Lantai anda berhantu?
Pada 23 Ogos 1971, di sebuah perkampungan terpencil di Belmez, Sepanyol, seorang penduduk, Maria Gomez Camara mendakwa satu wajah manusia terbentuk secara tiba - tiba di atas permukaan lantai simen dapur rumahnya. Fenomena itu terjadi agak lama sehinggakan Maria terpaksa memecahkan simen lantai itu dan menggantikannya dengan lantai baru. Anehnya, muncul pula wajah lain.
Semenjak itu rumah Maria tidak ubah seperti muzium. Beberapa wajah lagi terbentuk sehinggakan menarik minat beribu pengunjung datang untuk melihat setiap hari . Wajah - wajah itu kadang kala menyerupai wanita tua, lelaki tua dengan variasi saiz yang berbeza.
Ahli - ahli psikologi merungkai fenomena tersebut sebagai "fenomena terpenting dalam sejarah paranormal pada abad ke 20". setelah kajian dilakukan, satu - satunya faktor yang mungkin dapat dikaitkan dengan fenomena aneh ini adalah disebabkan kedudukan rumah itu dibina di atas tapak perkuburan. Rumah Maria dibina di atas tapak perkuburan yang pernah diguna pakai oelh orang Roman, Islam Sepanyol serta Kristian Meldieval.
Selain teori yang mengaitkan pembentukkan fenomena itu dengan roh dan hantu, sesetengah pakar paranormal mencadangkan teori kedua, di mana pembentukkan potret - potret ini terhasil akibat telekinesis kerana riak wajah yang terbentuk itu mengikut mood Maria.
Maria Gomez |
Maria mati pada tahun 2004 dan rumah tersebut telah dijual. Ada berpendapat potret - potret yang terbentuk itu dihasilkan sendiri oleh Maria dan ada pula yang mendakwa pembentukkan wajah itu sebenarnya dihasilkan oleh anak Maria, Diego Pariera. Namun kedua - dua dakwaan itu tidak dapat disahihkan dan tiada bukti kukuh dikemukakan. Fenomena itu terus kekal misteri.
pndai hantu melukis eh. bakat trpendam.
ReplyDeletekadang - kadang bakat nie tak boleh disia - siakan..hehehe..
Delete2 mknanya han2 2 xriak...hahaha
ReplyDelete