Wednesday, September 19, 2012

Kisah Hantu Penanggal - Bed Time Stories Siot!

Hai. Lama tidak bertemu dengan saya, Mad Noor Kusyairi. Malam ini Bed Time Stories Siot! akan sajikan anda sebuah kisah mengenai Hantu Penanggal. 


Hantu Penanggal atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.


Penangalan dipercayai amat menyukai darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat kehilangan darah yang banyak. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut. Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu. Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain.


Hantu Penanggal dikenali Manananggal atau wakwak dalam masyarakat Filipina. Hantu ini menyerupai pontianak dalam budaya masyarakat barat. Ia makhluk yang memakan manusia dan ahli sihir yang jahat. Mitos Manananggal popular di wilayah Visayas di Filipina, terutama di provinsi barat Capiz, Iloilo dan Antique.

Manananggal dikatakan takutkan bawang putih dan garam. Makhluk ini juga dikatakan mengelakkan diri dari pisau belati, cahaya, rempah-ratus dan ekor ikan pari-pari yang dibuat sebagai cemeti. Makhluk yang sama juga dikatakan boleh ditemui di Indonesia. Berbeza dengan hantu Penanggalan di Malaysia, versi Filipina adalah wanita yang lebih tua tetapi cantik dan mampu menanggalkan badan bukan hanya kepala sahaja.


Kisah mengenai Hantu Penanggal semakin berkurangan pada hari ini. Mungkin pada hari ini terdapat banyak tiang elektrik menyebabkan Hantu Penanggal mengalami kesukaran untuk terbang kerana takut isi perutnya tersangkut tiang elektrik lantas menyebabkan ia terkena renjatan elektrik. Hmm logik!


5 comments:

  1. Pergh siot tul.. akut aku dibuatnya...

    ReplyDelete
  2. Ala....xla tkot sgt :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. jage - jage malam nnti mungkin anda menjadi mangsa!

      Delete
  3. Ambik cerita nie dri Wikipedia ker? X bestlah mcmtu...aku nie ahli Wikipedia...aku taulah

    ReplyDelete

close