Wednesday, October 24, 2012

Pembunuh Bersiri ini adalah Vampire? - Seram Siot!

Vampire juga Pembunuh! Huh!

Prosa dongeng dan Kesusasteraan Barat dipenuhi dengan kisah - kisah seram tentang vampire - raksasa penghisap darah yang menghuru harakan pekan  - pekan kecil dan kampung - kampung. Cereka tentang kengerian mereka tidak hanya menakutkan orang - orang Barat, malah hingga berjaya membuatkan kita turut merasa tempiasnya. Tetapi, mungkin ramai tidak tahu, Vampire tidak hanya wujud dalam dunia kesusasteraan dan filem semata - mata, bahkan dalam fakta sejarah juga mencatatkan Vampire sebagai sebahagaian daripada pembunuh paling kejam pernah direkodkan.


Dilahirkan di Santa Clara Country, California pada 23 Mei 1950, Richard Chase adalah lelaki yang paling layak digelar sebagai vampire dalam sejarah. Digelar sebagai "Vampire of Sacramento", dia telah membunuh enam orang dalam jangka masa sebulan, memakan mayat mangsa dan, sesuai dengan gelaran yang diberikan ke atasnya, Chase meminum darah mangsa - mangsanya sehingga kering! Chase berasal daripada keluarga yang porak peranda. Dia mula menunjukkan tanda - tanda mengalami masalah psikologi ketika di awal usia, dan kemudiannya meningkatkan reputasi dirinya sebagai kaki botol dan juga penagih dadah kronik ketika zaman remaja. Chase mula obses terhadap cecair dalam tubuh, dan pernah sekali dia ditahan di wad kerana keracunan darah akibat menyuntik masuk darah arnab ke dalam tubuhnya sendiri.



Chase membunuh mangsa pertamanya; Ambrose Griffin pada 29 Disember 1977 dengan menembak mangsa, sebelum meninggalkan mayat tanpa diusik. Menurut dirinya sendiri, setiap kali dia cuba memasuki rumah mangsa, sia melihat pintu rumah yang berkunci sebagai tanda yang dirinya tidak dialu - alukan dan tidak pernah cuba untuk memecah masuk pintu rumah tersebut, sementara pintu yang tidak berkunci pula dianggap sebagai jemputan untuk dirinya masuk ke dalam dan membunuh mangsa. Mungkin reputasinya sebagai pembunuh bersiri paling kejam bermula apabila dia membunuh mangsa ketiga iaitu Teresa Wallin yang pada ketika itu mengandung tiga bulan, mangsa mati ditembak dengan tiga das tembakan, sebelum Chase bertindak merogol mayat wanita itu dan kemudiannya mandi dengan darah Wallin. Ketagih dengan darah, dua minggu selepas pembunuhan Wallin, Chase membunuh dua ekor anjing jirannya dan meminum darah mereka.

Pembunuhan terakhir dilakukan Chase adalah pada tarikh 27 Januari 1978 yang meragut tiga nyawa sekaligus; Evelyn Miroth, ibu berusia 38 tahun dengan anak lelakinya Jason berusia 6 tahun, dan anak saudaranya berumur 22 tahun, David. Selain merogol mayat Miroth, Chase turut memakan mayat ibu malang tersebut. Dia juga turut meminum darah Jason dan memakan beberapa organ dalaman kanak - kanak itu, termasuk otak. Pada Mei tahun yang sama, Chase berjaya disabitkan hukuman dengan segala perbuatannya. Meskipun didapati mengalami masalah mental, dia dijatuhkan hukuman mati menggunakan gas chamber. Namun begitu, sebelum hukuman tersebut dijalankan, Chase terlebih dahulu membunuh diri pada 26 Disember 1980. 

1 comment:

close