Tuesday, October 30, 2012

Patricia Piccinini, Pakar Pembuat Arca Yang Realistik - Seni Siot!

Macam real siot!

Patricia Piccinini merupakan seorang artis arca dari Australia, lahir pada tahun 1965 di Freetown, Sierra Leone. Wanita hebat ini adalah graduan Sarjana Muda dalam bidang ekonomi dari Australian National University. Ironiknya selepas menamatkan pengajian beliau di University itu, beliau tidak menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidangnya, sebaliknya ke kolej seni untuk menjalani latihanSeni Halus (dengan majornya drawing). Sejak itu, seluruh jiwa raganya diabdikan ke dalam bidang terbarunya.


Hasil karya Piccinini merangkumi hampir setiap bentuk seni visual, dari lukisan, arca, video, installation, sehingga digital prints. Mungkin kurang dikenali kebanyakkan dari kita disini, namun bagi peminat - peminat seni, beliau sangat terkenal terutamanya sebagai pengarca moden dan kontemporari. Gayanya dalam seni arca sangat menonjol berbanding artis lain kerana gabungan hyper-realistic dan surreal dengan figura - figura pelik yang kadang kala mengganggu ruang minda sesetangah audiences.

The Young Family

Karya Piccinini yang paling terkenal dan banyak menimbulkan kontroversi adalah The Young Family - arca figura seakan hybrid seorang perempuan dan anjing sedang menyusukan anak - anaknya. Karya ini suatu ketika dahulu pernah menghiasi dada - dada akhbar seluruh dunia termasuk Malaysia yang disalah sangka sebagai makhluk betul - kononnya ia adalah hasil eksperiment genetik sains barat. Lihat sendiri betapa realnya hasil kerja Piccinini sehingga berjaya menipu keseluruhan majalah tabloid di Malaysia.


Dalam karya ini, Piccinini cuba menjelajah apa yang dipandang beliau sebagai "perbezaan tampak antara buatan manusia dan alam semula jadi" dengan mempamerkan persamaan dan perbezaan antara organik, natural, dan isi konsep dunia yang kita diami, Piccinini dengan berani mencabar segala jenis kehidupan kita sehari harian. Itulah yang mengilhamkan wanita itu untuk menggabungkan tubuh manusia dan haiwan sebagai suatu perkembagan teknologi dalam kebanyakkan karya beliau. Walau apa pun citarasa anda dalam karya seni, sukar untuk kita nafikan keunikkan karya Piccinini sebagai seorang artis.




1 comment:

  1. Berkenaan arca the young family, tabloid memang dah lama tahu. Malahan kat situ sebebarnya dah menggambarkan sikap rakyat malaysia yang suka cerita yang di"exagerate". Contohnya cerita-cerita hantu. Bila tabloid keluar cerita macam tu, itulah yang paling laku sebenarnya.

    ReplyDelete

close