatkan pengajian beliau di University itu, beliau tidak menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidangnya, sebaliknya ke kolej seni untuk menjalani latihanSeni Halus (dengan majornya drawing). Sejak itu, seluruh jiwa raganya diabdikan ke dalam bidang terbarunya.


Hasil karya Piccinini merangkumi hampir setiap bentuk seni visual, dari lukisan, arca, video, installation, sehingga digital prints. Mungkin kurang dikenali kebanyakkan dari kita disini, namun bagi peminat - peminat seni, beliau sangat terkenal terutamanya sebagai pengarca moden dan kontemporari. Gayanya dalam seni arca sangat menonjol berbanding artis lain kerana gabungan hyper-realistic dan surreal dengan figura - figura pelik yang kadang kala mengganggu ruang minda sesetangah audiences.

The Young Family

Karya Piccinini yang paling terkenal dan banyak menimbulkan kontroversi adalah The Young Family - arca figura seakan hybrid seorang perempuan dan anjing sedang menyusukan anak - anaknya. Karya ini suatu ketika dahulu pernah menghiasi dada - dada akhbar seluruh dunia termasuk Malaysia yang disalah sangka sebagai makhluk betul - kononnya ia adalah hasil eksperiment genetik sains barat. Lihat sendiri betapa realnya hasil kerja Piccinini sehingga berjaya menipu keseluruhan majalah tabloid di Malaysia.

Tuesday, October 30, 2012

Tilt Shift, Seni Photography Miniature Yang Cantik - Art Siot!

Kecilnya dunia!

Sebelum ini aku ada post foto - foto seni miniature atau lebih dikenali sebagai Tilt Shift. Apa itu Tilt Shift? Boleh baca penerangannya disini --> Tilt Shift. Kalau dah baca, ini adalah gambar - gambar seni Tilt Shift untuk tatapan korang.

Tuesday, October 30, 2012

Restoran Atas Pokok Yang Cool Di Jepun - Cool Siot!

Jom makan di atas pokok!

Di Park Onojama, Jepun, terdapat sebatang pokok yang sangat besar lebih ratusan tahun. Pokok tersebut mempunyai batang yang sangat besar. Oleh itu, daripada di tebang pokok tersebut, mereka menjadikan ia restoran yang terletak di atas pokok. Sehingga sekarang, restoran tersebut telah menjadi tempat tumpuan masyarakat tempatan dan pelancong.


Tuesday, October 30, 2012

Kedai Gunting Rambut Di India - Sedih Siot!

Gunting rambut dimana - mana!

Di Malaysia, kita sangat beruntung kerana kedai - kedai salon adalah eksklusif dan berhawa dingin.  Tidak kira kedai gunting rambut itu adalah kedai gunting mamak, pastinya keadaan kedai itu terbaik. Di India, anda tidak perlu mengharapkan kedai gunting rambut yang eksklusif kerana kedai - kedai mereka hanyalah di tepian jalan. Inginkan hawa dingin? Cukup sekadar angin sepoi - sepoi bahasa.


Monday, October 29, 2012

Tandas Yang Sangat Awam Di Amsterdam - Dasat Siot!

Sangat AWAM!

Sebelum ini aku ada postkan satu entri mengenai design tandas transparent yang cool. Kalau belum baca, singgah ke sini --> Tandas Transparent. Tetapi kali ini di Amsterdam, tandas awam mereka lagi unik dan tidak perlu tranparent. Kerana bagi mereka yang nak menandas, boleh terus ke tandas awam ini melepaskan hajat. Ia tandas yang sangat AWAM!



Monday, October 29, 2012

Game Yang Sangat Siot! - Memang Siot!

Bangang Siot!

Apakah game yang dikategorikan sebagai siot oleh kami? Jawapannya dibawah.


Monday, October 29, 2012

Kereta - Kereta Polis Seluruh Dunia - Cool Siot!

Cool Siot!

Ini adalah kereta - kereta polis di serata dunia. Baik dari segi brand keretanya hinggalah design kereta polis yang gempakzz!



Monday, October 29, 2012

Kucing Dengan Ikon Smileynya - Comel Siot!

Terkesima!

Selalunya ikon smiley yang kita gunakan harian adalah biasa. Tetapi jika disamakan ikon smiley ini dengan kucing pastinya membuatkan smiley ini lebih berjiwa raga dan......Naharooom comel!!



close