Sunday, October 28, 2012

Pop Up Facebook Like? Apa Pandangan Anda? - Hot n Spicy Siot!

Memaksa Untuk Like!

Pernah tak situasi ini terjadi kepada anda? - Korang sedang asyik melayari internet dan tertarik kepada tajuk entri dari sebuah blog ini. Korang pun dengan sepantas kilat menekan link tersebut. Sebelum masuk ke entri blog tersebut, korang dihidangkan dengan Facebook Pop-Up yang menyuruh korang like page mereka atau tunggu sehingga 3390 saat??? Apa kejadahnya semua ini? Lepas itu, Korang tak ada pilihan lain melainkan menunggu pop-up tersebut hilang atau cepat - cepat like page tersebut.

Ia selalu terjadi kepada aku. Dari sudut pandangan aku, Facebook merupakan salah satu medium terbaik untuk para bloggers mempromosikan blog mereka dan meningkatkan trafik blog mereka. Tetapi adakah korang sedar bahawa menggunakan Facebook Pop-up seperti situasi diatas sangat annoying dan berisiko bagi korang. Bagi aku jika entri yang aku baca itu menarik dengan isi yang padat dan bagus, mungkin aku akan tunggu atau like page diorg. Tetapi jika entri itu hanya kuat pada tajuknya sahaja tetapi isi macam sampah, ia membuatkan aku rasa marah dan benci kerana membuang masa aku!

Mengikut pandangan aku, Facebook Pop-up yang korang letakkan dalam blog seolah - olah memaksa readers untuk like. Adakah itu cara yang terbaik? Kalau nak cepat cari popularity atau nak sangat trafik korang tinggi, masih ada cari lain yang lebih mesra. Cara tadi bagi aku tidak sesuai. Jika korang merupakan blogger baru nak naik (baru nak popular) jangan sesekali menggunakan cara shortcut ini kerana base on my experience, pop-up sebegini meng'annoying'kan pebaca sehingga satu tahap, pembaca yang berpontensi untuk datang ke blog korang berulang kali hanya akan datang sekali. First and the last!. Busuk.org pernah menjalankan survey mengenai facebook pop up like ini. Lihat hasil survey tersebut.


Bagi aku, jika mahu letakkan juga pop up facebook like, cari script yang lebih mesra, banyak tutorial script facebook pop up like yang hanya akan muncul sekali sahaja. Itu lebih mesra kerana ada button close. BUKAN BUTTON CLOSE YANG MEMPERDAYAKAN PEMBACA!. Jadi kepada mereka yang memasang widget ini tidak salah tetapi harus ingat bahawa nadi sesebuah blog anda adalah pembaca itu sendiri. 

13 comments:

  1. Setuju sgt dgn admin. Pop-up mcm tu mmg merimaskan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul2...rimas sgt..pastu tiap kali bukak kluar lagi pop-up..adehhh..

      Delete
  2. kan.. sarah pown x suka ngn blog yg ada fb pop-up ni..
    lau blog yg ada fb pop-up tu sarah x kan msuk lgi.. buang masa nk tunggu dye loading.. lau ada button close x pe la gak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ader button close ok la jgk kan..tapi kekadang button close pon biler tekan kluar iklan jgk..hahaha mcm mne tu?

      Delete
  3. trus pangkah blog tu..
    buang masa nk tggu..! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah tanpa kompromi ye Miss Zahirah..trus pangkah blog tu..hahaha

      Delete
  4. X suke pop-up rimas,lemas bungang masa jer.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi aku, aku tak kisah kalu dier nak letak pop up facebook like dier, but letak la widget yg ader button pangkah..DAN BUTTON CLOSE YG TIDAK MENIPU (if you know what i mean)

      Delete
  5. Since the admin of this web site is working, no doubt very soon it will be well-known, due
    to its quality contents.
    My webpage - jaw and joint pain

    ReplyDelete
  6. aku disable java script kt firefox, kmudian x kuar dah pop up tu.. rimas... padan muka blog yg annoying..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian ko..kalau camtu ko selalu la lawat sini ye..(ayat promote)

      Delete

close