Hayooo mau cari keleje pun susah! Takdak guna punya ini orang! Ujar editorku dengan nada kemarahan selepas khusyuk membaca berita myMetro hari ini. Di Kuala Lumpur, perogol bersiri kini diburu pihak polis seletelah laporan dibuat oleh dua orang wanita mendakwa mereka dirogol dan disamun selepas sesi temu duga kerja. Taktik kotor ini digunakan oleh lelaki terbabit dengan menawarkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan sehingga RM400 sehari.
Suspek Diburu - Sumber myMetro |
Lelaki yang dikehendaki polis itu menggunakan internet sebagai medium mengiklankan tawaran pekerjaan sebagai jurujual sebelum memujuk mangsanya supaya hadir temu duga di bilik hotel bajet di ibu negara.Teruja dengan gaji yang ditawarkan, mangsa yang berhubung dengan suspek melalui e-mel, hadir pada sesi temu duga sebelum dirogol dan disamun oleh suspek.
Jangan percaya bahan - bahan yang disiarkan di internet 100%. Pastikan anda kaji dahulu maklumat tersebut dan cari bukti kesahihan mengenai informasi yang diberi sebelum mengambil sebarang keputusan.
Kredit : myMetro
Kredit : myMetro
saya suka blog awk !
ReplyDeleteteme kasih..dtg n baca la selalu ye...:D
Delete