Wednesday, September 19, 2012

Isteri Muda Ditinju Suami, Dipukul Madu - Hot Siot!

Sudah terbalik ini macam!. Kata editorku sewaktu membaca myMetro hari ini. Di Kangar, gara - gara meminta wang dari sang suami untuk membeli susu anak yang berusia 15 bulan, isteri muda ditinju, diteranjang dan ditampar oleh suami kerana tidak puas hati dengan permintaannya. Madunya, iaitu isteri tua turut sama bertag team dengan suami memukul isteri muda dengan kayu lewat petang semalam. Mangsa yang juga seorang tukang cuci dikatakan dipukul kerana ingin berbincang mengenai isu nafkah.

Wah! Masa kahwin ikut sunnah, bila nak bawa berbincang, masing - masing tunjuk belang. Kalau dahulu, isteri tua yang selalu menjadi mangsa, kini roda berputar arah lawan jam. Dunia oh dunia.



Kredit : myMetro

No comments:

Post a Comment

close